Saturday, 24 November 2012

Last sekolah agama. Minggu depan SDKA :O

Assalamualaikum...
Hye!!!


Hari ni last aku sekolah agama. Minggu depan pulak dah SDKA. Korang tak payah terkejut sangatlah. Haha aku ni lambat setahun. So, tahun ni baru nak sdka. Masa aku darjah 1 dulu, ayah tak nak aku masuk sekolah agama sebab takut aku penat + banyak kerja rumah. Ohh.. biasa. Anak ayahlah katakan. Dushh.. abaikan. 


Minggu depan sdka dan aku still boleh duk menghadap laptop sambil buat entry baru ini. Aku baru lepas baca ibadat dan baru sampai bab..*buka buku ibadat* 17. Okey, great! Ada lagi 3 bab yang harus aku baca. Bukan harus tapi wajib. Ini baru ibadat, belum lagi sirah, tauhid, tafsir, faraid, b.arab, muamalat, munakahat, jenayat, hadis, akhlak. Ada lagi 10 kitab yang wajib aku baca. Hailaa, sempatkah?


Sekarang mak aku dah membebel sakan. Katanya asyik duk mengadap komputer, ingat dapat jawab periksa ka? Ayah pun sama. Hehehe.. bukan tak nak baca, tapi kita tak boleh baca sekarang. Nanti lupa. Hahaha nampak sangat alasannya tu. Tadi kat sekolah, masa munakahat, banyak ketawa. Ditambah lagi dengan ustazahnya yang gila-gila, memang best -.-


Best apa bendanya. Korang tahu jelah sendiri, kalau munakahat kan belajar bab kahwin kahwin ni. So, ustazah pulak dengan senang hati cerita macam-macam. Ustazah tu cerita bersungguh-sungguh ok. Yang tak tahannya, bila dia cerita selang-seli dengan ketawa. Ketawa dia tu yang best sebenarnya xD


Kata-kata terakhir, hmm.. doakan aku supaya aku dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. AMIN! Kbai^^


P/S:Gambar untuk my bestie. Sabar okey, awak :)Terharu sikit bila awak cakap kita caring. lol. jkjkjk :p

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.