Wednesday, 4 July 2012

Esok merupakan Hari Sukan

Assalamualaikum...
Hye !!


Pertama sekali, aku harap korang bila baca nie tak de sampai kening terangkat angkat ala ziana zain. Disebabkan tangan aku yang gatal lagi miang untuk menaip post kali nie. Aku rasa macam nak update jugak walau apa pon yang terjadi # chewahh.


Tajuk kita pada kali ini ialah 'Esok merupakan Hari Sukan'. Bukan hari ini kay. Esok ! Jangan tanya apa motif aku update pasal nie. Aku sendiri pon tak pasti yang aku buat nie betul ke salah. Okey kita akan memulakan dengan cerita aku pada hari ini kay..


Tadi aku tak masuk dalam kelas langsung kecuali lagi 15 minit nak balik baru aku masuk kelas. Sebab ? Aku malas dan aku nak juga merasai ponteng kelas yang selalu korang buat *ehh?. Ha ha terbukti sudahh. Aku tolong cikgu hias khemah. Kalau cikgu rumah sukan aku tau nie, nyaris nyaris dia cakap aku nie pengkhianat. Sebab aku tolong rumah sukan saga, padahal aku nie jaguh. Tapi aku tak de lah tolong sangat pon. Tolong tengok adalah.


Lagipun aku boring yang amat sebab cikgu pon bukan nak ajar sangat pon. Kalau dah dalam kelas ada 10 orang je nak ajar apa kan? Paling paling pon buat latihan je. So, aku pon cuba cuba nak ponteng kelas. Bukan ponteng sekolah eh. Mampus aku kena bebel dengan parents aku kalau aku buat hal. Tak pernah pernah buat hal tiba tiba ponteng sekolah. Huhh bala..


Apa apa pon esok aku sukan. Dan tunggu post untuk hari sukan esok. Kalau tak de bala yang menanti, aku akan hapdett. Chaoww dulu. Kbai ^^


p/s: esk aku rase nk bwk camera lah. Shuhhtt  jgn ckp kuat kuat. btw, go jaguh go jaguh go jaguh.
       saga: oren
       jaguh : hijau

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.