Sunday, 30 September 2012

Jamuan DSLC @ Dewan Daiman

Assalamualaikum...
Hye !!


Jamuan ni sebenarnya semalam tapi disebabkan semalam lepas jamuan aku terus balik kampung so, tak sempat nak update pasal ni. Seperti tahun lepas jamuan ni.. hmm.. macam biasalah. Tak ada apa apa perubahan. Yang ada cuma tempat dia lain sikit. Tahun lepas jamuan ni diadakan di dewan sekolah foon yew 5. Sorry kalau ejaan salah. Kali ini cikgu buat dekat Dewan Daiman Bowl, Johor Jaya. Baru ada class sikit kan ?


Semalam lepas periksa percubaan SDKA, aku ngan Azriana terus cabut. Tunggu ayah sebab baju aku ngan zana ada dalam kereta. Lepas tu, tukar baju dekat tandas sekolah. Dalam pukul 10.45 pagi baru kita orang bertolak pergi dewan daiman. Mula mula kita orang ingat dekat Daiman Bowl. Tempat main bowling tu. Rupa-rupanya betul betul dekat depan The Store. Jauh sikitlah daripada bowling tu. Terpaksa aku ngan zana jalan kaki. Dahla hujan. Lencun kita orang.


Masuk dalam je.. fuhh... ramai gila orang. Sampai turn aku je dah takde meja. Memang dengki kan ? Cikgu cakap 1 meja 10 orang. Nabiha punya meja dah 10 orang. Pastu nabiha cakap duduk je, lagipun semua dah penuh. Masa aku cari kerusi, cikgu shikin panggil aku. Dia cakap "Ain, nama awak naik. Nanti ambik anugerah k." Aku yang tengah berpeluh-peluh tercengang. Biar betul ? Aku tanya cikgu balik "Cikgu, anugerah ape ?" Cikgu cakap "Entah saya pun tak tau.


Nabiha ngan nurin dah cakap "Untunglahhhh...." Aku rasa macam.... entah. Berdebar-debar siott. Yang part sakit hatinya, masa aku tengah makan juga nama aku naik. Haishh.. Nasib baik aku makan guna sudu. Kalau guna tangan tak ke naya namanya. Lepas habis jamuan, cikgu cakap pelajar yang naik bas tunggu sebentar. Sebab bas datang lambat sikit. Pastu cikgu cakap boleh buat aktiviti sendiri. Ada yang karaoke, menari. Yang bestnya ada abang tu menari oppa gangnam style. Memang best. Kita orang apa lagi. Ambil gambarlah. Yang jadi mangsa aku. Tukang mengambilnya. Naik lenguh tangan.


So, inilah hasilnya....

 Ni memang bukan aku yang ambil. Haha.. nurin, aku, nabiha, intan.





Budak belakang tu sibuk nak interframe sekali :P 





Time ni kaki tangan aku lenguh. Dia orang cari juga abang abang yang hensem nak ambil gambar. Haishh...



 Ops ! Yang tiga ni bukan abang ye. Dia orang ni semua sebaya aku je. Shida je ngade nak bergambar ngan dia orang. Hahaha :P

#gambar penutup

Muka aku terlebih manis. Sebab hari ni birthday aku. Dah tua rupanya. Hahaha :'D Thanks kepada mereka mereka yang wish aku. Hadiah mane ? lol. Apa apa pun itu je nak cerita. Kbai ^^

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.