Monday, 30 July 2012

Hmm... Susah >.<'

Assalamualaikum...
Hye !!


Hye, semua !! Hahaha sorry hari nie terlebih gedik pulak ^_^ Aku winduu nak update blog aku. Walaupun baru hari jumaat aku update. Semangat aku berkobar-kobar nak update nie # ayat tak boleh go. Kita sambung topik utama yang kita nak bincangkan pada hari ini. Ehem ehem terbawa-bawa pulak :) Yelah esok aku nak debat dengan orang. Kenalah practise sikit ;)


Sebenarnya kan tadi kan.. hmm tadi kan.. tadi kan. Hahaha jangan marah. lekluu *peacee* Sebenarnya tadi aku kesian kat kawan aku sorang nie. Dia mengadu kat aku katanya lah "Ada kawan sorang pon.. hmm entah lah. Dia tinggalkan aku sorang-sorang." Dia sambung lagi "budak tu kalau ada kawan dia tinggalkan aku, tapi bila tak ada kawan baru nak terhegeh-hegeh kat aku." Aku pon just cakap kat dia jelah "Sabar jelah okey. Hmm... aku tau. Memang aku selalu nampak dia buat macam tu kat kau. Nak buat macam mana kan ? Aku pon pernah kena dulu-dulu." Dia jawab "Hmm.. nak buat macam mana lagi ?


Sabar jelah bebb. Aku pun sebenarnya tak suka sangat dengan dia tu. Aku pun tak tau kenapa. Rasa macam tak sebulu gitu. Tadi pun dia macam tak ada mood je. Mesti ada someone yang buat dia macam tu. Haha ada aku kesah ?? Sebenarnya pun ramai lagi bebudak yang tak suka dia tu. Tu yang dia tak ramai kawan sangat. Kawan aku satu satunya lah kawan dengan dia. So, aku pun tak tau nak cakap apa. Sebab aku nie jenis yang tak reti nak sound sound orang. Nanti kang ada yang kecik hati. Tapi aku pedulik apa ? Hahaha sabar jelah kawanku. Aku tau kau memang rock kan. Aku kan ada. Geng kita lagi. So, tak mau sedih sedih. Aku tau kau kuat :D Hihihihi.


Okey tutup cerita tadi. Bukak buku baru #takdekenamengena. Tadi masa dalam kelas amira hani dia ada tunjukkan novel ciptaan dia. Kalau korang dah tau atau yang tak tau lagi, aku nie memang kaki novel. So, aku memang excited tahap gaban baca novel dia. Tapi baru sampai bab 6. Serius best. Walaupun sepatutnya babak dia geram / sakit hati, tapi ayat dia rasa macam nak gelak terguling guling. Hahaha XD best gilerr.. Aku, Fatini, dengan Farzmil yang baca tadi. Aku tunggu bab yang seterusnya. hehehe :P


#Kbai ^^

Friday, 27 July 2012

Semalam :'(

Assalamualaikum...
Hye !!


Semalam ? Semalam seriusly.. Memang nasib aku agaknya. Memang menyakitkan hati. Semalam aku sekolah macam biasa lah. Masa balik aku, ain dan syirah tunggu lah van kita orang. Masa kita orang sampai aku tengok yang lain semua tak ada. Aku rasa macam lain macam. Ada yang tak kena. Aku punya tunggu punya tunggu sampai pukul 5.45 petang. Kaki aku dah lengoh duk bawah panas. Aku pun tanya lah ain dan syirah, betul ke dia orang belum keluar. Syirah cakap betullah. Aku dah fed up tunggu dia orang panas panas gitu. Aku pon apalagi cakap kat ain dan syirah mungkin kita dah tertinggal sebab dah dekat kul 6 petang. Aku geram ngan si amin tu, bukannya nak tunggu. Orang yang dalam van nya pon sama. Nasib nasib -.-


Kita orang pon balik jalan kaki. Aku sebenarnya taknak balik jalan kaki. Aku nak balik naik bas luar. Tapi disebabkan bas luar baru saja pergi, so terlepas. Kita orang pun balik lah jalan kaki. Menyirap kay. Lepas tu ternampak pulak anjing dua ekorg. Kita orang dengan 'senanghati' pun patah balik ikut jalan lain. Haihhh rupa- rupanya jalan yang kita orang lalu tu lagi banyak anjing. Dalam satu jalan tu ada lah 'terserempak' dalam 5 ekorg. Rasa macam nak cabut je masa tu.Tapi nasib baik ada ternampak uncle tu tengah jogging. Dia cakap takut anjing eh ? Kita orang dengan ketawanya pon angguk lah. Nasib baik kay. Kalau tak alamatnya sampai rumah aku berbuka terus :(


