Friday, 30 November 2012

Rindu budak ini :*

Assalamualaikum...
Hye!!



Kali ni nak cerita pasal dua orang budak diatas ni. Yang sebelah kanan tu abaikan ye. Tu adik aku. Haha. Semalam lepas balik dari sekolah agama, jemi duk sibuk sibuk sorokkan selipar dua budak ni. Aku tanya kenapa. Pastu jemi cakap "Tak ada apa apa" sambil tersengih-sengih. Hah, mestilah aku ada syak something. Then, bila tengok selipar crocs yang besar gedabak dengan selipar biasa kecil, aku dah boleh agak siapa.


Siapa lagi kalau adik-adik aku yang terangkat ni. Hahaha. Tak tahu status dia orang ni siapa pada aku. Kira adiklah senang. Tapi bukan adik kandung. Disebabkan aku ni selalu duduk rumah penjaga atau babysitter, dua budak ni pun kira sama jugak. Okey, malu nak cakap babysitter. Aku dah tua bangka pun still duk umah penjaga. Nak buat cam mana lagi. Dah sekolah dengan rumah jauh gilerr..


Lupa nak kenalkan dua orang budak ni. Budak lelaki yang tembam macam aku ni nama sebenar Rizq Rezza Ruzlan. Okey, semua sila sebut betul betul ye. Lagi sekali. Rizq Rezza Ruzlan. Okey, stop. Hmm.. bunyinya agak tidak sedap. LOL. Aku panggil dia boboi sahaja. Sebab namanya susah sangat nak sebut. Tergeliat lidah den. Berumur 11 tahun. 


Minah rapunzel yang bukan macam aku ni namanya Zarith Sofea Ruzlan. Aku harap aku eja nama dia betul. Hahaha. Budaknya baru berusia 7 tahun. Last aku jumpa pun masa dia belum tadika lagi. Heh, berapa lama aku jumpa dia. Dan rambutnya semakin panjang. Daripada dulu sampai sekarang tak pernah potong. Dahsyat. Dan aku suka gila gila main rambut dia x)


Pabila tiada kerja. Main correction tape pun bolehh. Aku punya jadi mangsa.


Nampak tak betapa bersepahnya rumah jagaku..

 Kerja men-tocangkan rambutnya ialah aku. :p



Bila aku duduk sebelah boboi kan, orang boleh agak kita orang ni macam adik beradik. Serius. Hahaha sama sama comel, sama sama tembam. Eh? Yang aku paling suka nama adik-beradik boboi semua nama yang best best. Hehe iloikee.. Salam sayang daripada Ain *puihhh...* Kbai^^


p/s: Yeahhh!!! Im freedomm.. No books to read. :)Tunggu result je. Harap2 dapat pangkat 1. Aminn..

Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday | Detective Conan #2

Assalamualaikum...
Hye!!

Klik untuk besar.

Aku baru tahu pasal ni. Gila terkejut bebb. Nak baca klik SINI ;)

Tuesday, 27 November 2012

Sadlife :(

Assalamualaikum...
Hye !!!


*fakesmile*

Hey, hey, hey. Lalalalalala~~ Weeeeeeeeeeeee.......... Blablabla... Wow! Okey -.- Hai korang semua. Sihat? Soalan biasa yang wajib dijawab. Emm.. apa aku nak cakap lagi untuk pembuka bicara ek? pembuka bicaralah sangat. Puihh :/ Kali ini aku nak elakkan menulis 'hahaha'. Sebab setiap post tak sah kalau aku tulis 'hahaha'. :|


Kali ni aku rasa kosong. Kosong~ kosong~ ohh~~ Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong~~ Ahh, lagu ni sesuai untuk keadaan sekarang. Entahlah. Fuhh...


Keadaan tidak menentu sekarang. Hmm.. agak jiwang sikit post kali ni. Aku harap sangat farzmil dapat baca. Mungkin kalau dia baca ni, dia akan ketawa guling-guling sebab? Aku jiwang ke? Eh, takk.. Untuk kali ni saja. Heh.


