Tuesday, 22 January 2013

Minat Mama

Assalamualaikum...
Hye!!


Mama minat memasak, membasuh, mendidik. Mama mula minat memasak mee mamak. Mama minat memasak masa muda. Mama minat mereka masakan. Mama membeli mangga muda. Mangga muda menu makan malam. Mama memasak mee mamak mangga. Mama minat membebel. Memang menyampah *xD*. Mama minat membela monyet. Mari mengikut minat mama.


Inilah contoh karangan aku. Pelik? .__. Haha, aku pun pelik. Apa yang pelik? Cerciter cerciter~~ lol. Meh sini ain nak bercerita. Masa hari ahad lepas, aku adalah pergi satu kem ni dekat taman rinting. Serious talk, mula mula memang aku tak nak pergi. Sebab? Banyak sebab aku tak nak pergi. Salah satu ialah kerja rumah aku banyak. Ye ye jek. Haha iya! Tapi sebab utama ialah malas. MALAS!


Tapi nak buat macam mana. Mama dah bayar rm80 untuk kem tu. Terpaksalah pergi -__- Mula-mula sampai kat kem tu satu je persoalan aku. 'Ni ke tempatnya?!' Tempatnya hanyalah sebuah kedai yang tersorok sampai ayah aku cari tak jumpa-jumpa. Aku redha jelahhh -.-


Bila masuk ke dalam, sure sure lah aku tak kenal seorang pun. Yang aku kenal cuma adik, sedara dan fasilator aku. Memang rasa janggal sangat. Lepas sesi ceramah mula, barulah aku kenal dengan orang orang yang mesra alam. Aku ni memang bukan jenis yang mesra alam. Kalau orang mesra dengan aku, aku pun senang nak mesra dengan orang tu. Yeah, itu aku! xD


Fasi tu suruh kita orang buat kumpulan. Ada 4 kumpulan semua. Kumpulan aku cuma ada 9 orang. Yang lain semua ada 10 orang. Tapi yang best bila fasi tu suruh kita orang buat karangan seperti diatas. Dia nak semua ayat bermula dengan huruf 'M'. Memang mencabar kepala otak. Dia bagi masa 3 minit sahaja. Memang best ah kan -,- Dan..... akhirnya siap jugak. Sebenarnya karangan lagi panjang, tapi aku cuma ingat yang ni je. Aku cuma sumbang 9 patah perkataan sahaja. Lol. Siap kira lagi. #IniSemuaPoyo xD


Korang bayangkan daripada pukul 7 pagi sampai pukul 6.30 petang, baru aku boleh balik. Ergh, memang penat gilaaa.. Dengan kerja rumah berlambak. Emm.. memang best -,- Keesokan harinya kerja aku cuma copy paste kawan aku punya je. Budak 12 tahun ke bawah dilarang mengikuti cara ini. Okay? Bye xxD


Nota huru-hara: Aku benci budak yang perasan diri dia tu macam bagus sangat. Puihhh -..-

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.