Friday, 31 August 2012

Rumpelstiltskin

Assalamualaikum...
Hye !!!


Sebenarnya aku nak post pasal benda nie semalam. Tapi disebabkan semalam aku stress + tension giler dengan drama nie, so aku lupakan jelah hasrat nak post. Aku malas nak cerita panjang- panjang sebab aku masih sedih dengan drama nie. Tapi aku still enjoy masa buat drama nie. Serius giler giler kita orang buat drama. Walaupun kemungkinan kelas kita orang dapat nombor last, tapi kita orang dah berusaha dengan gigih sekali #chewah. Bawah nie ada banyak gambar masa kita orang sibuk buat drama Rumpelstiltskin ...


Aku yang pegang. Hihihi. Nie lah poster kita orang :)

Nampak tak muka aku yang tengah bengang tu xD
bawah Queen Kate (king wifey-2nd) *Amira Hani*

Amiza as Lisa. Comel kan? Hihi aku tau :P

Peace :D

Lakonan Lisa and Rumpelstiltskin. *nama rumpel panjang sangat*

Lisa, father, mother and rumpel.
 
Narrator *tie-Hattem* and King *Daim*

Lisa and Queen Elizabeth (king wifey-1st) *Amira Hanis*

Father *Fudhail* & Rumpel *spec-Keevaan*

Props !!

Director*Veronica* and Lisa



Yeahh 2 RK 1 !!!!

Gambar credit to Fatima =)


Itu je gambar. Sikit je. Sikit kepala hotak kau ! Hahaha xD btw memang best masa buat nie semua. Rasa macam nak buat lagi. Tapi hmm... Apa apa pon kita orang semua enjoy buat drama. Semua buat perangai masing masing. Hal masing masing. Sekarang lupakan tentang drama dan aku kene fikir pasal water filter. Cikgu nak lepas raya. K fine -.- Bye ^^




Wednesday, 22 August 2012

AidilFitri 2012

Assalamualaikum...
Hye !!


Salam Lebaran ;) Hari nie telah masuk Syawal yang ke-4. So, amacam raya korang ? Huahua mesti best kan. Hmm... raya aku tahun nie suram sikit sebab mama kerja. Spoil betul. Baru nak duduk lelama kat Perak. Kemarin aku balik JB balik. Sedeyhh... Hmm... okey sekarang tak mau sedih sedih. Aku nak cerita pasal kat kampung aku. Taknak baca boleh blah dari sini. Sekian terima kasih :) Hewhew..


Hari Sabtu aku dah balik Perak. Memang teruja habis lahkan. Yelah siapa yang tak teruja dapat balik kampung. Siapa yang tak dapat balik kampung, hahaha padan muka :P Hishh jahat betul. Takpe takpe jangan sedih. Pastu jalan punya jalan punya jalan, ayah pun berhenti kat RnR Ayer Keroh, Melaka. So, bila sampai sana first sekali cari mestilah toilet. harhar.. Semasa berurusan dengan En. jamban, tiba-tiba kecepluk. Eh, macam tu ke bunyi dia ? Emm.. lantaklah. Aku pun pusing ke belakang cari benda apa yang jatuh. Apabila aku tengok bawah..... 'Hahhhh!!!! Telefon aku !!!!!' 'Maaamaaaa,,telefon kiteeee....' Aku takde lah jerit sampai satu toilet tu bergegar :3 Haihh aku rasa macam nak nangis pun ade. Telefon aku masuk dalam jamban. sobsob..


Yang dapat diselamatkan hanya bateri dan cover belakang je. Perghhh boleh pulak dia melantun tu. Jatuh atas lantai melantun masuk dalam jamban. Hmm... tak timbul timbul pulak tu. Huwaaaa !!! Lepas keluar je aku terus citer kat mama. Mama hanya cakap 'Laaaa... macam mana boleh masuk. Telefon tu letak kat mana ?' 'Kita letak kat dalam kocek seluarlah' 'Hmmm.....' Nasib baik mama cuma membebel tu je. Fuhh. Bila aku cakap kat ayah, ayah bebel pun sama dengan mama. Aik ? Ayah tambah 'habis, sim kad dapat tak ?' 'Kita dapat bateri dan cover belakang je. Pastu tak timbul. Kalau timbul boleh jugak kita amik sim kad dia'  Iye betul. Kalau timbul balik, aku ambil sim kad pastu campak balik. Hahaha :D


Masa dalam perjalanan mama cakap 'Nampak sangat nak beli telefon baru. Tu yang masuk dalam jamban.' Mak aku nie macam tau tau je. Aku dah lama nak telefon baru. Nasib baik hp aku tu nokia cikai je. Kalau bb, dah lama aku menangis tak berlagu lah jawabnya. Haihhh. Sebelum pergi rumah nenek, ayah  pergi ke Hospital Ampang. Nak melawat abang sedara aku. Serius aku tak percaya dia sakit sampai teruk macam tu. Hmm... kesian aku tengok. Tak menyempat dia nak jadi chef. Hmm....


