Monday, 31 December 2012

Thanks to Atifah :)

Assalamualaikum...
Hye !!


Masa hari ahad (23/12) aku ada beli felt craft daripada DIA. Aku beli felt brooch dan felt mustache. Dannnn... hari sabtu lepas baru selamat sampai ke tanganku. wuwuwu :p Yang aku terkejutnya,dia punya sampul colourful. Hahahha. Okay, first time aku beli melalui online. Korang boleh agaklah macam mana aku punya reaksi apabila ayah memberikanku felt itu. wakaka.


Ayah pulak tak habis-habis membebel apabila anak perempuannya beli benda yang bukan-bukan. lololol. Aku boleh lagi tersenyum-senyum sambil memegang felt itu. Nampak tak aku tak mendengar langsung bebelan ayahku itu. Kalau tak, aku akan menjawab, "Alaaa, kita pakai duit kita, bukan duit ayah." Hahaha jahat betul aku ni >< Ish ish ish


Cantik tak?

Ahhhh..Aku suka ini!!


Kalau nak tahu banyak banyak, pergi je ke blog dia. Banyak lagi felt yang ado. Kbai^^


p/s: Nabiha mesti suka gila dengan mustache tu kan? Hahahahah. Nanti naik sekolah ada surprise untuk korang. xoxo

Sunday, 30 December 2012

Karnival Upin & Ipin

Assalamualaikum..
Hye !!


Ini cerita semalam punya. Aku nak post entry ni semalam, tapi kepenatan sangat. huahua. Semalam mula-mula kitaorang pergi sekolah jemi, beli buku. Yelah dah nak sekolah. Lepas beli buku, ayah terus bawa ke stadium bandaraya johor bahru. Wuuu... lengkap dengan tempat dia lagi. Hahaha. Aku ingat lagi hari jumaat lepas, nabiha tak habis habis sebut upinipin masa dekat sekolah. Mengalahkan adik-adik dia pulak. Masa itu sekolah jemi ada pendaftaran. Terjumpa nabiha kat sana.


Okay, berbalik pada tajuk. Kitaorang sampai sana kul 11.30 pagi. Awal kot. Tapi karnival tu buka kul 9 pagi. Hahahah okay lah  tu. Lepas masuk ke dalam tu, budak dua orang tu terus ke pentas utama dia. Masa tu diaorang ada buat kuiz apa ntah. Jemi konon kononnya nak jawab tapi tak sedar yang dia tu pendek. Kehkeh! Manalah orang tu nak nampak tangan dia yang keding tu.


Lepas tu kitaorang ada masuk satu tempat ni. Aku tak tahu nak tulis tempat tu tempat apa. Hahahha. Kat dalam dia ada replika rumah opah. So, bergambor jelah jawabnya.













Lepas keluar daripada pameran tu, terus ternampak maskot detektif upin & ipin. Apa lagi mak dan adik-adikku terkedek-kedek nak bergambor sama. Ku kecewa sebab detektif upin & ipin sahaja yang ada. Detektif conan tiada. Huwaaaa... lol.


Jemi gedik sangat nak pakai topi. Kan muka pun dah tak nampak -.-

Masa tengah jenjalan tu, tiba-tiba terserempak dengan biha. Wah ! Tak disangka-sangka. Terkejut beruk dia bila aku sergah. Hahahaha beruk pun tak macam dia xD Sebelum balik kitaorang ada ambil gambar dengan maskot upinipin. Serius gambar tu cantik gila! Tapi sayang aku tak boleh upload. Ntah kenapa aku pun tak tahu -,- Masa ambil gambar tu, adalah abang-abang yang tukang edit gambar pandang jemi dan aiman dua kali. Sebab diaorang pakai baju sama. Hahahha kelakar je.

p/s: Sorry kalau gambar kabur. Aku amik pakai phone je. Kamera kesayangan tak bawa masa karnival. How sad :/




Wednesday, 26 December 2012

Kenangan 2012 ヅ

Assalamualaikum..
Hye!!







