Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya ^^

Assalamualaikum...
Hye !!


Salam Ramadhan semua. Hari nie dah masuk Ramadhan yang ke-27. Hewhew ada lagi 2 hari je nak raya. Macam tak percaya. Sekejap je dah nak raya. Macam mana korang punya persiapan raya? Dah beli baju raya? Hahh, belum ? So, cepat cepatkanlah nye. Hehehe raya setahun sekali jek. Aku punya tema kaler baju tahun nie hijau. Korang ? Haha, tahun nie aku tak boleh nak beraya sangat. Bukan nya aku nak PMR. Eh, bukan. Aku baru 14 tahun. Tahun depan lah gamaknya. Tahun nie mak aku tak cuti lama. Katanya first raya dah balik JB balik. Sebab raya kedua mak aku dah kerja. Sedih kay. Baru nak cuti panjang kat Perak. Kalau korang nak tengok persiapan aku, boleh KLIK SINI. Peacee Y


Sorrylah, aku dah lama tak hapdett. Sebab aku sibuk sikit kat sekolah. Hahaha takde kene mengena dengan hapdett blog kay Ain. Sebenarnya dekat sekolah aku, semua budak fom2, kalau tak salah aku lah, terlibat dalam drama Rumpelstiltskin. Betul tak ejaan aku ? Pape jelah. Daripada start puasa until raya nie, kita orang sibuk dengan drama Rumpel. Seriusly aku tak sabar nak tengok dia orang berlakon. Cool bebb. Aku adalah budak poster sahaja. So, kerja aku buat poster dengan ahli yang lain. Tapi, sebenarnya aku tak reti lukis pon. Disebabkan poster je yang senang, so, aku masuklah group poster. Lagipun yang lukisnya Farzmil sendiri, aku just tolong jelah mana yang patut. hehehe :')


Lepas raya nie pulak banyak betul aktiviti yang kene buat. Drama tu antara salah satu aktiviti. Lepas tu, sains kene buat water filter pulak. Walaupun cuma 2 aktiviti je, tapi nak kena cari bahan susah woo. Makan masa jugak. Drama dan water filter cikgu nak lepas raya. Haduhh.. pening kepala nak memikirkan. Banyak bahan takde lagi. Takpe takpe banyak masa lagi. Insyaallah sempat :)


Btw, Selamat Hari Raya korang. Masa raya nanti hati-hati. Jangan sampai lepas cuti je dah takde jari. Hewhew kesiannn..:/  Nie ada kad raya khas untuk korang. Ehem tak cantik pon. Biasa biasa je. Maafkan Ain kalau ada terkasar bahasa atau seumpamanya lagi. Lagi lagi dekat BFF aku. Sorry kay. Aku mengaku memang kadang kadang mulut aku takde insurans. Korang apatah lagi *ehh. Apa apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI =)


#tekan untuk besarkan

#Kbai ^^




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.