Lepas melawat je kita orang terus balik perak. Sampai rumah nenek, fuhh memang riuh betul walaupun cuma 3 famili termasuk kita orang. Nie ada gambar masa 1st Syawal.. Malas nak citer panjang panjang ;)

 Aku lari tema. Hahaha tak sama ;)


Big family. Aku takde sebab aku cameragirl nya 

Nenek ku.. 

Otw balik JB. 

Daripada atas Paksu, Najmi, Aiman and Yaya :)


Aku bergerak balik JB dalam pukul 6 petang. Pastu ayah singgah rumah pak long balik. Tidur sana. Sampai sana je, Kak An dah balik dari Mesir. Fuhh dah lama tak tengok dia. Bila dia nampak aku je teruss 'Eh, Jihaaaaaaa.....'  Iyalah dah lama tak jumpa. Hikhik. Esoknya barulah kita orang bergerak balik JB. Serius penat giler. Hahh apa apa pun masa raya nie jangan makan banyak banyak. Jangan terkejut pulak nanti naik sekolah, baju dah tak muat. Hahahaha..... Aku takpe. Baju aku besorrr.... Hihihihi Kbai ^^




Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya ^^

Assalamualaikum...
Hye !!


Salam Ramadhan semua. Hari nie dah masuk Ramadhan yang ke-27. Hewhew ada lagi 2 hari je nak raya. Macam tak percaya. Sekejap je dah nak raya. Macam mana korang punya persiapan raya? Dah beli baju raya? Hahh, belum ? So, cepat cepatkanlah nye. Hehehe raya setahun sekali jek. Aku punya tema kaler baju tahun nie hijau. Korang ? Haha, tahun nie aku tak boleh nak beraya sangat. Bukan nya aku nak PMR. Eh, bukan. Aku baru 14 tahun. Tahun depan lah gamaknya. Tahun nie mak aku tak cuti lama. Katanya first raya dah balik JB balik. Sebab raya kedua mak aku dah kerja. Sedih kay. Baru nak cuti panjang kat Perak. Kalau korang nak tengok persiapan aku, boleh KLIK SINI. Peacee Y


Sorrylah, aku dah lama tak hapdett. Sebab aku sibuk sikit kat sekolah. Hahaha takde kene mengena dengan hapdett blog kay Ain. Sebenarnya dekat sekolah aku, semua budak fom2, kalau tak salah aku lah, terlibat dalam drama Rumpelstiltskin. Betul tak ejaan aku ? Pape jelah. Daripada start puasa until raya nie, kita orang sibuk dengan drama Rumpel. Seriusly aku tak sabar nak tengok dia orang berlakon. Cool bebb. Aku adalah budak poster sahaja. So, kerja aku buat poster dengan ahli yang lain. Tapi, sebenarnya aku tak reti lukis pon. Disebabkan poster je yang senang, so, aku masuklah group poster. Lagipun yang lukisnya Farzmil sendiri, aku just tolong jelah mana yang patut. hehehe :')


Lepas raya nie pulak banyak betul aktiviti yang kene buat. Drama tu antara salah satu aktiviti. Lepas tu, sains kene buat water filter pulak. Walaupun cuma 2 aktiviti je, tapi nak kena cari bahan susah woo. Makan masa jugak. Drama dan water filter cikgu nak lepas raya. Haduhh.. pening kepala nak memikirkan. Banyak bahan takde lagi. Takpe takpe banyak masa lagi. Insyaallah sempat :)


Btw, Selamat Hari Raya korang. Masa raya nanti hati-hati. Jangan sampai lepas cuti je dah takde jari. Hewhew kesiannn..:/  Nie ada kad raya khas untuk korang. Ehem tak cantik pon. Biasa biasa je. Maafkan Ain kalau ada terkasar bahasa atau seumpamanya lagi. Lagi lagi dekat BFF aku. Sorry kay. Aku mengaku memang kadang kadang mulut aku takde insurans. Korang apatah lagi *ehh. Apa apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI =)


#tekan untuk besarkan

#Kbai ^^




Sunday, 5 August 2012

Berbuka Dengan BF ♥

Assalamualaikum...
Hye !!