Malamnya pulak aku nak bainding kerja kursus geo. Aku rasa macam nak campak je kertas tu dalam laut. Lepas bainding pulak aku check balik kot kot ada yang salah tempat ke. Tekaan aku memang betul. So, terpaksa lah aku bukak balik then, pasang balik. Haisshhh memang rasa macam nak campak ke dalam laut je :\ kang tak pasal pasal aku tak dapat markah pulak =,=  Kbai ^^

p/s : Tiba tiba aku teringat pulak kat budak yang buat aku tertinggal bas dulu :P


Saturday, 21 July 2012

Hye, SweetHeart !!

Assalamualaikum...
Hye !!


Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan =) Puasa jangan tak puasa. Siapa puasa penuh aku kasi duit raya. Hikhik. Baru puasa dah pikir raya. Sebelum tu, kali nie tajuk seriusly tak de kene mengena dengan cerita aku kay. Tajuk post paling lama aku nak cari. Disebabkan otak aku dah tepu sebab aku telah gunakan untuk ujian 2, aku pon hentam jelah tajuk apa pon =) *senyum sampai ke dahi* Tujuan aku update adalah untuk menceritakan apa yang terjadi semalam je. Aku tak de idea nak tulis ape ? So, untuk kali kedua nya, aku hentam jelah. Sambung2..


Semalam aku pegi rumah Nabiha Suraiya. Aku sampai rumah nabiha kul 8 pagi. Gila awal kan. Yelah ayah aku nak gi ofis mestilah dia hantar aku cepat. Tu pon dia dah membebel sebab aku asyik gi rumah nabiha je. Abis nabiha yang ajak. Aku ikut je. Kalau kat rumah mak pon aku boring giler. Nabiha cakap Farzmil pon pegi rumah dia. So, aku tak lah sensorang kat rumah dia. Sampai je rumah dia, dia terus serang aku dengan soalan ujian 2. Dah la aku stress dengan soalan cambangang tu. Dia cakap dia nak periksa soalan sejarah. Kita orang pon check lah. Tak sampai habis, kepala aku rasa macam nak pecah. Tu baru check jawapan. Haishh..


Lepas tu kita orang tengok citer Mael Lambong. Serius kelakar giler citer dia. Berdekak kay xD. Lepas tu Farzmil pon datang dengan baju sekolah. Hahaha.. Aku datang rumah nabiha pakai t-shirt je. Baju sekolah aku bawak jugak lah. Lepas mael lambong habis, Kita orang tengok citer Hoorey-hoorey. Memang aku dengan nabiha dah tengok sebelum nie, tapi entahlah si nabiha tu nak tengok lagi. Lagipun farzmil tak pernah tengok lagi. So, layannn jelahh ~~ Masa tengah tengok citer tu, aku cakap dengan nabiha yang aku nak pakai shawl dia. Shawl dia banyak giler kay. Aku nie pulak satu shawl pon tadak. Jakun sikitlah :D Hahaha.. Farzmil pon join sekaki pakai shawl. Nak tenok gambar ? Jap eh..


Yang aku tau muka aku memang tak boleh blah kay. Buruks giler XD. Jangan tenung lama lama.. hahaha :P Lepas tu kita orang sambung tengok cerita. Sambung sambung~~ Farzmil nak pegi sekolah cepat sebab ada hal apa ntah. Lepas tu aku ngan nabiha pon menggila kat rumah. Hahahah :D Kay penat menaip. Kbai ^^


p/s: Sekarang tengah tengok Conan :') Dah lama tak tengok. Rinduu ~~

Sunday, 15 July 2012

Gred-ing Taekwondo

Assalamualaikum...
Hye !!!


Tadi pagi adik aku ada pereksa taekwondo dia. Sekarang dia tali pinggang hijau 2. Lepas pereksa dia naik tali pinggang biru. Ayah aku nak dia sampai tali pinggang hitam. Yelah ayah aku nak tengok aku dapat tali pinggang hitam tapi tak kesampaian. Hmm.. Bukan aku tak nak sambung tapi aku, tau jelah sendiri. Aku penat lah. Malas kay. Jom sambung...