Dok, aku rindu kau giler-giler. Rindu giler-giler *sambil mengoyangkan badan farzmil* Eh? Aku tak suka macam ni. Kau deactive semua acc kau. Fb, twitter,blog. Hah, apa lagi! Hisy, kau tau tak aku lost contact dengan kau. Takkan aku nak tepon kau. Tak syok! Satu benda je aku nak cakap dengan kau. Please, dont do like that. Aku merayu ni. Tolonglah. Kalau kau buat macam tu, dia lagi nak ejek ejek kau. Takkan sebab tu kau nak deacc semua. Sabar ok? Semua ni bukan salah kau. Dan orang lain juga. Please, please, please~~ Lagu lagi -.-  Bagi tahu aku semuanya. Ok ok? :)


For Nabiha,
Hmm.. awak dah ceria dan happy. Aik? Bukan sama ke maksud dia? Eh, tak. Eh, ya. Eh, lantaklah! Apa nak cakap ek? Awak bencikan dia ke? Ok, tak nak masuk campur. Tapi lain kali ceritalah kat kita ok? Boringlah macam ni. Farzmil tak cakap apa apa, alih alih senyap macam tu je. Dah lah kita ni ketinggalan sikit. Pastu cerita tu semua berlalu tanpa khabar. Perghh.. Ayat. Kita perlukan pertolongan awak. Itu saja :)


Aku tak minta lebih pun. Cerita atau luahkan je semua. Mungkin boleh tenangkan hati korang. Maybe? Lagipun aku tak tau dari hujung kaki hingga hujung rambut. 


Sudah cukup cukup sudah
sudah sudah mengutuk orang
daripada hati terseksa
lebih baik berhenti sajaaa..
*lagu lagi -.-*
Kbai :)

p/s: hari ni periksa faraid. Yang woww! nya bila aku tak tinggalkan langsung satu tempat kosong punn.. Woww!! -,-

Saturday, 24 November 2012

Last sekolah agama. Minggu depan SDKA :O

Assalamualaikum...
Hye!!!


Hari ni last aku sekolah agama. Minggu depan pulak dah SDKA. Korang tak payah terkejut sangatlah. Haha aku ni lambat setahun. So, tahun ni baru nak sdka. Masa aku darjah 1 dulu, ayah tak nak aku masuk sekolah agama sebab takut aku penat + banyak kerja rumah. Ohh.. biasa. Anak ayahlah katakan. Dushh.. abaikan. 


Minggu depan sdka dan aku still boleh duk menghadap laptop sambil buat entry baru ini. Aku baru lepas baca ibadat dan baru sampai bab..*buka buku ibadat* 17. Okey, great! Ada lagi 3 bab yang harus aku baca. Bukan harus tapi wajib. Ini baru ibadat, belum lagi sirah, tauhid, tafsir, faraid, b.arab, muamalat, munakahat, jenayat, hadis, akhlak. Ada lagi 10 kitab yang wajib aku baca. Hailaa, sempatkah?


Sekarang mak aku dah membebel sakan. Katanya asyik duk mengadap komputer, ingat dapat jawab periksa ka? Ayah pun sama. Hehehe.. bukan tak nak baca, tapi kita tak boleh baca sekarang. Nanti lupa. Hahaha nampak sangat alasannya tu. Tadi kat sekolah, masa munakahat, banyak ketawa. Ditambah lagi dengan ustazahnya yang gila-gila, memang best -.-


Best apa bendanya. Korang tahu jelah sendiri, kalau munakahat kan belajar bab kahwin kahwin ni. So, ustazah pulak dengan senang hati cerita macam-macam. Ustazah tu cerita bersungguh-sungguh ok. Yang tak tahannya, bila dia cerita selang-seli dengan ketawa. Ketawa dia tu yang best sebenarnya xD


Kata-kata terakhir, hmm.. doakan aku supaya aku dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. AMIN! Kbai^^


P/S:Gambar untuk my bestie. Sabar okey, awak :)Terharu sikit bila awak cakap kita caring. lol. jkjkjk :p

Wednesday, 21 November 2012

Wordless Wednesday | Detective Conan

Assalamualaikum..
Hye !!


