Friday, 5 October 2012

Aku dah tua rupanya ;')

Assalamualaikum...
Hye !!


Seperti yang korang tahu walaupun ada yang tak tahu lagi, 30 september adalah birthday aku. Okey terima kasih kepada yang wish. Sebenarnya mula-mula aku malas nak post pasal ni. Tapi entah tetiba aku rasa macam nak post pulak pasal benda nie. Aku nak thanks sesangat kat farzmil sebab sudi buat post birthday pasal aku. Dan sememangnya aku terharu dan bukan menangis melalak okey.


Yang aku sakit hatinya, farzmil boleh bahan aku kat sekolah. Ada ke dia cakap "Semalam ain nangis." Berapa kali aku cakap yang aku tak nangis cuma terharu je. Dan sememangnya budak tu tak reti bahasa. Bhahaha... Pastu dia siap cakap lagi "Ain, jangan lupa rakam tau." Alasan dia cakap macam tu sebab dia tak pernah tengok aku nangis. Tapi aku rasa dia pernah tengok aku nangis. Masa sekolah ganti hari tu. Teett....


Farzmil ada cakap kat blog dia yang "....untunglah tarikh birthday kau bersebelahan dengan tarikh Birthday Misaki Ayuzawa ..." hmm... kfinee. Misaki juga yang dia cakap.


Masa hari ahad tu, aku dengan ayah aku ada pergi jusco. Sesaja nak pergi. Masa tu memang aku ingat birthday aku. Cuma tak teringat nak celebrate kat jusco. Satu benda je yang aku nak kat jusco tu. Apalagi kalau bukan Harris! harris! harris! novel! novel! novel!


Mama balik daripada perak je terus tanya ayah "Awak ada bawa jihaa pegi makan2 ke ?" Aku cakaplah "Haritu kte pegi jusco." Mama cakap "Abis tu tak pegi makan mana2 ?" Aku cakap "Tak. Sebab tak teringat pun." Ayah cakap "Ehh, yang ayah bawa pergi sarapan ngan dinner tu ape ?" Aku buat muka blurr depan ayah aku. Setakat pergi sarapan ngan dinner tu kira wajib lah ayah bawak. Haihh.. Saje je...


Amira Hani pun ada tanya "Ceritalah.. semalam kau takde pergi makan2 ke ?" Aku buat muka selamba. Aku cakaplah tak ada. Sebab aku biasa pun. Tak macam orang lain. Mesti ada yang celebrate kan ? Aku jenis yang tak biasa nak seleberate macam gitu. Paling paling pun beli kek secret recipe. Hahh, kira okeylah tu.


Kepada budak budak PMR, 'goooooooddddd lucccckkkkk yaaa'. Ala kacang je tu. Hahaha pandai pandai je aku ni. Ain, lepas ni kau tau. Jangan nak berangan je lebih. Tahulah tahun depan. Menangis tak berlagu jawabnya karang. So, PMR candidates buat elok elok. Aku nak nasihat pun, aku nie baru 14 tahun. Itu jelah nak cakap ;P

Kbai ^^^






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.