Lepas mak aku hantar jemi, kita orang semua pegi breakfast kat restoran apa tah namanya. Makan makan. Tengah makan tu aku ternampak A nabiha. Okey mesti korang pikir nabiha nie bnyk crush kan? A nie adalah budak form 6 atas tahun lepas. Nak kata crush pon tak de lah. Cuma A nie selalu text ngan nabiha. Tu je. Nasib baik A nie tak nampak aku. Kalau tak haru jadinya.


Lepas breakfast, kita orang balik sktd2 iaitu tempat adik aku gred-ing. Mak aku suruh aku bawak sekali kamera. Aku pon snap snap lah gambar ala ala cameragirl professional. Hahaha #berangan. Sekarang yang aku peliknya apalah mimpi sir dia orang nak buat gred-ing pagi pagi buta. Selalunya petang petang. Baru je nak bangun tidur lambat. Kacau betul :\ hmm... So, kita tengok gambar jelah....












#kbai ^^



p/s : hari selasa nie dah ujian 2. huaa.. aku tak bersedia lagi. study pon belum. korang doakan aku berjaya eh? btw, sekarang blog aku dah cantik  :') cantik tak??

Thursday, 12 July 2012

Hari Keusahawanan

Assalamualaikum...
Hye !!


Pada hari nie sekolah aku ada buat hari kokurikulum,keusahawanan dan koperasi. Okay sekali tiga. Tahun nie tak best langsung. Sebab pagi tadi ada sportcheck kat pagar sekolah. Dah la aku bawak camera dengan phone. Memang terbaikk lah kan. Kalau phone aku tak kisah sangat kalau cikgu nak rampas. Yang aku kisah aku punya camera kesayangan. Aku terus sms ayah aku supaya patah balik ke sekolah. Bila ayah aku dah sampai aku terus kasi balik phone ngan camera :\ So, entry kali nie tiada gambar. Soo sorry kayy...


Bila dah lepas sportcheck, kita orang semua berkumpul di padang. Cikgu tengah agihkan kupon sebab kita orang berurus niaga dengan kupon. Hari nie memang hari makan sedunia buat smktd. Hahaha :D Tapi yang aku sedih nya duit 10 ringgit aku hilang. Disebabkan panik sportcheck 10 hinggit aku hilang. Arrggghhh!!! Aku tak leh makan banyak hari nie. Huhuhu sedihhh :'(


Lepas tu kita orang pon jalan jalan. And then terjumpa ngan mr. N nabiha. Yang paling sweet moment is bila dia orang bertentang mata. Huwaaaa... sweet sioottt. Kejadian begini ya ibuk ibuk... mula mula si mr.N nie buat kerja amal iaitu tolong buang sampah atau macam pekerja buang sampah, yang angkut sampah dalam beg plastik hitam dan si nabiha nie pulak dia nak buang sampah. Bila nabiha nak buang, mr.N nie pulak nak ambik plastik sampah yang nabiha buang sampah kat situ. So, nabiha buang, mr. N pulak pegang plastik tu. Mr. N pandang nabiha,nabiha pandang mr.N. Perghh aku tengok dari jauh jeles giler beb. Soo, sheweett :3


Hmm.. aku malas lah nak taip panjang2. So, cerita tergantung jelah. Tahun nie memang tak best !!!! Kbai ^^



#Gambarcuri :P

Tuesday, 10 July 2012

Segmen : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum...
Hye !!


Setelah sekian lama tidak menge'join'kan diri dalam segmen, kali nie join jugak sebab hadiah dia memang gempakz giler wei. Wa tak tipu lu. Hikhik.. So, jom lah join. Cepatcepat ~~ Disebabkan segmen nie tiada banner, so KLIK SINI jelah senang kay. Hadiah dia memang banyak kalau lebih daripada 100 peserta. Cepatlah join !! hehe :)


Credit : https://www.facebook.com/pages/Momo-Chan-Collections/197114006994906

Sunday, 8 July 2012

New Blog...

Assalamualaikum...
Hye !!


Seperti yang korang nampak sekarang nie, blog aku dah bertukar wajah. Thanks to Cik Fie sebab editkan blog saya. Tapi ini cuma permulaan sahaja. Aku nak tengok kalau sesuai ngan blog aku. Sebab ini first time aku pakai denim tak silap aku lah. Sebab selama nie aku x pernah pakai denim sebab aku tak reti nak edit. Kalau macam tak sesuai aku terpaksa tukar kepada template lainlah. 