Klik untuk besar ;)

Tuesday, 20 November 2012

Giveaway : 1st Anniversary Realiti Bukan Fantasi , Niena Sofea

Assalamualaikum..
Hye !!


Nak join? Klik banner :)

Ini kali kedua aku join giveaway yang dianjurkan oleh kak niena. Jomlah join ramai-ramai. GA ini berlangsung hanya 3 minggu sahaja. Hadiah semua ditaja oleh kak niena sendiri dan lebih 20 hadiah disediakan. Jom join! ;)

Tag: Awak | Awak

Monday, 19 November 2012

LiesAzemi first Giveaway

Assalamualaikum..
Hye!!


Nak join? KLIK SINI

Tag: My bestie, Farzmil | Nabiha

Saturday, 17 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum...
Hye!!


Nak join? KLIK SINI

Sekarang ni aku nak join satu contest. Contest I Choose To Wear Hijab :3 Contest ini cuma memerlukan anda pertaruhkan gambar anda yang menutup aurat. Hahaha menutup aurat itu sudah semestinya lah. Tarikh tutup contest ini pada 7 Disember. So, jomlah join! :D

Inilah gambar yang aku pertaruhkan :)


Masa ni kalau ada yang baca entry dulu, masa ni kita orang pergi jamuan DSLC dekat Dewan Daiman. Yang tersenyum nampak gigi itu dah semestinya akulah. Sebelah aku pulak zana ataupun Azriana. Yang paling bestnya background gambar tu. Ala-ala dekat pantai. Kau hado? Muehehe :p Masa ni tengah tunggu ayah ambik sambil tu ambillah gambar. Ala, gambar biasa jek. Okey, panjang berjela aku punya isi.


Okbai^^

1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Assalamualaikum..
Hye!!


Nak join? KLIK SINI

Okey hari join giveaway lagi. Ngee.. Joinlah cepat *wink*.
Tag : Farzmil | Nabiha

Friday, 16 November 2012

1st Giveaway Dari Alya

Assalamualaikum..
Hye!!


Dah lama aku tak join giveaway kan? Dekat sebulan lebih jugak. Jom tengok banner dulu. 


Nak join? KLIK SINI

Tarikh tutup pada 15.12.2012 ataupun sehingga mencecah 30 penyertaan. Cepat!! Ada beberapa tempat je lagi :) Hadiah dia ohsem gila. Jomlah join sebelum terlambat. kehkeh.

Kbai^^

Sunday, 4 November 2012

Lawatan ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye!!


Semalam aku dengan kengkawan pustakawan aku pergi lawatan ke Kuala Lumpur. Hmm.. malas nak cerita banyak. So, scroll ke bawah okey~~

1. Taman Burung Negara.





 *Terserlah ketembaman pipiku. lols*

2.Pusat Sains Negara





Cermin ni tersangat annoying. Aku hampir-hampir tak nampak mana jalan masuk mana cermin -,-



3. Perpustakaan Selangor



Perpustakaan yang paling canggih di Malaysia. Dalam library ni ada gim dan teater 3D/6D. Yang 6D memang best giler. Waa suka!! Macam real!


Syok giler kan? Dalam library ada macam gini. Kau ada?

4. i-City Shah Alam

Sejuk giler dalam tu. Buat satu badan kebas je. Tapi best!!





Biasalah main salji kat dalam. Tu je. Iyalah pergi KL je pun. Bukannya Paris. Hamboii paris noh. Hahaha :p Kbai^^

p/s: Aku nak masuk lagilah teater 6D tu. Ayahhh...!! jom pergi??
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.