Wednesday, 14 March 2012

300 Peminat Berkumpul Tonton Episod Akhir Vanila Coklat

Assalamualaikum !!
Hye ...


Petaling Jaya: Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr. Ismail di sini untuk menyaksikan episod akhir itu pada malam selasa.


Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, tayangan episod akhir bersama peminat itu dibuat kerana sambutan dan sokongan peminat sekaligus mencatatkan jumlah kadar penonton yang tinggi.


" Pihak TV3 ingin menghargai peminat dalam satu tayangan istimewa drama bersiri itu bersama-sama para pelakonnya," ujarnya kepada mStar Online.


Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Dally, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama peminat di sana sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama berkenaan.


Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.


Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.


Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama mereka.


Sementara itu, Aiman ketika ditemui selepas tayangan itu berkata, dia tidak menyangka sambutan peminat terhadap drama tersebut luar biasa dan bersyukur kerana Vanila Coklat diterima ramai.


Manakala Izara pula memberitahu, sokongan peminat terhadap drama lakonannya itu telah membangkitkan lagi semangatnya sebagai pelakon untuk terus memberikan terbaik buat peminatnya.

 
" Walaupun saya datang agak lewat sedikit saya langsung tidak menyangka sokongan dan sambutan peminat begitu luar biasa," ujarnya.


Sementara itu, pihat TV3 memberitahu episod akhir siri itu mencatat rating 4.5 juta penonton.

Para pelakon Vanila Coklat.

Sumber : mStar Online




p/s : Huaaa....ramai giler org serbu ! Best kan dapat jumpa dyeorg... weeee~teringin nak jumpe...hahaha :) 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.