Monday, 8 April 2013

Pelik.

Assalamualaikum..
Hye !!


Hari ni entah mengapa aku rasakan sangat pelik. Pelik bukan sebab justin bieber datang sekolah aku --' Bukan okay bukan. Tapi entah. Saja bikin gempak. Hehe. Yang pertama hari ni aku rasa macam nak pengsan kat sekolah. Sakit datang secara pakej. Pening, sakit dada, sakit tekak, selsema, batuk tak henti dan mulut aku pecah atau orang juga panggil mata ikan. Cuba korang bayangkan aku nak makan lepastu tergigit tempat yang pecah tu. Pergh aku rasa nak menangis pun ada :'(


Yang kedua, hari ni aku rasa kawan baik aku ni bermasalah sikit. Agaknya otak dia ada satu fius tertanggal kot. Hehe. Kat surau tadi kitaorang tak boleh berhenti ketawa. Cikgu tengah ajar, kitaorang boleh bantai ketawa tak hingat dunia kat belakang. Sebab tulah dada aku jadi sakit. Kesan sebab banyak sangat ketawa--' Yang aku tak boleh lupakan masa yana buli aku. Aku tengah buat kerja dia boleh tarik tudung aku dan kacau aku. Apak, tak boleh blah langsung. Dah tua bangka ada hati nak main tarik-tarik tudung lagi -..-


Hahaha seriously perangai dia lain gila harini. Aku pun terkejut bila tengok dia buat lawak tapi dia sendiri yang ketawa bagai nak rak. Lawak OK! Tutup pasal cerita ini. Kita cerita pasal benda lain pulak. Hmm pasal ni, kerja kursus sejarah aku tak siap lagi dan cikgu nak hari khamis ni dan hari rabu aku baru nak melawat tempat kajian. OKBAI!

AGREEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.