Sunday, 21 April 2013

Makanan Jepun

Assalamualaikum..
Hye !!


Disebabkan aku ni memang gila dengan anime ataupun senang cerita detective conan tu, so aku pun mempunyai rasa yang membuak-buak ingin merasa makanan diorang tu. Okay, kalau tengok je tak best. Baik kita rasa kan? Hahah. Ada satu makanan ini yang aku nak rasa sangat. Iaitu Takoyaki ataupun Grilled Octopus Balls. Ingat makanan jepun, sushi je ke?                          


Takoyaki
Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang. Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka.
Takoyaki mula dipopularkan di Osaka, di mana seorang peniaga gerai bernama Tomekichi Endo diberi penghargaan terhadap penciptaannya pada tahun 1935. Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong kurita. Takoyaki asalnya popular di kawasan Kansai, tetapi kemudiannya merebak ke kawasan Kantō dan kawasan lain di Jepun. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan yatai, tetapi sudah ada banyak restoran khas takoyaki, terutamanya di kawasan Kansai. Takoyaki kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.
Yaki berasal daripada perkataan "yaku"yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun yang lain seperti teppanyakiyakitoriteriyaki dan sukiyaki.
Sumber : Wikipedia

Oh my.. mesti sedap kan?

Aku ada jumpa takoyaki kat jusco dulu. Tapi tak sempat nak beli T.T Lagipun kebanyakan yang jual bukan orang islam. So, was-was nak beli. Yang kat jusco tu, orang islam yang jual. Ataupun kalau susah sangat kita boleh buat sendiri. Hiks :D


4 comments:

  1. hana pernah try. mula2 agak mcm xsedap je.. tapi bila makan.. nak lagi.. hehe tapi cepat muak. sekali makan 3 ketul je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? Kalau mcm tu kene makan sikit jelah. hihi.

      Delete

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.