Sunday, 5 August 2012

Berbuka Dengan BF ♥

Assalamualaikum...
Hye !!


Semalam aku berbuka dengan kawan kawan aku. Aku, Jiah, Nurin, Emy, Bihan dan Kim. Sepatutnya Nabiha pon ikut sekali. Tapi dia sakit. Muntah-muntah. Teringat kat N lah tu. Hahaha :D Kita orang berbuka kat tempat biasa lah. Mana lagi kalau bukan kat jusco. Aku sampai jusco dalam pukul 6 gitu. Mula jiah cakap dia ada kat harris. So, aku pergi lah harris. Aku sampai dia tak ada pulak. Aku pon telefon dia. Dia cakap dia ada kat kedai aksesori dekat dengan cinema. Hmm.. aku pun dengan bersemangat jalan lelaju. Terpaksa patah balik sebab escalator dekat harris tutup. Serius aku dah tak kenal jusco. Dia banyak buat ubah suai. Sampai tingkat atas aku pon cari lah dorang. Lepas aku nampak diaorang, kitaorang pon jalan jalan.


Tengah jalan jalan, Jiah pun sibuk suruh cari tempat makan. Kita orang pun carilah. Semalam memang ramai giler orang. Sesak dengan orang. Panas pun ada. Tempat makan semua full. Daripada atas sampai bawah kita orang cari. SEMUA FULL. Last last tempat terakhir ialah food court. Tengok tengok pun full. Jiah dah bengang giler. Pastu kita orang jalan jalan. Kot kot ada ke. Lepas tu ada satu restoran nie dia cakap kalau nak makan jugak kena tunggu pukul 8 baru ada. Kita orang memang tengah terdesak, so bantai jelah. 


Masa berbuka pulak kita orang pergi Jco. Tengok tengok donut tapi tak beli pon. Last last kita orang beli air mineral kongsi 4 orang. Hahaha giler betul. Masa tu Emy takde. Nak tunggu kul 8 lama lagi. So, kita orang jalan jalan. Konon konon nak solat dulu. Tapi...Ya  Allah ramai giler orang nak solat. Sampai takde ruang langsung seyh. Kita orang pun terpaksa tangguhkan dulu. Lepas tu kita orang terus pergi restoran tu. Hahaha perut semua sudah berbunyi yek. Serius lapar.. Kita orang dah order dulu masa reserved. Cuma tunggu makanan siap je. Tapi lambat jugak nak tunggu.  Lepas makanan dah sampai, kita orang pon apalagi melantaklah jawabnya. Lepas tu baru Emy sampai sebab dia berbuka dengan kakak dia. Masa Emy sampai tu, bangla yang amik order kita orang cakap " Mana kawan yang nak makan disini " Emy pun tunjuklah kat kita orang. Aku pun tak paham dengan bangla tu. Takkan lah dia tak nampak masa reserved tadi. Haishhh..


Pastu Bihan cakap kat bangla tu " Ada kerusi lebih tak?" Sebab Emy nak duduk. Cepat giler okey bangla tu amik. Hahaha. Bihan cakap Emy cantik sangat sebab tu cepat. Hmm.. macam macam. Masa tu dah pukul 9. Ayah aku pulak masa tu dah ada kat hospital hantar mama. Aku belum pergi harris lagi. Aku kalau pergi jusco wajib kena pergi harris. So, kita orang pun pergilah harris. Aku dengan jiah pergi kat tempat NOVEL. Wajib !!! Lepas cari novel aku pun pergi tempat komik. Apa lagi yang aku cari kalau bukan Detektif Conan. Aku cari cari tapi tak jumpa. Yang ada Doraemon je. Tiba tiba ada orang sapa aku. Terkejut kay. Ingat kan siapa. Dia cakap " Hoi, cepat sikit lah !"  Aku pandang je rupa rupanya ayah aku. Hishh apalah. Terkejut je. Disebabkan ayah aku dah datang, dia orang semua balik. Lepas bayar je aku pun terus balik. Memang best giler. Kenangan masa berbuka, minum kongsi 4 orang. Hahaha macam hape. Semua orang tengok. Maluuu seyh. Kbai ^^^

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.