Thursday, 25 October 2012

Love Them :* xx

Assalamualaikum...
Hye !!


Izinkan saya untuk menulis entry kali ini. Woii, izinkanlah. Dahlah otak aku tengah tepu giler ni. Minggu depan periksa sejarah, math & sains. Budak form 3 bolehlah gelakkan kitaorang --' Kay jahat. Mentang-mentang dah habis PMR. Bolehlah diorang huha huha kat luar sana :( Kami sekarang tengah berhempas-pulas untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh PPD <---- ayat bajet BM A++. So, sekarang izinkanlah untuk aku menulis sebab aku malas nak baca buku *takde kene mengena* Soalan peperiksaan telah membuatku mereng minggu ni. Hahaha XD. Okey, stop it!!


Aku sebenarnya nak tunjuk gambar je. Takde niat lain pun. Sila pukul aku sekarang. Pengenalan punyalah panjang berjela. Aku tengah boring sekarang ni. Tu yang aku jadi macam nilah. Okey jom tengok gambar apa yang aku nak tunjuk sangat ni.


 *aku suka jemi buat muka camgini*

 *nampak sangat aku syok sendiri ambil gambar*


 *ni dah terlebih tau --'*
 *muka blurr XD*

Tiga gambar yang pertama aku kat kampung melayu. Aiman ada hari ko-ko. Diaorang ni semua memang pantang nampak kamera. Mulalah buat muka duck face -..- Dengan jemi yang suka buat muka...



...annoying cam gini. Serius, suka sangat buat muka ala ala cute dia tu. Ingat macho sangat? Aiman pulak? 


Budak ni suka sangat buat muka sememangnya comel. Hahaha.. Tapi jangan sangka yang dia tak boleh buat muka cam gini...

hahahaha XD aku tak boleh berhenti berdekak.

Ok tu je. Kbai^^

P/S: Kita orang memang comel. Kau ada? :P

Wednesday, 10 October 2012

Tatkala berada disekolah sewaktu cuti...

Assalamualaikum..
Hye !!


Tadi kitaorang sesaje je nak pergi sekolah. Nabiha cakap nak study konon. Hakktuihh... Study tak sampai setengah jam, pastu cabut. Hahaha lagipun duduk rumah boring yang amat. Apa jenis pelajar aku ni pun aku tak tau. Selalunya orang lagi suka cuti daripada sekolah. Tapi aku lain pulak. Entahlah. Lelama aku duduk rumah makin boring dan aku semakin montel. So, kalau boleh aku nak elakkan. Hehehe ^^


Kat bawah ni banyak gambar yang kita orang ambik. See ? Bukan belajar pun --' Siap bawak phone lagi pergi sekolah. Kalau cikgu tahu ni, memang kantoi habis habisan. Cikgu siap lelong lagi phone kita orang. Hahaha... well cikgu jeles sebenarnya ngan kita orang. Okey sebelum aku melalut lagi, sila scroll ke bawah...

 Kita orang sentiasa bertiga. Kau ada ?






 Aku sememangnya suka menyelit tau :P

 Gedik nya budak yang buat peace tuu.. :P

Hahaha.. aku suka gambar ni.

Kbai :*

p/s: Aku sebenarnya dah penat kene temuramah dengan wartawan tak bertauliah pasal post aku sebelum ni. Please lah korang. Stop it. okey ? Saya sudah PENAT!

Friday, 5 October 2012

Aku dah tua rupanya ;')

Assalamualaikum...
Hye !!


Seperti yang korang tahu walaupun ada yang tak tahu lagi, 30 september adalah birthday aku. Okey terima kasih kepada yang wish. Sebenarnya mula-mula aku malas nak post pasal ni. Tapi entah tetiba aku rasa macam nak post pulak pasal benda nie. Aku nak thanks sesangat kat farzmil sebab sudi buat post birthday pasal aku. Dan sememangnya aku terharu dan bukan menangis melalak okey.


Yang aku sakit hatinya, farzmil boleh bahan aku kat sekolah. Ada ke dia cakap "Semalam ain nangis." Berapa kali aku cakap yang aku tak nangis cuma terharu je. Dan sememangnya budak tu tak reti bahasa. Bhahaha... Pastu dia siap cakap lagi "Ain, jangan lupa rakam tau." Alasan dia cakap macam tu sebab dia tak pernah tengok aku nangis. Tapi aku rasa dia pernah tengok aku nangis. Masa sekolah ganti hari tu. Teett....


Farzmil ada cakap kat blog dia yang "....untunglah tarikh birthday kau bersebelahan dengan tarikh Birthday Misaki Ayuzawa ..." hmm... kfinee. Misaki juga yang dia cakap.


Masa hari ahad tu, aku dengan ayah aku ada pergi jusco. Sesaja nak pergi. Masa tu memang aku ingat birthday aku. Cuma tak teringat nak celebrate kat jusco. Satu benda je yang aku nak kat jusco tu. Apalagi kalau bukan Harris! harris! harris! novel! novel! novel!


Mama balik daripada perak je terus tanya ayah "Awak ada bawa jihaa pegi makan2 ke ?" Aku cakaplah "Haritu kte pegi jusco." Mama cakap "Abis tu tak pegi makan mana2 ?" Aku cakap "Tak. Sebab tak teringat pun." Ayah cakap "Ehh, yang ayah bawa pergi sarapan ngan dinner tu ape ?" Aku buat muka blurr depan ayah aku. Setakat pergi sarapan ngan dinner tu kira wajib lah ayah bawak. Haihh.. Saje je...


Amira Hani pun ada tanya "Ceritalah.. semalam kau takde pergi makan2 ke ?" Aku buat muka selamba. Aku cakaplah tak ada. Sebab aku biasa pun. Tak macam orang lain. Mesti ada yang celebrate kan ? Aku jenis yang tak biasa nak seleberate macam gitu. Paling paling pun beli kek secret recipe. Hahh, kira okeylah tu.


Kepada budak budak PMR, 'goooooooddddd lucccckkkkk yaaa'. Ala kacang je tu. Hahaha pandai pandai je aku ni. Ain, lepas ni kau tau. Jangan nak berangan je lebih. Tahulah tahun depan. Menangis tak berlagu jawabnya karang. So, PMR candidates buat elok elok. Aku nak nasihat pun, aku nie baru 14 tahun. Itu jelah nak cakap ;P

Kbai ^^^






Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.