Inilah yang terjadi apabila aku boring yang teramat dan aku nak jugak update blog walaupun tak tau nak tulis apa. Faham? Hahahah okay pandai. Aku akan rindu mereka semua. Emm rasanya perkataan itu dah tak diperlukan lagi sebab ada berapa hari je lagi nak naik sekolah. Arghh!! Rasa macam tak nak naik sekolah. Cuti lagi boleh? lol. Aku akan rindu masa masa diatas. Trip to KL, maulidur rasul, jamuan dslc, hari sukan dan ... Gambar last sekali aku tak tahu nak panggil apa. Gambar sesaja mungkin? Hahaha.

p/s: Aku selalu confuse antara DSLC dengan DSLR. Camera DSLR dengan Daya Student Leader Congress. Nasib baik aku tak tertulis 'jamuan DSLR'. Hahahaha XD

Monday, 24 December 2012

Segmen 3 Hari : Cik Lyeen Lagi?

Assalamualaikum..
Hye!!


Nak join? klik header diatas.

Tag: Dia

Tarikh tutup:
27 Disember 2012 (3 hari sahaja)

Saturday, 22 December 2012

The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah

Assalamualaikum...
Hye !!


Nak join klik banner :)

Fuhh.. tajuk memang panjang gila. Hahah tengok pun dah gempak. Hadiah dia pun mestilah awesome kan. Jom join ramai ramai memeriahkan lagi contest ini ;) *copy banner*

Senarai hadiah :

Felt craft 5x
Necklace 1x and doodle 2x
header 2x
header 1x dan banner 2x
topup RM20 2x
topup RM5 3x
header 1x and topup RM10 1x
shawl 5x
bloglist 3 bulan 3x
bloglist 3 bulan 15x
tudung 1x dan keychain tali 1x
mystery gift 1x
header 2x
topup RM3 2x
keychain melaka 4x
doodle muslimah, doodle boy/girl 3x
dan banyak lagi....

Hadiah dia banyak lagi tapi penat nak tulis. Hahaha. Jomlah join sebelum terlambat ;)

Tag: Dia | Dia

Thursday, 20 December 2012

Persediaan ke Sekolah

Assalamualaikum..
Hye !!

lol XD

Aku tahu mesti ramai yang tak suka title ini. Yelah, rileks beb sekolah lama lagi nak buka kan? Hmm.. aku pun tak suka sebenarnya. Siryes tahun depan wa dah 15 tahun dan maknanya wa dah besar. Muahahaha. Dush. Bukan tu yang nak tulis tapi tahun depan wa dah 15 tahun dan maknanya wa akan menghadapi PMR. Ulang lagi sekali Peeee Emmmmm Rrrrrr. Get it? Okay. Batch 98's adalah batch yang terakhir menghadapi PMR. Dan aku sangat takut sebab kita orang yang terakhir. Takut tak dapat mencapai target sekolah. Yelah yang last mesti nak yang terbaik kan? 


Fyi, sekolah aku 58 orang dapat 8A. Orang lain bangga, aku seram mak oiihh. Satu angka yang besar. Fuhhh... takut jugak. Tapi aku tetap bangga. Hikhik. Sekolah korang konfem konfem lagi ramai kan? 


Berbalik kepada tajuk. Aku dah tersasar sampai cerita pasal pmr pulak. Haha korang dah bersedia nak naik sekolah tahun depan. Tinggal beberapa hari je. Baju sekolah dah beli? Belum? Hahah sama lah kita. Mak  aku suruh pakai yang lama punya. Hmm.. yang lama punya em korang tau jelah warna dah tak macam putih. Jadi warna biru. Heheh.


Kebanyakan semua barang aku pakai yang lama. Macam tak ada semangat nak beli yang baru. Baju, kasut, beg, pen dan lain lain semua pakai yang lama punya. Even correction tape pun. Kecuali yang ini je..



