Sunday, 18 August 2013

Syawal | Dah terlambat ke?

Assalamualaikum..
Hai !!


Rasanya tak terlambat lagikan aku nak ucap Selamat Hari Raya? So, Selamat Hari Raya semua :-) Maaf zahir & batin. Kalau ada silap dan salah mohon dimaafkan. Andai ada yang terguris hati or apa apa pun, I'm so sorry. Diri ini tidak sempurna dan selalu buat salah ;-) Salam hari raya ke-11. Hewhew.


Orang lain semua dah post gambar diorang lengkap berpakaian baju kurung or baju melayu. Aku je ni yang ketinggalan. Hehe tak tahu kenapa rasa malas pulak nak update ni. Lepas exam haritu punyalah semangat berkobar-kobar nak post entry bebanyak. Lepas dapat results pulak hm lemau semacam je. Kesan drpd results trial ah ni T.T


Okay dah. Takmao sedih sedih. Hm senanya aku taknak membebel panjang. Yelah takde mood nak taip pepanjang. Pmr dah nak dekat. So, hm paham sendirilah. So, let's see the pictures....






Gambar tak ikut turutan. Ish hm pepaham jelah. Yang gambar duduk kat tangga tu, masa tu aku dan family aku dah nak balik JB. Yang makcik pakcik aku pulak nak gi beraya. Hm tunglah. Mak aku tak dapat cuti panjang. So, beraya dekat rumah jelah ~

Selamat Hari Raya. From us, ANs :-)

p/s : PMR ADA LAGI 6 MINGGU JEEEE ((maybe)) ((diorang yg cakap)) :O

Saturday, 17 August 2013

Segmen Free Header by Arina Azman

Assalamualaikum..
Hai !!



KLIK PADA BANNER
25.08.2013 TAMAT


Wednesday, 14 August 2013

Holiday Giveaway by Nurin Aireen

Assalamualaikum..
Hai !!

KLIK BANNER !

:D

Tuesday, 6 August 2013

Novel: Kata Tak Rindu | Siti Nur Dhuha

Assalamualaikum..
Hai !!


Credit

Sinopsis: 

Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.

Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.


Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur. 


Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?



First time aku beli, dalam fikiran mungkin cerita ni tak jiwang/ sedih. Sebab aku kurang gemar dengan cerita macam tu. Aku kenal SND daripada novel My Love Playgirl. Novel tu memang kelakar gila. So, aku ingat novel ni pun sama. Tapi bila baca, aku rasa kalau orang yang baca dengan penuh perasaan mungkin nangis. Aku? Watlek watpeace je. Hehe. 

p/s: Aku kalau jadi Fia ni mungkin jadi orang gila kot. Tak tahu nak pilih siapa. Antara lelaki yang kita sayang atau lelaki yang dah banyak berkorban untuk kita. Seriously. Peace yow 

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu

Assalamualaikum..
Hai !!


Klik banner !

Hadiah:

Top referrel

1 set bantal couple rekaan sendiri
10 biji brooch rekaan sendiri

Random

keychain nama 2 pemenang -Alyaa
Shiseido Black Mask 2 pemenang-Cik Hawa
review blog untuk 3 pemenang-Arrien
3 brooch 3 pemenang-Najihah
Brooch 2 pemenang -Nur Izzatie
Edit blog  2 pemenang-Nur Izzatie
kad raya seorang-Nur Izzatie
3 header 3 pemenang-Nasya
2 edit blog 2 pemenang-Nasya
2 brooch 2 pemenang-Syeeda
15 bloglist 15 pemenang-Areena
3 org pemenang buku nota kecik -areena
*penambahan hadiah
fridge magnet-Cik Hawa


special hadiah *50 orang peserta awal dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji

Tamat:

31 OGOS 2013


Sunday, 4 August 2013

Iftar With Girlfriends :*

Assalamualaikum...
Hai !!




Yeayyy akhirnya dapat jugak iftar dengan girlfriends ku. Aku dengan jiah rancang seminggu sebelum. Kitaorang rancang baik punya. Kang tak pasal pasal jadi macam tahun lepas. Iftar dengan diorang tapi tak dapat makan kat kedai. Merempat! Haha. Makan buah jelah kat jusco. Huhu!

Kali ni kitaorang rancang nak booking tempat awal awal. Fatin secara sukarela sanggup pergi jusco pukul 12 sebab nak book tempat kat secret recipe. Gila tak gila! Kalau book pukul 4, confirm dah ramai. Sesak habis! Fatin kata dia tak kisah sebab rumah dekat. Iyalah, untung rumah dekat :p Haha

Semalam lepas balik tuisyen je, aku tumpang jiah pergi jusco. Nabiha, farzmil dan kakak dia pun ada sekali. Fatin pulak dia angkut sekali adik dia pergi sana. Hehe! Sampai sana terus pergi SR. Ingatkan fatin dah sampai. Rupanya, haih mentang-mentang dekat. Datang kul 7 pun takpe.

Lepas dapat tempat, aku ajak farzmil teman aku pergi bayar bil mak aku. Terpaksa buat sebenarnya. Ma cakap kalau nak duit bayar bil lepas tu baki boleh ambil. Haih apa boleh buat. Bayar jelah.

