Saturday, 21 July 2012

Hye, SweetHeart !!

Assalamualaikum...
Hye !!


Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan =) Puasa jangan tak puasa. Siapa puasa penuh aku kasi duit raya. Hikhik. Baru puasa dah pikir raya. Sebelum tu, kali nie tajuk seriusly tak de kene mengena dengan cerita aku kay. Tajuk post paling lama aku nak cari. Disebabkan otak aku dah tepu sebab aku telah gunakan untuk ujian 2, aku pon hentam jelah tajuk apa pon =) *senyum sampai ke dahi* Tujuan aku update adalah untuk menceritakan apa yang terjadi semalam je. Aku tak de idea nak tulis ape ? So, untuk kali kedua nya, aku hentam jelah. Sambung2..


Semalam aku pegi rumah Nabiha Suraiya. Aku sampai rumah nabiha kul 8 pagi. Gila awal kan. Yelah ayah aku nak gi ofis mestilah dia hantar aku cepat. Tu pon dia dah membebel sebab aku asyik gi rumah nabiha je. Abis nabiha yang ajak. Aku ikut je. Kalau kat rumah mak pon aku boring giler. Nabiha cakap Farzmil pon pegi rumah dia. So, aku tak lah sensorang kat rumah dia. Sampai je rumah dia, dia terus serang aku dengan soalan ujian 2. Dah la aku stress dengan soalan cambangang tu. Dia cakap dia nak periksa soalan sejarah. Kita orang pon check lah. Tak sampai habis, kepala aku rasa macam nak pecah. Tu baru check jawapan. Haishh..


Lepas tu kita orang tengok citer Mael Lambong. Serius kelakar giler citer dia. Berdekak kay xD. Lepas tu Farzmil pon datang dengan baju sekolah. Hahaha.. Aku datang rumah nabiha pakai t-shirt je. Baju sekolah aku bawak jugak lah. Lepas mael lambong habis, Kita orang tengok citer Hoorey-hoorey. Memang aku dengan nabiha dah tengok sebelum nie, tapi entahlah si nabiha tu nak tengok lagi. Lagipun farzmil tak pernah tengok lagi. So, layannn jelahh ~~ Masa tengah tengok citer tu, aku cakap dengan nabiha yang aku nak pakai shawl dia. Shawl dia banyak giler kay. Aku nie pulak satu shawl pon tadak. Jakun sikitlah :D Hahaha.. Farzmil pon join sekaki pakai shawl. Nak tenok gambar ? Jap eh..


Yang aku tau muka aku memang tak boleh blah kay. Buruks giler XD. Jangan tenung lama lama.. hahaha :P Lepas tu kita orang sambung tengok cerita. Sambung sambung~~ Farzmil nak pegi sekolah cepat sebab ada hal apa ntah. Lepas tu aku ngan nabiha pon menggila kat rumah. Hahahah :D Kay penat menaip. Kbai ^^


p/s: Sekarang tengah tengok Conan :') Dah lama tak tengok. Rinduu ~~

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.