Friday, 18 January 2013

Cerita Budak Sekolah

Assalamualaikum...
Hye !!!


Cerita budak sekolah? Ahh, sudah. Macam 'Cerita Budak Blurr' pulak. Malas aku nak tukar banyak banyak nama blog. Biarkan kekal sebagai tajuk je. Nama 'Cerita Budak Blurr' ni pun secara spontan terkeluar daripada kepala otak dan jari jemariku yang menulis. Hah kau. Terkeluar semua ayat ayat BM. Hahahah.


Bercakap pasal BM, kerja aku belum siap lagi. Ahh, mampus! Tapi leklaa. Cikgu nak minggu depan kot. Saja buat saspen sikit. Hahah. 2013. Merupakan satu tahun yang paling bersejarah buat aku. Sebab? Yelah sebab aku nak pmr lah apalagi woii. Lol nak marah pulak -,- Tapi entah kenapa aku rasa macam aku ni tak sedor diri yang tahun ni nak pmr. Masih main main lagi. Main? Main kejar-kejar, main sorok-sorok. lol -.-


Sokey, berhenti cakap pasal pmr. Malas nak cakap sebenarnya. Aku nak taip je. wkwkwk. Cakap pasal pmr buat aku bosan pun ada. Benda yang lama lagi usah diperkatakan, disebut sebut. Cewah! Adik adik semua, janganlah kamu mengikut kata kata kak yin kamu ni. Sepatutnya kita mestilah bersiap sedia kan? Eh, bukan budak bawah aku dah takde pmr ke? Yup, memanglah. Dan rata-rata budak sebaya aku cakap "Untunglah" "Untunglah, takde pmr." bla.. bla.. bla..


Tapi cikgu aku cakap sebenarnya kita kita yang batch 98's ni yang untung. Sebab, PBS tu taraf taraf budak form 4. What? Form 4? Yes, form 4. Aku tak tahulah soalan soalan pbs cam mana kan. Dulu masa aku form 1, rasa macam nak menangis bila cikgu suruh present kat depan. Kat depan kelas. Depan kelas je kot. Hahahha. Tapi memang rasa macam nak menangis. Bukan satu, tapi setiap satu subjek. Hamik kau! Sampai ada satu hari tu cikgu nak buat video kelas aku untuk tunjuk kepada ppd tak silap. 


Satu hari tu kita orang punya kerja asyik present je kat depan kelas. Aku tak tahulah video dia macam mana.   Sebab tak tengok pun. Motif ppd nak video, sebab nak tengok kita orang belajar macam mana. Cikgu pulak cakap ppd selalu pantau kelas kita orang. Entah aku pun tak tau. Tapi memang mencabar otak aku untuk bekerja keras. Hahahha, sebab selalunya aku yang kene present. Kalau tersalah cakap, memang habis kau kene bahan beb. heh.


Hahhaha macam macam. Macam macam benda yang terjadi masa form 1. Banyak kenangan. Kau takyah cakap, kenangan malu aku banyak betul. Malu tambah dengan seronok. Haih, memang tak boleh dilupakan. Apa apa pun ni kak yin nak cakap, adik adik semua yang buat pbs tu, buat baik baik. Buat betul betul. Itu dah kira macam budak form 4, 5 tau. Bangga tak? Susah memang susah. Tapi itu je cara yang kementerian pelajaran beri. Fuhh.. ayat. Mantap!


p/s: Kak yin? Hahahha lain pulak bila ada budak panggil aku akak. Rasa macam tua sangat. Tenenenne :3


1 comment:

  1. second-hand SPM books for sale with very cheap price!!
    jimat, dengan harga yg sangat murah untuk buku yang masih elok diguna & latest version ^^

    http://mykeyboardstories.blogspot.com/2013/12/buku-second-hand-untuk-dijual.html

    ReplyDelete

Hak Cipta terpelihara. 2017.