Sekarang nie pon aku masih merangkak2 lagi untuk edit blog baru nie. Aku kena paham dulu sebelum edit denim nie. Agak susah juga nak edit denim nie. Yelahh first time lah katakan. So, kalau susah sangat nak edit aku terpaksa tukar kepada lain. Hehehe sorry sangat :) Kbai ^^

Birthday Giveaway and Up Your Follower by Ainie

Assalamualaikum...
Hye !!



Tarikh tutup: 15 Julai 2012

tag : 

Saturday, 7 July 2012

Ohsemm Day :)

Assalamualaikum...
Hye !!


Semalam bukan lah hari yang ohsemm sangat. Tapi disebabkan otak aku dah tepu tak tau nak letak tajuk ape so, aku bantai jelah. Semalam aku sekolah macam biasa lah macam you alls. Belajar pon macam biasa. Tapi yang tak biasa nya, aku memang penat giler semalam. Sebab kan hari khamis tuh hari sukan. Aku memang tak nak pegi sekolah tapi disebabkan aku teringatkan kerja kursus dan buku farzmil, aku gagahkan jua untuk pegi ke sekolah. #fuhh ayat gua.


Masa rehat aku nampak nabiha dan najiah. Nabiha nak beli air, jiah pulak nak beli makanan. Aku pon joinlah biha beli air. Masa tengah beli air tu biha ada cakap ' kita ingatkan awak tak datang tadi '. Tiba tiba abang yang jaga air tu menyampuk. 'Kita ingatkan awak tak datang tadi '. Wah dah melebih nie. Sesedap rasa je nak mengedog orang. Aku pon jeling abang tu dan cakap ' eh, apa awak awak nie '. Berani betul aku sound abang tuh. Hahaha padan muka dia. Aku memang geli betul kalau ada lelaki yang awak awak dengan aku nie.


Abang tu terus senyap dan menyambung tugas dia iaitu membuat air. Lepas biha beli air giliran aku pulak. Masa tu hanya kita orang je yang beli. Pastu aku cakap lah yang aku nak air oren. Lepas ambik air tu dia tanya aku ' form berapa '. Aku jawablah ' 2 '. Dia jawab balik ' nanti form 3 bla bla bla '. Aku jawab ' hahh ? '.  Serius aku tak paham langsung. Aku cuma dengar nanti form 3 je. Yang bla bla bla tu aku tak dengar langsung.


Sampai meja makan je aku terus cakap kat dia orang ' eee, abang tu dah kenapa ? Annoying giler '. Jiah cakap ' haah. Sengal je. '  Selepas tu kita oarang terus makan dengan aman. Hahaha dah macam cerita dongeng pon ada. Kbai ^^

Thursday, 5 July 2012

Hari Sukan 2012

Assalamualaikum...
Hye !!


Seperti yang dijanjikan semalam aku akan update acara pada hari ini. Mula mula aku takut kalau hujan turun. Sampai sekolah je tu pon mendung. Memang lecak giler padang. Tak sampai 1 jam kasut aku dah macam hape -___-


Macam biasa lah kan kalau hari sukan. Kalau tak de perbarisan @ kawad kaki memang tak sah. 




Kesian diorang. Apa cikgu bebel kat depan pon aku tak taulah. Ingat aku nak dengar sangat. Huhh.. Lepas tu ada persembahan taekwondo diikuti senamrobik. huahua.. Lepas tu baru ada lumba lari. Haaa, part nie paling best. Sebab aku dah lama tak jerit jerit nie. Jaguh jaguh jaguh !!! Masa sedap sedap tengok diaorang lari tup tup hujan pulak. So, cikgu terpaksa hentikan sekejap. Dalam 30 minit rasanya.


Lepas tu still hujan lagi tapi dah tak ribut. So, cikgu teruskan larian dalam hujan sekalipun. Kteorang memang best lah dapat main hujan. Memang best !! Kasut aku limited edition. Time hujan je boleh dapat. hahaha :)  Tahun nie memang best giler. Main hujan cikgu tak kesah pon. Cikgu umumkan keputusan pon kteorang still tak berteduh langsung. Hujan makin lebat adalah. Sekarang tak nak cerita panjang lebar tengok jelah gambar kayy.. No edit.. hewhew...








Bersama cikgu farhana. Teka mana satu cikgu. Muka cikgu tu pon macam kita kita juga. Pakai baju sekolah pulak tu. Sambung sambung ~~


alolololo sweet gituu ~~ hahahaha :D

#lastpicture
Aina tangkap tak boleh dekat lagi. Terserlah ketembaman mukaku.

