Monday, 25 February 2013

Mini Giveaway by FD

Assalamualaikum...
Hye!!!


Nak join? Klik banner :)

Friday, 15 February 2013

Novel : Oh, Mama Tiriku! | Herna Diana

Assalamualaikum...
Hye !!



Ini merupakan novel ketiga bagi kak herna diana. Okay, aku sangat menunggu-menunggu saat ini. Cewah! Hahahha. Aku memang minat gila dengan novel kak HD. Daripada Cinta 3 suku dan Akhirnya Aku Kahwin! aku baca. Memang best novel dia. Cerita ini pulak bersambung dari kisah didalam novel Cinta 3 Suku.


Sinopsis: 

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.


Aku tak habis baca lagi. Yelah, kene tunggu mood dulu baru boleh baca. Tapi cerita dia memang kelakar. Asyik nak ketawa je. Kbye ;)


First time aku nampak novel ni, satu benda yang menarik perhatian ialah cover buku dia. Dua orang budak tu sangat sangat comel. Hahahah. Anak siapalah yang dia orang amik gaknya. Hehhee :)

Thursday, 14 February 2013

Cuti?

Assalamualaikum...
Hye !!!




HaiHaiHaiHai. Agak lama juga saya tidak update. Emm lama ke? Takdelah lama sangat. Penyakit malas datang menyerang tetiba. Takyah update post, homework pun aku  tak buat. Achaner tu? Itulah kehidupan seorang pelajar. Cuti tak cuti, homework tetap ada. Kau ada?


Sempena cuti seminggu ni aku cuma sempat balik kampung kat Perak. Itu pun kira beruntung kalau mama dapat cuti 3 hari sekalipun. Tapi memang penatlah. Dengan jammed nya lagi. Naik kematu punggung aku duk lelama dalam kereta. Ingat perak tu dekat melaka ke? Kalau dekat melaka takpe jugak. Tak sempat nak panas, dah sampai. Okay, aku dah merepek -___- lols.


1 hari kami duk kat kampung dengan nenek dan esoknya kami pergi keyel. Ingat nak jalan jalan tapi.... emm anggap jelah jalan jalan jugak. Mula-mula ingat nak pergi i-City. Tapi my aunty says "Kalau petang-petang tak best, takde lampu. Pergi malam baru best." Sokay. Aku tak kisah pun. Sebab memang betullah. Kalau petang apa yang dapat? Cuma tengok orang keliling je. Baik pergi malam.


Otw nak pergi rumah aunty, kita orang singgah jusco AU2. Kfine tak cukup jusco yang dekat ngan rumah, jauh dari rumah pun boleh ~~ Jusco lagi. Tapi jusco situ best jugaklah. Kira macam outdoor. Yang paling penting dia punya tempat main sama dengan jusco sini. Yang adik aku sibuk sangat nak pergi lagi. Macam macam.










Paling paling paling tak puas hati aku nak pergi i-City. Nak jugak! nak jugak! *hentakkaki* Tapi mama cakap nanti nantilah. Ahhhhhhhhh....... Memanglah aku dah pergi sebelum ni, tapi ergh sekejap je. Tak puas tau tak? Emmmm sedihnya......  :(


Esoknya, mama kata kita pergi zoo negara je. Haih, zoo pun zoo lah. Semua zoo dalam dunia ni sama je kot. Takde zoo yang tayang muka budak nampak gigi kuning macam budak baju hijau tu -______-"







Aku paling sakit hati dengan harimau ni. Kot ye pun nak tengok sama spesis takyah lah sampai nak tunjuk bontot kat kita orang ni =.=  Harap je comel. Hampeh! -,-


Ada nampak macam......... jap. Aku lupa apa tajuk cerita tu. Hm hm hm. 
 Comellll !!!









