Friday, 2 August 2013

Kali Ketiga :')

Assalamualaikum..
Hai !!



Ya allah rasa nak menangis pun ada. Ini kali ketiga. Kali ketiga, okay :') Kali ketiga aku TERTINGGAL BAS. Hm aku tak tahulah apa mimpi pak cik tu nak ambil awal. Masalahnya, kalau ayah aku balik cepat takpe jugak. Ni lagi lagi bulan puasa, jalan pun mesti jammed. Mesti LAMBAT :/

Ceritanya tadi. Biasalah pak cik amik selalu kul 5.50 ptg. Aku keluar dari sekolah kul 5.30. So, sementara tu aku tunggulah kat tempat farzmil tu. Saja lepak lepak. Tapi harini farzmil balik cepat. So, aku lepak kat tempat jiah. Dalam pukul 5.45 baru aku gerak pergi tempat yang aku selalu tunggu bas. Tapi sebelum tu, aku macam ada terdengar bunyi bas aku. Tak mungkinlah kot. Sebab tempat bas aku dengan tempat jiah, JAUH.

Pukul 5.45. Aku pun gerak. Bila sampai sana, aku rasa macam pelik sebab tak ramai orang. Aku pun ingat mesti ramai budak yg naik bas sama dengan aku tu pergi majlis berbuka kat sekolah. Aku tak syak pape lagi. Bila aku tengok afiq takde, baru aku rasa sesuatu. Afiq tak pergi majlis tu dannnn........... Haaa mulalah aku nak nangis ni.

Aku tanya hattem (kawan dia), "Weh, afiq dah naik bas eh?" "Haah." Muka aku dah jadi macammm

Sampai hati pakcik tinggalkan akuuu :'(

"Tertinggal bas eh?" "Janganlah nangis." Heyyy gua rasa macam nak tumbuk je muka hattem ni tau. Tiba-tiba teringat si ....... Hish sedih ah dengan mamat tu (si.....)

Terpaksa tunggu kat bustop. Tunggu bas awam. Bila check dompet ada 60 sen. Lagilah waa rasa nak menangis. Hish terpaksa pinjam coins drpd kawan. Katanya nak telefon ayah. Hm.

Call ayah, katanya jalan jammed. Gua redha. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 7.15 baru ayah amik. Haa kau ada? Naik tepu aku duk sensorang kat situ. Orang lalu-lalang semua tengok lain macam. Sad life.. :( 

Haih kalau ayah amik lambat 2 3 minit tadi, confirm aku berbuka dengan diorang semua kat sekolah. Seriously. Tahun lepas, masa puasa juga aku tertinggal bas. Peh lagi dahsyat bila aku balik jalan kaki. Terserempak pulak dengan 3 ekor anjing. Peh nasib ada uncle tu sedia membantu. Cewah. Kalau tak, balik rumah terus berbuka weh. Hehe

p/s: dah dapat kertas sains. Markah okay tapi tetap tak memuaskan hati aku. hm

2 comments:

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.