Saturday, 15 December 2012

Universal Studios Singapore

Assalamualaikum..
Hye!!


Seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan pada korang semua tentang percutian aku ke universal studios singapore. Chewahh. Pada hari sabtu yang lepas, aku, cousin, aunty and my uncle pergi ke singapore. Okay kira dah lama jugak. Kita orang pergi sana naik teksi je. Senang kalau naik teksi kan? Harga tetap 4 orang RM60. Okay yang tu aku tak kisah. Yang aku kisah masa kat imigresen. Sesak gila kot. 1 jam setengah perjalanan kami. Lamakan? Memang lama. Naik lenguh badan aku duk lelama dalam teksi.


Sampai kat rochor road *betapa susahnya aku nak sebut benda alah ni* kita orang turun dan pergi ke universal naik teksi biru *singapore punya*. Memang best ronda-ronda kat bandar. Lagi lagi driver teksi tu memang suka bercerita, macam tour guide gitu. Haha. Sampai universal je kita orang terus masuk ke dalamlah apa lagi. Memang teruja habis. Aku ni yang first time masuk memang buat muka terlopong sekejap. Aunty aku dah kali kedua pergi. Dialah yang tunjuk segala semua yang ada kat situ.

Suka gambar ni ^^ Patung tu memang comel gilooss. 


Sampai terus amik gambar. 

Aku tak beberapa suka nak ambil gambar. Tak tahu kenapa. Macam tak best asyik bergambar kat situ. Kalau main game dia, memang syok habis. Gambar kat atas aku rasa kat hollywood. Lepas tu kita orang terus pergi ke Sci-fi City. Kat situ ada transformers dan lagi satu aku tak ingat apa. Hihihi. Kita orang naik Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Perghh memang gila dia punya game. Macam real! Dah kata 3D, memang real pun kan. Waa rasa macam heroin dalam cerita transformers kejap. Hahahaha.


Lepas tu, kita orang pergi ke Ancient Egypt

Muka cover ayuuuu habisss >< 





Masa kat sini aku dan pakcik aku adalah main kira roller coaster jugak. Namanya Revenge of the Mummy. Haa seram tak seram tak. Bak kata pakcik ku "Separuh nyawa aku hilang main benda ni. Menggigil badan." Aku duk sebelah dia rilek je. Hahahaha.. Padahal dalam hati, Allah je yang tahu betapa seramnya aku rasa.

Tak payah tenung lelama. Muka aku bukan ada pun. Pakcik google kasi. 

Biasalah bila keluar je mesti dia suruh beli gambar yang dia orang ambil senyap senyap masa kita tengah duk bertarung nyawa nak habiskan game ni. Tahu tahu jelah, mesti muka kita macam yang diatas tu. Ada yang tengah menjerit, tutup mata dan macam macam lagi. Kalau muka aku macam tu, aku tak mengaku langsung xD. Sekeping mahal pulak tu.

Now, The Lost World !!!!



Taman ini bertemakan dinasour. Aku ingat lagi disebabkan salah satu permainan dalam taman ni, aku basah kuyup gilaaa macam kene hujan bukan kene hujan lagi tapi macam orang simbah air sebaldiii !! Ya Allah, serious BASAH!! Aku mula mula ingat cuma basah sikit je, last last aku punya tudung pun boleh perah air sebaldi kott. Benda ni haa..


Tapi best gilaaa.. Basah pun basahlah. Makcik aku cakap nanti main roller coaster kering lah tuh. Aku buat muka geram. Erghh!! Nak buat cam mana lagi. Dah nak sangat naik benda tu.


Nampak tak baju aku basah tuhhh.. lol

Far-far Awayyyyy






Kalau dekat far-far away memang wajib ambil banyak gambar. Sebab tempat dia cantik. Dekat sini kita akan jumpa shrek. Dan Shrek 4-D Adventure best jugak. Yang aku tak tahan bila keldai tu bersin, habis menyembur kene muka aku. Hahaha selekeh betul.


Sepatutnya benda ni budak kecil je masuk, tapi disebabkan cousin aku sorang ni nak sangat naik dan mak dia pulak sibuk membeli belah, terpaksa aku pun naik sekali.

And the last is Madagascar. Tapi kat sini tak ada yang adventure so no picture. Hehehe. Lastly...



Sepatutnya gambar ni ambil masa mula-mula masuk tapi makcik aku cakap nanti bila nak balik baru ambil gambar dengan bulat ni. Memang best woo.. Daripada pukul 1.30 petang sampai 8 malam baru bertolak ke JB. Penat yang amat. Aku rasa macam nak pengsan pun ada. Yelah satu hari tak makan and asyik ride sana ride sini. Perghh! Tapi rasa macam nak pergi lagi pun adaaa.. Thats all. Kbai ^^^

4 comments:

  1. bestnyaa...teringin nak pergi ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. insyaallah nanti kalau ada masa pergilah :D

      Delete
  2. waa~ dh pernah pergi dah.. hikhik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.