Semalam aku berbuka dengan kawan kawan aku. Aku, Jiah, Nurin, Emy, Bihan dan Kim. Sepatutnya Nabiha pon ikut sekali. Tapi dia sakit. Muntah-muntah. Teringat kat N lah tu. Hahaha :D Kita orang berbuka kat tempat biasa lah. Mana lagi kalau bukan kat jusco. Aku sampai jusco dalam pukul 6 gitu. Mula jiah cakap dia ada kat harris. So, aku pergi lah harris. Aku sampai dia tak ada pulak. Aku pon telefon dia. Dia cakap dia ada kat kedai aksesori dekat dengan cinema. Hmm.. aku pun dengan bersemangat jalan lelaju. Terpaksa patah balik sebab escalator dekat harris tutup. Serius aku dah tak kenal jusco. Dia banyak buat ubah suai. Sampai tingkat atas aku pon cari lah dorang. Lepas aku nampak diaorang, kitaorang pon jalan jalan.


Tengah jalan jalan, Jiah pun sibuk suruh cari tempat makan. Kita orang pun carilah. Semalam memang ramai giler orang. Sesak dengan orang. Panas pun ada. Tempat makan semua full. Daripada atas sampai bawah kita orang cari. SEMUA FULL. Last last tempat terakhir ialah food court. Tengok tengok pun full. Jiah dah bengang giler. Pastu kita orang jalan jalan. Kot kot ada ke. Lepas tu ada satu restoran nie dia cakap kalau nak makan jugak kena tunggu pukul 8 baru ada. Kita orang memang tengah terdesak, so bantai jelah. 


Masa berbuka pulak kita orang pergi Jco. Tengok tengok donut tapi tak beli pon. Last last kita orang beli air mineral kongsi 4 orang. Hahaha giler betul. Masa tu Emy takde. Nak tunggu kul 8 lama lagi. So, kita orang jalan jalan. Konon konon nak solat dulu. Tapi...Ya  Allah ramai giler orang nak solat. Sampai takde ruang langsung seyh. Kita orang pun terpaksa tangguhkan dulu. Lepas tu kita orang terus pergi restoran tu. Hahaha perut semua sudah berbunyi yek. Serius lapar.. Kita orang dah order dulu masa reserved. Cuma tunggu makanan siap je. Tapi lambat jugak nak tunggu.  Lepas makanan dah sampai, kita orang pon apalagi melantaklah jawabnya. Lepas tu baru Emy sampai sebab dia berbuka dengan kakak dia. Masa Emy sampai tu, bangla yang amik order kita orang cakap " Mana kawan yang nak makan disini " Emy pun tunjuklah kat kita orang. Aku pun tak paham dengan bangla tu. Takkan lah dia tak nampak masa reserved tadi. Haishhh..


Pastu Bihan cakap kat bangla tu " Ada kerusi lebih tak?" Sebab Emy nak duduk. Cepat giler okey bangla tu amik. Hahaha. Bihan cakap Emy cantik sangat sebab tu cepat. Hmm.. macam macam. Masa tu dah pukul 9. Ayah aku pulak masa tu dah ada kat hospital hantar mama. Aku belum pergi harris lagi. Aku kalau pergi jusco wajib kena pergi harris. So, kita orang pun pergilah harris. Aku dengan jiah pergi kat tempat NOVEL. Wajib !!! Lepas cari novel aku pun pergi tempat komik. Apa lagi yang aku cari kalau bukan Detektif Conan. Aku cari cari tapi tak jumpa. Yang ada Doraemon je. Tiba tiba ada orang sapa aku. Terkejut kay. Ingat kan siapa. Dia cakap " Hoi, cepat sikit lah !"  Aku pandang je rupa rupanya ayah aku. Hishh apalah. Terkejut je. Disebabkan ayah aku dah datang, dia orang semua balik. Lepas bayar je aku pun terus balik. Memang best giler. Kenangan masa berbuka, minum kongsi 4 orang. Hahaha macam hape. Semua orang tengok. Maluuu seyh. Kbai ^^^
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.