Friday, 24 May 2013

Akhirnya kau datang jua...

Assalamualaikum...
Hye!!


Okay, semua. Sila lihat tajuk dan baca dengan teliti. Jangan tertinggal satu pun. Amacam? Tengok tajuk je aku rasa macam nak tergelak sampai sakit perut. Ala-ala orang yang tengah tunggu buah hati. Hewhew. Betullah tu. Aku tunggu buah hati aku dan dia dah sampai sekarang. Haha tak payah nak buah hati sangat lah kan?



Happy holiday guysssssss. Ini baru tujuan aku update hari ni. Saja-saja nak ucap. Yelah mesti benda ni yang korang tunggu-tunggu kan? Siapa je yang tak suka? Cerciter sikit.


Aku cerita sikitlah aktiviti aku untuk cuti ni. Untuk minggu ni biasalah. Well, budak nak ambil PMR kan? Kelas tambahan mesti ada. WAJIB! Tak sah kalau tak ada. Hehe. Esok, pagi-pagi aku dah kena pergi kelas tambahan, petangnya pulak ada tuisyen. Hoo yeah! Kelas tambahan sampai hari selasa. Hari ahad pun ada. Tapi untuk kelas lain. Kelas aku tak ada. ((Ada ke budak nak datang? Hari ahad pulak tu))


Disebabkan hari ahad tak ada kelas, jadi aku tak payah nak ponteng. Sebab hari ahad aku ada konvo untuk darjah khas. Tak sabar kot nak pergi. Aku terpaksa jugaklah angkut nabiha pergi sana. Katanya dia jealous dengan budak darjah khas tahun lepas ((yakni budak2 batch aku)) sebab konvo kita orang dekat kompleks islam. Tak salah akulah. Aku pun dah lupa apa nama tempat dia. 


Haha tak pasal-pasal kena bawa dia sekali. Hehe tak kisah pun sebenarnya. Lagi best sebab ada kawan. So, tak boring duk sana nanti. Yang tak tahannya bila biha cakap "Kita pulak yang nervous padahal awak yang amik nanti." Haha aku pun nervous jugaklah. Tak sabar nak pergi nanti. Wee x)
Okbai ;D

ajet ajet comel ler tu xD

p/s: tengah tunggu result mid-year exam. harap-harap apa yang aku target, dapat. Aminnn

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.