Sunday, 30 December 2012

Karnival Upin & Ipin

Assalamualaikum..
Hye !!


Ini cerita semalam punya. Aku nak post entry ni semalam, tapi kepenatan sangat. huahua. Semalam mula-mula kitaorang pergi sekolah jemi, beli buku. Yelah dah nak sekolah. Lepas beli buku, ayah terus bawa ke stadium bandaraya johor bahru. Wuuu... lengkap dengan tempat dia lagi. Hahaha. Aku ingat lagi hari jumaat lepas, nabiha tak habis habis sebut upinipin masa dekat sekolah. Mengalahkan adik-adik dia pulak. Masa itu sekolah jemi ada pendaftaran. Terjumpa nabiha kat sana.


Okay, berbalik pada tajuk. Kitaorang sampai sana kul 11.30 pagi. Awal kot. Tapi karnival tu buka kul 9 pagi. Hahahah okay lah  tu. Lepas masuk ke dalam tu, budak dua orang tu terus ke pentas utama dia. Masa tu diaorang ada buat kuiz apa ntah. Jemi konon kononnya nak jawab tapi tak sedar yang dia tu pendek. Kehkeh! Manalah orang tu nak nampak tangan dia yang keding tu.


Lepas tu kitaorang ada masuk satu tempat ni. Aku tak tahu nak tulis tempat tu tempat apa. Hahahha. Kat dalam dia ada replika rumah opah. So, bergambor jelah jawabnya.













Lepas keluar daripada pameran tu, terus ternampak maskot detektif upin & ipin. Apa lagi mak dan adik-adikku terkedek-kedek nak bergambor sama. Ku kecewa sebab detektif upin & ipin sahaja yang ada. Detektif conan tiada. Huwaaaa... lol.


Jemi gedik sangat nak pakai topi. Kan muka pun dah tak nampak -.-

Masa tengah jenjalan tu, tiba-tiba terserempak dengan biha. Wah ! Tak disangka-sangka. Terkejut beruk dia bila aku sergah. Hahahaha beruk pun tak macam dia xD Sebelum balik kitaorang ada ambil gambar dengan maskot upinipin. Serius gambar tu cantik gila! Tapi sayang aku tak boleh upload. Ntah kenapa aku pun tak tahu -,- Masa ambil gambar tu, adalah abang-abang yang tukang edit gambar pandang jemi dan aiman dua kali. Sebab diaorang pakai baju sama. Hahahha kelakar je.

p/s: Sorry kalau gambar kabur. Aku amik pakai phone je. Kamera kesayangan tak bawa masa karnival. How sad :/




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.