Sunday, 6 January 2013

Minggu pertama

Assalamualaikum...
Hye !!


Rasa macam takde semangat nak taip entry kali ni. Terasa jari jemari lemah tak bermaya. Fuhhh... ayat waa. Tak boleh go. Hahaha. Okay, memang betul aku cakap. Rasa nak update tapi aku rasa penat yang amat. Tapi perasaanku yang berkobar-kobar hendak menaip jugak, ku gagahkan jua. Puihh -,-


Aku nak cerita tentang minggu pertama aku menjadi budak 15 tahun. Hari pertama sekolah, lepas balik sekolah je, aku dah rasa penat sangat. Kerja sekolah pun dah berlambak. Twitter, fb, blog dah dua hari tak bukak. Pasal tu aku tak kisah pun. Tak bukak twitter satu hari tak mati kan? Tu kira satu perubahanlah untuk aku.


Biasalah budak dah nak PMR kan. Nak buat macam mana lagi. Redha jelah. Kata nak dapat 8A. Kenalah berusaha kuat sikit. Bercita-cita besar ni. Haha. Ayah aku cakap "Kalau tak dapat 8A, nanti ayah malu nak balik kampung." Dan aku mampu membuat mimik muka begini '-.-' Ohh salah. Dalam hati sahaja. Dekat luar aku ketawa. Entah. Macam susah je. Aku target 5A keatas. Insyaallah mana tahu. Rezeki aku untuk dapat 8A. Insyaallah =)


Hari ni pun aku bukak twitter sebab aku nak tanya pasal homework. Fuhh, dah tak pikir pasal lain dah. Dalam kepala hotak aku, aku pikir pasal homework. Dan tersangat stress selagi tak siap -,-  Akhir sekali wish me luck and pray for me. Thanks. Love uollsss :* 

Sedarlah wahai ain ~.~


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.