Sunday, 30 September 2012

Jamuan DSLC @ Dewan Daiman

Assalamualaikum...
Hye !!


Jamuan ni sebenarnya semalam tapi disebabkan semalam lepas jamuan aku terus balik kampung so, tak sempat nak update pasal ni. Seperti tahun lepas jamuan ni.. hmm.. macam biasalah. Tak ada apa apa perubahan. Yang ada cuma tempat dia lain sikit. Tahun lepas jamuan ni diadakan di dewan sekolah foon yew 5. Sorry kalau ejaan salah. Kali ini cikgu buat dekat Dewan Daiman Bowl, Johor Jaya. Baru ada class sikit kan ?


Semalam lepas periksa percubaan SDKA, aku ngan Azriana terus cabut. Tunggu ayah sebab baju aku ngan zana ada dalam kereta. Lepas tu, tukar baju dekat tandas sekolah. Dalam pukul 10.45 pagi baru kita orang bertolak pergi dewan daiman. Mula mula kita orang ingat dekat Daiman Bowl. Tempat main bowling tu. Rupa-rupanya betul betul dekat depan The Store. Jauh sikitlah daripada bowling tu. Terpaksa aku ngan zana jalan kaki. Dahla hujan. Lencun kita orang.


Masuk dalam je.. fuhh... ramai gila orang. Sampai turn aku je dah takde meja. Memang dengki kan ? Cikgu cakap 1 meja 10 orang. Nabiha punya meja dah 10 orang. Pastu nabiha cakap duduk je, lagipun semua dah penuh. Masa aku cari kerusi, cikgu shikin panggil aku. Dia cakap "Ain, nama awak naik. Nanti ambik anugerah k." Aku yang tengah berpeluh-peluh tercengang. Biar betul ? Aku tanya cikgu balik "Cikgu, anugerah ape ?" Cikgu cakap "Entah saya pun tak tau.


Nabiha ngan nurin dah cakap "Untunglahhhh...." Aku rasa macam.... entah. Berdebar-debar siott. Yang part sakit hatinya, masa aku tengah makan juga nama aku naik. Haishh.. Nasib baik aku makan guna sudu. Kalau guna tangan tak ke naya namanya. Lepas habis jamuan, cikgu cakap pelajar yang naik bas tunggu sebentar. Sebab bas datang lambat sikit. Pastu cikgu cakap boleh buat aktiviti sendiri. Ada yang karaoke, menari. Yang bestnya ada abang tu menari oppa gangnam style. Memang best. Kita orang apa lagi. Ambil gambarlah. Yang jadi mangsa aku. Tukang mengambilnya. Naik lenguh tangan.


So, inilah hasilnya....

 Ni memang bukan aku yang ambil. Haha.. nurin, aku, nabiha, intan.





Budak belakang tu sibuk nak interframe sekali :P 





Time ni kaki tangan aku lenguh. Dia orang cari juga abang abang yang hensem nak ambil gambar. Haishh...



 Ops ! Yang tiga ni bukan abang ye. Dia orang ni semua sebaya aku je. Shida je ngade nak bergambar ngan dia orang. Hahaha :P

#gambar penutup

Muka aku terlebih manis. Sebab hari ni birthday aku. Dah tua rupanya. Hahaha :'D Thanks kepada mereka mereka yang wish aku. Hadiah mane ? lol. Apa apa pun itu je nak cerita. Kbai ^^

Wednesday, 26 September 2012

Obses Dengan Anime

Assalamualaikum...
Hye !!


Semenjak dua menjak ni, nak kata aku selalu tengok anime tak juga lah. Kadang kadang tu adalah. Ni semua berjangkit dengan 2 orang ratu anime ni. Siapa lagi kalau bukan FARZMIL & AMIRA HANI. Tapi aku cuma tengok satu je. Tak minat weyh nak tengok banyak banyak. Kalau kartun tu aku layan lah jugak. Anime yang aku tengok tu tajuknya ni Kaichou Wa Maid~Sama. Itu pun aku tak habis tengok lagi. Sebab aku tak ada masa nak layan anime. Mesti Farzmil tengah gelakkan aku ~~


Yelah farzmil tu ratu segala ratu anime. Semua adik-beradik dia gila anime. Komik dengan CD tak payah cakaplah. Penuh satu almari agaknya. Sekarang farzmil dengan amira hani tengah berebutkan hero maid~sama. Hahaha macam budak kecik nak berebut segala. Yelah mana tak berebutnya. Hensem woo... Pada dia orang. Pada aku, emm.. boleh lah. Cuba tengok background twitter farzmil...


Anda nampak background dia ? Hahh, itulah heronya maid~sama. Namanya Usui Takumi. Kalau tak salah akulah. Aku ni bukan arif sangat bab bab nak ingat nama orang. Hensem tak ? hensem tak ? lol. Tanya farzmil je. Haha.. Cuba baca bio dia. Mesti korang akan terjumpa... jeng.. jeng.. jeng..


Okey abaikan. Masa diaorang tengah berebutkan usui dan siapa yang lebih berhak menjadi misaki iaitu heroin dialah, si Fatini boleh cakap...