Hahahahah ada macam budak kecik takk? Ada takk? Gila lah aku. Purple bebbbb. lol. Hehehe comel tak? Pertama sekali yang aku tertarik nak tarik botol ni masuk dalam troli ialah sebab warna dia. Nampak mengancam? Aku rasa tak. Nampak kawaii? Aku rasa ya. Yang kedua sebab tulisan dan corak/gambar. Life is like a camera. There's always something beautiful to capture. Dan ada gambar kamera. Sumpah macam gegurl. lol. Habis aku? Abaikan --' Yang ketiga aku beli botol ni sebab.... eh mestilah sebab kat rumah aku tak ada botol sebegini rupa. Dan aku beli sebab aku nak bawa air hari hari ke sekolah. kahkah. 
Ayat macam bajet. Yaa mungkin aku baru 15 tahun dan selalu bawa air masak ke sekolah. Mungkin macam nerd gitu. Kalau aku dah 17 tahun, agak-agak nak bawa lagi tak air dalam botol yang berwarna purple atau pink? *berangan*



Sila gelak reramai sekarang XD kahkah. Korang rasa ni aku punya atau adik aku punya? *angkatkening* Heheh jawapan aku adalah "INI ADALAH AKU PUNYAA!!" Aku nak beli pencilbox cam gini? Memang TAK ahh. Pencilbox ni aku dapat masa jamuan dslc tahun lepas. Macam budak kecik takk? Hahahaha. Dan aku rasa nak pakai masa form 3 nanti. Yelah, sayang tau tak kalau tak guna. Masa form 1 aku guna sekejap je sebab aku rasa macam aku ni gila angry bird pulak. Hahahaha ok ok.


p/s: Sepatutnya aku ni dah kene baca buku awal-awal. Tapi hmm hampeh. Nak harap aku baca buku, jawabnya tahun depan baru nak baca. Tu pun dah dekat nak periksa. Yang aku tahu sekarang online sampai lebam XD Hari-hari tengok detective conan kat animeultima. Macam budak kecik! >.< heheh



Saturday, 15 December 2012

Universal Studios Singapore

Assalamualaikum..
Hye!!


Seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan pada korang semua tentang percutian aku ke universal studios singapore. Chewahh. Pada hari sabtu yang lepas, aku, cousin, aunty and my uncle pergi ke singapore. Okay kira dah lama jugak. Kita orang pergi sana naik teksi je. Senang kalau naik teksi kan? Harga tetap 4 orang RM60. Okay yang tu aku tak kisah. Yang aku kisah masa kat imigresen. Sesak gila kot. 1 jam setengah perjalanan kami. Lamakan? Memang lama. Naik lenguh badan aku duk lelama dalam teksi.


Sampai kat rochor road *betapa susahnya aku nak sebut benda alah ni* kita orang turun dan pergi ke universal naik teksi biru *singapore punya*. Memang best ronda-ronda kat bandar. Lagi lagi driver teksi tu memang suka bercerita, macam tour guide gitu. Haha. Sampai universal je kita orang terus masuk ke dalamlah apa lagi. Memang teruja habis. Aku ni yang first time masuk memang buat muka terlopong sekejap. Aunty aku dah kali kedua pergi. Dialah yang tunjuk segala semua yang ada kat situ.

Suka gambar ni ^^ Patung tu memang comel gilooss. 


Sampai terus amik gambar. 

Aku tak beberapa suka nak ambil gambar. Tak tahu kenapa. Macam tak best asyik bergambar kat situ. Kalau main game dia, memang syok habis. Gambar kat atas aku rasa kat hollywood. Lepas tu kita orang terus pergi ke Sci-fi City. Kat situ ada transformers dan lagi satu aku tak ingat apa. Hihihi. Kita orang naik Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Perghh memang gila dia punya game. Macam real! Dah kata 3D, memang real pun kan. Waa rasa macam heroin dalam cerita transformers kejap. Hahahaha.


Lepas tu, kita orang pergi ke Ancient Egypt

Muka cover ayuuuu habisss >< 





Masa kat sini aku dan pakcik aku adalah main kira roller coaster jugak. Namanya Revenge of the Mummy. Haa seram tak seram tak. Bak kata pakcik ku "Separuh nyawa aku hilang main benda ni. Menggigil badan." Aku duk sebelah dia rilek je. Hahahaha.. Padahal dalam hati, Allah je yang tahu betapa seramnya aku rasa.