Lepas selesai masalah dunia, balik ke SR, order. Order-order bila sampai bil, nak pengsan aku tengok. RM 200 LEBIH! Fuh apa banyak sangat diorang melantak ni. Terkezut oden dibuatnya. Biarlah, asalkan diorang dapat bahagiakan perut masing-masing :p

 Masing masing semua mengelak bila aku nak ambil gambar -,-

 Haa yang ni lagi satu. Phone je kerjanya. Well...... dak zaman sekarang.

With kakak farzmil aka Damia Farzmil.

Kitaorang cepat serasi dengan kakak dia. Haha macam kawan kawan gitu. Lastly, have fun with them yesterday :*

p/s: Raya ni aku takda kasut!! Ahhhh................ :(

Friday, 2 August 2013

Kali Ketiga :')

Assalamualaikum..
Hai !!



Ya allah rasa nak menangis pun ada. Ini kali ketiga. Kali ketiga, okay :') Kali ketiga aku TERTINGGAL BAS. Hm aku tak tahulah apa mimpi pak cik tu nak ambil awal. Masalahnya, kalau ayah aku balik cepat takpe jugak. Ni lagi lagi bulan puasa, jalan pun mesti jammed. Mesti LAMBAT :/

Ceritanya tadi. Biasalah pak cik amik selalu kul 5.50 ptg. Aku keluar dari sekolah kul 5.30. So, sementara tu aku tunggulah kat tempat farzmil tu. Saja lepak lepak. Tapi harini farzmil balik cepat. So, aku lepak kat tempat jiah. Dalam pukul 5.45 baru aku gerak pergi tempat yang aku selalu tunggu bas. Tapi sebelum tu, aku macam ada terdengar bunyi bas aku. Tak mungkinlah kot. Sebab tempat bas aku dengan tempat jiah, JAUH.

Pukul 5.45. Aku pun gerak. Bila sampai sana, aku rasa macam pelik sebab tak ramai orang. Aku pun ingat mesti ramai budak yg naik bas sama dengan aku tu pergi majlis berbuka kat sekolah. Aku tak syak pape lagi. Bila aku tengok afiq takde, baru aku rasa sesuatu. Afiq tak pergi majlis tu dannnn........... Haaa mulalah aku nak nangis ni.

Aku tanya hattem (kawan dia), "Weh, afiq dah naik bas eh?" "Haah." Muka aku dah jadi macammm

Sampai hati pakcik tinggalkan akuuu :'(

"Tertinggal bas eh?" "Janganlah nangis." Heyyy gua rasa macam nak tumbuk je muka hattem ni tau. Tiba-tiba teringat si ....... Hish sedih ah dengan mamat tu (si.....)

Terpaksa tunggu kat bustop. Tunggu bas awam. Bila check dompet ada 60 sen. Lagilah waa rasa nak menangis. Hish terpaksa pinjam coins drpd kawan. Katanya nak telefon ayah. Hm.

Call ayah, katanya jalan jammed. Gua redha. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 7.15 baru ayah amik. Haa kau ada? Naik tepu aku duk sensorang kat situ. Orang lalu-lalang semua tengok lain macam. Sad life.. :( 

Haih kalau ayah amik lambat 2 3 minit tadi, confirm aku berbuka dengan diorang semua kat sekolah. Seriously. Tahun lepas, masa puasa juga aku tertinggal bas. Peh lagi dahsyat bila aku balik jalan kaki. Terserempak pulak dengan 3 ekor anjing. Peh nasib ada uncle tu sedia membantu. Cewah. Kalau tak, balik rumah terus berbuka weh. Hehe

p/s: dah dapat kertas sains. Markah okay tapi tetap tak memuaskan hati aku. hm

Thursday, 1 August 2013

Alhamdulillah :)



Assalamualaikum..
Hai!!


Alhamdulillah, akhirnya dah habis pun percubaan PMR. Untuk hari ni je dup dap dup dap jantung aku tau. Hari ni punya subjek agak mencabar otak, emosi, fizikal, rohani, dan ...... ah kau jangan nak tipu sangat. Haha. Hari ni SEJARAH dan MATEMATIK. Mencabar sungguh. Aku dah berusaha sekarang tinggal tawakal jelah.

Aku tak puas hati dengan kertas math paper 1 sebenarnya. Banyak soalan yang ntah pape aku rasa -_____- Dua soalan ada pembetulan, ada satu soalan bonus. Haa aku tak tahulah cikgu sape yang buat soalan tu. Adalah dalam setengah soalan tu aku hentam. Kau hengat 1 jam 15 minit tu cukup keww? Aku rasa korang mandi lagi lambat kot ._. Haih pasghah jelah, ain.

Kalau paper 2, okay sikit. Aku boleh jawab semua soalan dengan hati yang senang. Cewah. Bila tunggu masa nak habis, aku rasa aku boleh tidur kot. Rasa macam lamaaa sangat. Rasanya patut pendekkan masa paper 2 tapi panjangkan sikit masa untuk paper 1. Haa barulah boleh jawab dengan tenang. Haha.

Sejarah pun pasghah jelah ain woii...... By the way, esok cikgu nak bincang kertas sains. Wuuuuu nebes nyaaa i. Harap-harap dapat A. Aminn!

p/s: Aku tumpang simpati kepada sesiapa yang ambil PISA haritu. Hm jangan merungut ye adik-adik. Ahaks :*


Embedded image permalink
Sooooo cuteeeee :*


Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.