Friday, 21 June 2013

Minggu Ini

Assalamualaikum...
Hye !!



*tiup habuk dekat blog* *bersin* hidung berair* *mata pedih* hmm apa lagi? Ni semua kesan jerebu pada aku k. Peh dekat jb ni dah macam dekat cameron highland dah. Orang kata "Johor Highland" -____- Hari ni aku cuti pun sebab jerebu. Tapi kat rumah aku tak nampak sangat jerebu. Kalau kat sekolah.. peh tengahari memang nampak samar samar je.

Hari rabu lepas, sekolah aku ada buat hari sukan. Masa tu jerebu tak teruk sangat. Tapi bila tengahari je, nampak putih sekeliling padang. Hm

Esoknya pulak yakni semalam baru jerebu teruk kat sekolah aku dan area taman daya. Keluar rumah, yang aku nampak macam asap orang sembur nyamuk k. Sampai sekolah dapat sorang satu mask. Dan dan penolong tingkatan aku cakap kalau tak pakai kena denda 5 ringgit. K. Sekolah aku kalau tak buat denda yang pelik pelik tak sah. Aku ni pulak jenis liat gila nak pakai benda jadah mask tu.

Haha aku dengan farzmil memang tak pakai benda tu. Farzmil kata rimas dan aku pun. Aku rasa macam sesak nafas kalau pakai. Tak selesa. Rasa mulut berpeluh je. Panas. Haha

My mama said "Kalau tak selesa, jangan pakai. Awak tu tak biasa guna." Hm iyolah mama ku. Mama kan dah biasa, so, kisah apa? Haha

Ehem ehem singapore paling teruk jerebu. Sangat berbahaya. Ish ish. Dahlah johor berjiran dengan singapore. So evelibadi sila jaga kesihatan. Minum air bebanyak okey. Jangan kerap sangat keluar rumah. Hari ni aku rasa macam puasa pulak. Tekak kering je memanjang. Hm

So bubye evelibadi :)

Eh, chop. Asal aku rasa macam lain macam ni. Title takde kena mengena. Ehekzzzz


No comments:

Post a Comment

Hak Cipta terpelihara. 2017.