Tak payah tenung lelama. Muka aku bukan ada pun. Pakcik google kasi. 

Biasalah bila keluar je mesti dia suruh beli gambar yang dia orang ambil senyap senyap masa kita tengah duk bertarung nyawa nak habiskan game ni. Tahu tahu jelah, mesti muka kita macam yang diatas tu. Ada yang tengah menjerit, tutup mata dan macam macam lagi. Kalau muka aku macam tu, aku tak mengaku langsung xD. Sekeping mahal pulak tu.

Now, The Lost World !!!!



Taman ini bertemakan dinasour. Aku ingat lagi disebabkan salah satu permainan dalam taman ni, aku basah kuyup gilaaa macam kene hujan bukan kene hujan lagi tapi macam orang simbah air sebaldiii !! Ya Allah, serious BASAH!! Aku mula mula ingat cuma basah sikit je, last last aku punya tudung pun boleh perah air sebaldi kott. Benda ni haa..


Tapi best gilaaa.. Basah pun basahlah. Makcik aku cakap nanti main roller coaster kering lah tuh. Aku buat muka geram. Erghh!! Nak buat cam mana lagi. Dah nak sangat naik benda tu.


Nampak tak baju aku basah tuhhh.. lol

Far-far Awayyyyy






Kalau dekat far-far away memang wajib ambil banyak gambar. Sebab tempat dia cantik. Dekat sini kita akan jumpa shrek. Dan Shrek 4-D Adventure best jugak. Yang aku tak tahan bila keldai tu bersin, habis menyembur kene muka aku. Hahaha selekeh betul.


Sepatutnya benda ni budak kecil je masuk, tapi disebabkan cousin aku sorang ni nak sangat naik dan mak dia pulak sibuk membeli belah, terpaksa aku pun naik sekali.

And the last is Madagascar. Tapi kat sini tak ada yang adventure so no picture. Hehehe. Lastly...



Sepatutnya gambar ni ambil masa mula-mula masuk tapi makcik aku cakap nanti bila nak balik baru ambil gambar dengan bulat ni. Memang best woo.. Daripada pukul 1.30 petang sampai 8 malam baru bertolak ke JB. Penat yang amat. Aku rasa macam nak pengsan pun ada. Yelah satu hari tak makan and asyik ride sana ride sini. Perghh! Tapi rasa macam nak pergi lagi pun adaaa.. Thats all. Kbai ^^^

Wednesday, 12 December 2012

Best Woii :D

Assalamualaikum...
Hye !!


Hai kepada pembaca setia blogku yang ntah pape ni. Puihhh... pembaca setia? lololol. Siapakah? Okay okay. Abaikan. Sihat semua? Ehem ehem hari ni aku tak beberapa sihat. Nak kata demam tak demam cuma pening kepala dan batuk-batuk. Hehehe lepas balik dari singapore jadi cam ni pulak. Penat sangat kot.


Hah, bercerita pasal singapore, hari sabtu lepas aku, cousin, uncle and my aunty pergi singapore. Jalan jalan sana. Padahal pergi universal je. Satu hari je pun. Tapi memang gempak habis. Best gila kat sana. Aku sampai universal studio dalam pukul 1.30 petang. Balik dalam kul 8 malam. Hah lama kan? Satu hari enjoy kat sana. BEST WOII!! lol.



Tapi ni aku cerita pendek jelah. Kalau nak full entry, emm tak janjilah. Sebab kebanyakan gambar ada kat aunty aku. Tak syoklah cerita tapi tak ada gambar. Kan kan? Aku cuma ada 2 3 gambar sahaja. So sorry.











Ini yang kau cakap 2 3 gambar ain?!?! Hahaha chill lah. Lagipun kat makcik aku ada banyak lagi gambar. Tak tahu bila dia nak upload. Berjanggut den tunggu ni hah. Tunggu je ok. Cehh bajet je ada yang tunggu entry aku tu. Kbai^^


Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.