Thursday, 6 December 2012

Segmen Siapa Paling Jujur

Assalamualaikum...
Hye!!!


Nak join klik banner :)
Tag : Awak

Soalan-soalannya ialah:

1. Apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang 

Aku akan tarik nafas, hembus perlahan-lahan. Cuba untuk bertenang. Fuhhh.... aku cakap kat budak tu "Adik, lain kali hati-hati. Tengok kiri kanan dulu." Tapi dalam hati macam macam aku maki budak tu. hehe

2.  Pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar 

Hahaha gila tak pernah. Sampai kawan aku perasan. Aku buat muka donno jelah :p

3. Pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan

Mestilah pernah. Takkan korek hidung kene sembunyi dulu kot. LOL

4. Bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa 

Entahlah. Bukan jenis yang jiwang tapi kalau dah start feeling tu menangis jugak. Sebab, mungkin pasal family, kawan, dan orang yang terdekat dengan aku.

5. Mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you 

Haih, mereka selalu ejek aku gemuk. Well, diorang semua jeles dengan aku tu. :p

6. berapa berat badan you sekarang :

Shhhhhh.... 80 kg. Hikhik. Cuti sekolah membuatkan aku makin tembam.

7. Ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :

Aku tak akan layan semua orang, cari pasal dengan orang dan menangis sorang sorang dalam bilik or bilik air.

8. Matapelajaran paling k.o masa sekolah :

Sejarah dan matematik.

9. Adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :

Pernah. Tapi tak pernahlah sampai nak memusuh segala. Budak tu pun dah lupa agaknya. Masa tu dia tengah cari meja dia yang hilang. Lepas tu, aku tak perasan pula yang meja aku tu meja dia. Dia minta balik. Aku berkeras tak nak kasi. Sampai pernah bertumbuk tau. Hahahah teruk betul.

10. Orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :

Hihihi, budak tu satu sekolah dengan aku sampai sekarang. Muka comel macam tetttt. Masa darjah 3.

11. you pertama kali couple masa umur berapa :

Sorry. Tak mainlah couple couple ni.

12. berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :

No comment.

13. last you putus sebab apa :

No comment.

14. adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :

Entahlah. Tak tahu sebab my mother selalu nangis bila tengok drama tv. hmmmmmm.....

15. bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :

Online of course. Kadang kadang kalau boring sangat, aku cakap sorang sorang. Opss..

16. keputusan upsr you :

Bukan nak bangga diri tapi alhamdulilah 5A :)

17. you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :

Hahaha tak terfikir pun lagi. Aku rasa kalau 26 ok kot. I think. :D

18. you selalu berangan tentang ape :

Kalaulah boleh bawa kereta sendiri, kan best. Ada duit sendiri, rumah sendiri. Macam-macam aku berangan. hikhik.

19. perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :

Selalu kene buli dengan adik. Terbalik pulak.

20. perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :

Pergi melancong luar negara. wuwuwu

21. blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :

Ahhh.... kakak Fatin Liyana. Pertama dia sangat cantik. Kedua cara penulisan dia kadang-kadang boleh buat aku pecah perut baca. Ketiga, dia banyak share cerita dalam blog dan banyak tips. Wa manyak suka.

Lagi satu blog Aizat Abd. Tweetfemes kita. Hahaha yang ni taknak cakap banyak sebab kebanyakan post dia kalau tak buat aku ketawa tak sah gaknya. hehehe.

22. sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :

Apabila sesetengah blog takde Google Friends Connect. Nanti nak follow susah yang amat. Lagi satu blog yang serabut mak oiiii... Pening kepala bebb.

23. mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :

Tahun 2011. Tu pun sebab asyik bukak fb mama je. Tu yang nak buat fb jugak. Jeles ngan kawan kawan.

24. you selalu bangun tidur pukul berapa :

Wahh, kalau cuti sebegini aku bangun kul 9 paling lambat.

25. kritikan terhadap blog saya :

Blog awak kemas and cantik. Tak berserabut and pemilihan warna yang agak baik. Sedap mata memandang. *Wah,dah macam pengkritik hebat* lol.

6 comments:

  1. ada sponsor baru . follow and like page dia keyh :D

    ReplyDelete
  2. nyue singgah n follow sini...salam perkenalan...

    nyue pon jujur baca jawapan..fuhh.penatt..eheh

    dari segmen yg sama :)
    http://nyueyien.blogspot.com/2012/12/soalan-segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete
  3. nice entry :)
    btw from the same segmen ~

    http://jjikjjikl.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete
  4. dari CONTEST yang sama untuk upkan follower.. jom dtg rumah sy plak...:)
    boleh shopping jugak sini
    sy ske segmen jawab2 soalan macam ini anada bagaimana??
    http://zonmanis.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete

Hak Cipta terpelihara. 2017.