Wednesday, 25 December 2013

Congratulations! :)

Assalamualaikum..
Hye!!



Ohhhhoiiii comelnya patung smiley yg kat atas tu hihi. Aku nak ucapkan tahniah kepada bekas calon pmr (aharhar). Yang dapat 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, dan yg takde A sekalipun tahniah! Korang semua dah buat yg terbaik so jangan menyesal naaa ~ Hihi jangan marah k.


Sampai sekolah benda pertama ialah nak jumpa diorang semua. Dah lama tak jumpa mestilah rindu kan (uhuks) Diorang semua macam tak kisah pasal result. Gelak ketawa macam takde pape. Jiah cakap "Makin diorang semua bising, aku makin takut." Aha aku macam takde perasaan tapi dalam hati peh seram gila katako. Bila buka twitter je nampak sorang ni tweet dia dah check guna sms tu. Kawan2 aku semua cakap "Weh ain, kau check lah." "Pehal aku pulak?" "Cepatlah. Kau checklah. Kau check k."

Aku buat dang je. Malas nak layan. Tapi padahal hati berkobar-kobar nak tahu. Tapi malas. Aharhar. Bila dah dapat result peh lega siaaaa. Aku dgn jiah steady meady je. Farzmil dah mcm budak kecik hahaha! :p (jgn marah k farzmil. love u) 

Budak2 yg parents diorang tak datang semua pakat tepon. Aku memang taklah kan :p Bukan cara aku nak tepon semua tu. Sampaikan ayah aku tepon, tanya. ahaha tak syok langsung. Mak aku pulak tak putus asa tepon tapi aku tak cakap result bape sampai dia ckp "Jangan lupa sms mama dapat berapa!" Ok ok tapi aku tak buat pun. Aha jahatnya aku :p

Yang tak dapat straight A jangan kecewa. Mungkin bukan rezeki anda kali ni. Spm kan ada so teruskan kehidupan anda eceh lol



Wednesday, 18 December 2013

Good Luck Batch 98's !!

Assalamualaikum...
Hye !!


Esok merupakan hari yang amat bersejarah bagi aku dan batch 98's. Fuhhhh berdebar tak?? Tipu kalau tak. Aku dah dedoo sekarang ni. Semua organ dalaman dah kecut phewwww...

FYI, baru sekarang aku teringat balik semua jawapan mengarut aku masa jawab PMR. Halamak, baru sekarang nak rasa takut. Dulu study memain haa padan muka ko. Masa tak boleh diputarkan balik erm. So, apa apa pun GOOD LUCK, GUYS. Hopefully we will pass with flying colours result! Wish me luck! Takmo sedih sedih k bila dah dapat result. Janji bawa tisu bebanyak k? Hhahaha kbye :*


psstt.. dah dapat result jgn lupa share dgn aku tau. Sharing is caring kann? hehehe ;)


Tuesday, 17 December 2013

December Giveaway by Fatin Diana

Assalamualaikum..
Hye !!



Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.