Kbai ^^

Wednesday, 4 July 2012

Esok merupakan Hari Sukan

Assalamualaikum...
Hye !!


Pertama sekali, aku harap korang bila baca nie tak de sampai kening terangkat angkat ala ziana zain. Disebabkan tangan aku yang gatal lagi miang untuk menaip post kali nie. Aku rasa macam nak update jugak walau apa pon yang terjadi # chewahh.


Tajuk kita pada kali ini ialah 'Esok merupakan Hari Sukan'. Bukan hari ini kay. Esok ! Jangan tanya apa motif aku update pasal nie. Aku sendiri pon tak pasti yang aku buat nie betul ke salah. Okey kita akan memulakan dengan cerita aku pada hari ini kay..


Tadi aku tak masuk dalam kelas langsung kecuali lagi 15 minit nak balik baru aku masuk kelas. Sebab ? Aku malas dan aku nak juga merasai ponteng kelas yang selalu korang buat *ehh?. Ha ha terbukti sudahh. Aku tolong cikgu hias khemah. Kalau cikgu rumah sukan aku tau nie, nyaris nyaris dia cakap aku nie pengkhianat. Sebab aku tolong rumah sukan saga, padahal aku nie jaguh. Tapi aku tak de lah tolong sangat pon. Tolong tengok adalah.


Lagipun aku boring yang amat sebab cikgu pon bukan nak ajar sangat pon. Kalau dah dalam kelas ada 10 orang je nak ajar apa kan? Paling paling pon buat latihan je. So, aku pon cuba cuba nak ponteng kelas. Bukan ponteng sekolah eh. Mampus aku kena bebel dengan parents aku kalau aku buat hal. Tak pernah pernah buat hal tiba tiba ponteng sekolah. Huhh bala..


Apa apa pon esok aku sukan. Dan tunggu post untuk hari sukan esok. Kalau tak de bala yang menanti, aku akan hapdett. Chaoww dulu. Kbai ^^


p/s: esk aku rase nk bwk camera lah. Shuhhtt  jgn ckp kuat kuat. btw, go jaguh go jaguh go jaguh.
       saga: oren
       jaguh : hijau

Tuesday, 3 July 2012

Untuk orang yang tengah Angau :P

Assalamualaikum...
Hye !!


Ini merupakan luahan hati seorang gadis yang bernama ain anuar. emm.. gadis kah ? ehh, giler kau*  Gadis lah kan. Ini buat orang yang berada nun jauh di sana. #fuhh ayat. Buat gadis blogger yang cun melecing.. ehh*  Nabiha Suraiya...


Awak awak kte nak ucap takziah atas semua nya okeyy.. Bukan apa, cuma awak tak payah lah sampai nak pekak kan telinga kita nie dengan jeritan awak yang nyaring lagi high volome tuh.. Kalah opera cina tau..  Awak tak payah nak frust tetonggeng menonggeng meniarap tertiarap sekalipun kay.. Awak tak payah nak sakit hati sangatlah. Kesian budak tu. Kalau kita yang kena macam tu bukan frust menonggeng tapi berguling-guling masuk longkang besar terus tak payah jumpa budak tu lagi :)


Chill kayy.. lelaki bukan sekor ponn.. Kita tau bukan senang nak cari lelaki macam dia. Lagi lagi senyumanmu menawan menawan *najwalatif. Huhh menawan kah ? Bagi awak, tak bagi kita. plus alim lagi. Memang sepadan lah korang. Bagai pisang dibelah tiga * bak kata najiah. Tapi apa apa pon terima kasih banyak banyak. Kita memang sesuai kan jadi punching bag awak. Semua yang awak tak puas hati dengan dia awk lepaskan kat kita. Huhh sedihh :'(  Habis lebam lebam...


Tapi kan kalau awak tak puas hati dengan budak pompuan tu awak sound jelah *ehh bajet je. Tapi kita rasa budak tu tak ada apa apa ngan mr. N  awak tu.. Mr. N awak tu cuma crush dia je. Nothing else. Tapi tak tau lah mr. N awak tu mcm mana ? So, awak pikir jelah sendiri kayy.. Kita dah tak rela jadi mangsa penderaan kpd orang yang frust -__- Sekian, itu sahaja.. Harap awak paham. Kalau tak paham, emm susah nak pahamkan budak macam awak nie :P Kbai ^^



Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.