Okay, itu sahaja cerita untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi untuk enrty yang akan datang. Chewah ayat. Hahahhaha xD


Dengan kesempatan yang ada saya ingin ucapkan Happy Birthday buat Nabiha Suraiya. Sannah Helwa katanya. Hahahah. May Allah bless you, dear :) Love you . Fuhh fuhh jiwang habis xD

Tuesday, 12 February 2013

Simple Giveaway Aisyah Humaira'

Assalamualaikum...
Hye!!



Nak join? Klik banner :D

Sunday, 3 February 2013

Randomness ♥

Assalamualaikum...
Hye!!




Penat... Aku tak tau kenapa hari ni aku sangat penat. Entah. Pehh.. Apa tadi aku nak cerita ek? Ahh.. semua dah lupa. Hmm.. hmm.. Hish, tipu sangat kalau sampai lupa nak cerita. Hahh, aku nak cerita pasal pss. Pss? Mesti korang tau apa itu pss. Kalau yang tak tahu mesti tak pernah sekolah kan? Opss. Hahaha. Pss stand for pusat sumber sekolah. Dan aku..... Malas nak cerita pasal tu -,- Mesti dah tahu?


Tahun ni cikgu nak pengawas pss pakai baju formal atau lebih tepat macam pengawas punya. Sekolah aku pengawas pss just pakai baju kurung biasa je. Yang lain dari budak biasa cuma kita orang pakai kasut hitam dan name tag. Tu pun aku takde name tag untuk pss. Sangat sadissssss.....


Yang paling sakit hati, takde lah sakit sangat, cikgu suruh pakai tahun ni tapi cikgu baru cakap tahun ni. Achanerr tu? Mula-mula memang aku rasa malas nak pakai tapi mengenangkan tahun depan kot kot aku pindah sekolah ke kan, mana tahu? Kalau pakai tahun ni merasa jugak pakai baju colourful. Eh?


Cerita kedua. Tapi ada syarat kalau nak baca. Lol berangan je. Macamlah ada orang nak baca. Haktuihhh.. Syaratnya korang kene senyum dulu. Aik, dah senyum? Taknak gaya macam tu. Nak senyuman yang menawan menawan~~ ohh.. Senyum mesti sampai ke telinga.. Senyum tu kan sedekah c:  Bak kata biha :p


Ohh.. aku dah melalut. Sangat melebih pulak aku rasa. Hehhee.. semalam ada perjumpaan ko-ko. Aku secara auto masuk kelab perpustakaan. Cikgu bincang pasal aktiviti akan datang kita orang. Salah satu adalah lawatan. Kalau tak senaraikan lawatan dalam aktiviti yang dirancang memang tak sah :p Kita orang cadang nak pergi langkawi uollsss. Hmm.. langkawi pun dah kira ok.


Pastu cikgu cakap nak pergi dalam bulan 6. BULAN 6 ???!!! Perghhhhh!!! Gila ke ape? Dah dekat nak pmr beb. Kita orang memang bantah habis. Kita orang cadang pergi lepas pmr. Lepas tu, budak form 5 pulak tak puas hati. Dia orang cakap dah nak spm. So, penyelesaian nya ialah pergi selepas spm. Dah cuti. Bagus kan? -.- Bak kata ayah aku.


Okay, aku tak tahu cikgu punya keputusan. So, tunggu jelah. Dia orang cakap kalau pergi lepas pmr, insyaallah parents diaorang kasi tapi kalau sebelum? Memang sure lah 100% tak bagi. Aku pun tak tahu kalau parents aku bagi ke tak. Emm.. entah. Orang nak pmr sesedap kitaorang je nak pergi bercuti. pehh -.-


Mood aku sekarang memang tunggang terbalik. Sekejap okay, sekejap tidak. Malas layan. Buat homework lagi bagus. Puihh ayat macam bajet rajin -.- Wkwkwkw xD Homework sangat banyak minggu ni dan aku sekarang sangat marah!! MARAH NIIIIII!!! LOL xD
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.