Serius fatini ubah nama Adudu dia jadi kogoro mouri. Aku memang berdekak gila. So, aku pun konon kononnya nak ubah nama jadi shinichi kudo. Tapi rasa macam tak best pulak. Jadi aku tukar jelah background twitter...


Ehem ehem. Shinichi lagi hensem daripada H tu okey. Walaupun tak setanding dengan Usui. Hahaha... makin lama makin mencarut pulak. Tulah terikut-ikut dengan dia orang ni semua. Obses obses obses ~~~
Kbai ^^ 

Saturday, 15 September 2012

Awseemmm.. Classmates ☆

Assalamualaikum...
Hye !!!


2 RK 1 (2012)

Dari kiri atas : Idzuan, Daim, Wan Zul, Zafran, Najmi, Irfan, Nazim dan Afiq.
Dari kiri tengah : Kastury, Azreen, Qamarina, Nasyahrah, Amy, Asyikin, Fatimah, ???, Farzmil, Farah, Nabila, Fatini, A.Hanis, Amiza, Wanie, Kasyira, AinNazihah, Shantini dan Sarah.
Dari kiri depan : Fudhail, Nhavin, Keevaan, Hattem, Cik W. NurAznita, Veron, Rusmita, Athifah, A.Hani.

__________________________________________________________________________


Okey tu je semua classmates aku. Ada lagi sorang tapi masa ambil gambar dia tak datang. Nama dia Hiswary. So, semua sekali ada 36 orang. Mula mula bila dapat gambar nie aku berdekak gila. Nak kata candid tak jugalah. Sebab cameraman dah cakap buat freestyle 1..2..3.. KLIK ! Tapi entah macam mana boleh jadi macam nie. Btw lawa jugak :3


Sila cari muka aku ye. Ala yang comel comel tuuu... Harhar.. Muka aku memang tak boleh blah. Yelah muka budak blurr.... Hohoho :D 


Bila aku tengok gambar nie je mesti aku teringat kita orang punya kenakalan. Haha budak pandai mestilah nakal :P Aku rasa nak tergelak je bila ingat perangai gila gila dia orang semua xD  Masa drama rumpel, masa  ada sesetengah kene denda menari OPPA GANGNAM STYLE, hmm.. lagi apa ek ? Aku dah lupa. Tapi banyak ahh. Ehem ehem farzmil pun tak terkecuali menari. Hahahahahha xD Kbai ^^

Satu hari aku senyum sampai ke dahi. Sebab ? Ehem ehem sebab aku dapat hennnnponnnn barrruuuuuu !!!!!! 1st time beli yang touch punya. Ya aku tau aku jakun sedikit. So what ? Thanks ayah :* Henpon lama telah dimakan oleh en. jamban. huhuhu :|

Friday, 7 September 2012

Tak Ada Kerja :P

Assalamualaikum...
Hye !!


Kali nie aku nak cerita seba sedikit pasal pagi tadi. So, pastikan mata anda tidak pandang ke tempat lain selain post ini ye :) Pagi tadi aku pergi rumah Nabiha. Ayah dah membebel macam nenek. Asyik asyik tanya apasal pergi rumah nabiha selalu. Ala sorrylah. Bukan selalu pun. haha. Bila sampai rumah nabiha, nampak ayah dia tengah basuh kereta. Ayah pun keluar kereta tanda hormat. Sebelum masuk rumah, ayah ada pesan 'Ish tak malu ke dengan ayah dia? Asyik pergi rumah orang je.' Sempat lagi warning kat aku tu. 


Masuk je rumah dia, aku jeritlah nama nabiha. Takde orang sahut. Aku terus terjah jelah bilik nabiha. Ohh.. belum bangun tidur rupanya. Aikk pukul 8 belum bangun lagi ? Haha aku datang cepat sangat padanlah. Aku pun duduk tercongok tunggu nabiha bangun. Lepas dia bangun, kita orang online sekejap. Nasib baik aku ada bawa broadband. Biasalah rumah dia ada 2 laptop. Pastu ayah dia ajak pergi makan. Otw nak pergi, nampak farzmil jalan nak pergi rumah nabiha. Ayah biha berhenti pastu farzmil naik sekali.


Lepas balik makan, kita orang sambung online. Masa tu aku tengah buka twitter. Nabiha pun cakap 'Jom tweet ?' Aku angguk jelah. Nak tengok kita orang tweet apa ? Tengok nie...

Baca dari bawah.

Pandai pandailah matching sendiri :P

Duduk sebelah sebelah pun nak tweet. Hahaha. Yang tak bestnya budak nie tak habis habis cakap pasal H tu. Menyampah giler kay. Hish biarlah H tu hidup ngan aman sikit. Asyik asyik sebut nama dia. Masa makan pun nak sebut.

Farzmil pun tumpang sekaki kene kan aku :P


Penat dok tweet ngan dia orang nie semua. Padahal duduk sebelah je tu. Hahaha :D Itu je nak citer. Kbai ^^

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.