Saturday, 7 July 2012

Ohsemm Day :)

Assalamualaikum...
Hye !!


Semalam bukan lah hari yang ohsemm sangat. Tapi disebabkan otak aku dah tepu tak tau nak letak tajuk ape so, aku bantai jelah. Semalam aku sekolah macam biasa lah macam you alls. Belajar pon macam biasa. Tapi yang tak biasa nya, aku memang penat giler semalam. Sebab kan hari khamis tuh hari sukan. Aku memang tak nak pegi sekolah tapi disebabkan aku teringatkan kerja kursus dan buku farzmil, aku gagahkan jua untuk pegi ke sekolah. #fuhh ayat gua.


Masa rehat aku nampak nabiha dan najiah. Nabiha nak beli air, jiah pulak nak beli makanan. Aku pon joinlah biha beli air. Masa tengah beli air tu biha ada cakap ' kita ingatkan awak tak datang tadi '. Tiba tiba abang yang jaga air tu menyampuk. 'Kita ingatkan awak tak datang tadi '. Wah dah melebih nie. Sesedap rasa je nak mengedog orang. Aku pon jeling abang tu dan cakap ' eh, apa awak awak nie '. Berani betul aku sound abang tuh. Hahaha padan muka dia. Aku memang geli betul kalau ada lelaki yang awak awak dengan aku nie.


Abang tu terus senyap dan menyambung tugas dia iaitu membuat air. Lepas biha beli air giliran aku pulak. Masa tu hanya kita orang je yang beli. Pastu aku cakap lah yang aku nak air oren. Lepas ambik air tu dia tanya aku ' form berapa '. Aku jawablah ' 2 '. Dia jawab balik ' nanti form 3 bla bla bla '. Aku jawab ' hahh ? '.  Serius aku tak paham langsung. Aku cuma dengar nanti form 3 je. Yang bla bla bla tu aku tak dengar langsung.


Sampai meja makan je aku terus cakap kat dia orang ' eee, abang tu dah kenapa ? Annoying giler '. Jiah cakap ' haah. Sengal je. '  Selepas tu kita oarang terus makan dengan aman. Hahaha dah macam cerita dongeng pon ada. Kbai ^^

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.