Friday, 15 February 2013

Novel : Oh, Mama Tiriku! | Herna Diana

Assalamualaikum...
Hye !!



Ini merupakan novel ketiga bagi kak herna diana. Okay, aku sangat menunggu-menunggu saat ini. Cewah! Hahahha. Aku memang minat gila dengan novel kak HD. Daripada Cinta 3 suku dan Akhirnya Aku Kahwin! aku baca. Memang best novel dia. Cerita ini pulak bersambung dari kisah didalam novel Cinta 3 Suku.


Sinopsis: 

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.


Aku tak habis baca lagi. Yelah, kene tunggu mood dulu baru boleh baca. Tapi cerita dia memang kelakar. Asyik nak ketawa je. Kbye ;)


First time aku nampak novel ni, satu benda yang menarik perhatian ialah cover buku dia. Dua orang budak tu sangat sangat comel. Hahahah. Anak siapalah yang dia orang amik gaknya. Hehhee :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.