Tuesday, 30 December 2014

Tuisyen

Assalamualaikum..
Hai !!


Sedar tak sedar kau dah 17 tahun wahai Ain. Ada lagi 1 hari sebelum masuk tahun 2015. Lepas tu, bermulalah hidup senior year kau kat sekolah wahaha. Macam tak percaya je. Aku rasa macam baru je ambik result pmr lepas. Tuptup dah nak spm dah. Begitu cepat masa berlalu :') Dah study? Belum. :')


Haa masa masa nak spm ni mesti kalut nak cari tuisyen kan. Sama macam aku jugak. Selagi tak daftar tuisyen, selagi tulah ayah aku duk tanya "Nak tuisyen mana?" "Nak tuisyen mana?" -.- Stress mak!


Masa form 3 dulu pun duk kalut jugak nak cari tempat tuisyen. Disebabkan ramai yang suggest tuisyen kat intensif, dan ramai juga budak2 sekolah aku yg tuisyen situ, jadi secara rasminya aku tuisyen kat situ. Aku amik 3 subjek yang aku lemah je. Alhamdulillah dapat cikgu yang okay. Jadi result pmr pun okaylah :') Janji ada kawan kat tuisyen. Yang penting ada KAWAN sebab aku ni susah nak geng dgn orang lain.


Sekarang ni aku pikir aku akan stick dengan intensif jelah. Yang bezanya aku ada tuisyen kat tempat lain, sri mutiara. Sederet dengan intensif je pun. Hahaha takleh jejauh, nak dekat dekat jugak. 


Sekarang ni aku cuma berharap yang adalah sorang dua ke kawan2 satu sekolah aku tuisyen kat situ. Berharap sangat wei. Takleh sensorang nanti takleh fokus. huhu


Rindu kawan kawan gua :')

Saturday, 13 December 2014

16

Assalamualaikum..
Hai!!



Selamat hari lahir kepada kipas-susah-mati aku wahahaha. Since form 1 till now and insyaallah forever. Orang duk fikir yang kitaorang ni dulu satu sekolah rendah padahal tak! Haha. Form 2 terpisah kelas dan bila form 3 berjumpa kembali. Kemungkinan form 5 nanti kita turun kelas sesama ye hahaha. May Allah bless you and have a blast! Muahciked


Polaroid photos : IG @ pxperhxart

Wednesday, 3 December 2014

MockingJay

Assalamualaikum..
Hai !!


Baru je haritu aku baca buku hunger games yg pertama. Buku tu versi melayu punyalah. Nak baca buku yg english version punya em aku rasa kena baca sekali dengan kamus kot aha. Hari rabu lepas aku pergi keluar bersama teman temanku ewah. Cerita ni punyalah lama aku simpan hehe dah seminggu kot. Mula mula aku tak berminat sangat dengan hunger games ni. Hunger games tu pun aku tak tau apa benda alah ntah haha. Semuanya bermula bila aku beli buku hunger games tu. Tu pun jiah yg suruh beli. Murah kot kat scholastic. Bila dah baca bukunya terus aku buka laptop tengok movie tu. Huii tulah orang kata tak kenal maka tak cinta hewhew


Sampai rabu lepas kitaorang keluar tengok mockingjay.




Yasss excited uollss dapat tengok sambungannya. Harap2 untuk part 2 tahun depan aku dapat tengok jugak. Argh tak kira. Dah lepas spm kannn hahahah


Terasa colourful pulak bila tengok gambar ni


p/s: Aku rasa nanti lepas spm aku nak kerja kat kedai bukulah. Macam best je!


Monday, 24 November 2014

Classmates

Assalamualaikum..
Hai !!


Tahun ni aku tak rasa excited pun untuk cuti sekolah. Sebab apa? Sebab semalam baru je kena audit total (ntah menda ntah nama dia aku pun tak tau) dengan pengetua. Sorang2 kena bangun nak bincangkan pasal result kau yg sangat teruksz tu. Kena tebalkan muka kau hadap pengetua dan muka harus sentiasa senyum dan mengangguk dengan apa je yg dia cakap. oh god. Berdebar tak payah cakaplah. Dengan bilik mesyuarat yg sejuk nak matey dan yg paling best kau duduk depan air-cond. Fuh. Bersiap sedialah wahai ain. Tahun depan setiap kali habis exam kau akan hadap muka dia dan ceritalah engko mengapa tak boleh score subjek itu. Haih.


Minggu lepas guru kelas aku ada buat jamuan kelas. Aku tak puas hati tang last minute tu. Mula mula bincang kata pukul 3 baru nak pergi. Lepas tu malam sebelum tu kawan2 whatsapp kata pukul 2 pulak. Ya tuhannn faham tak perasaan aku cam mana. Dah lah balik sekolah pukul 1.05 adumak mcm sempatkan balik rumah. Nasib baiklah cikgu aku baik hati nak tumpangkan aku sampai kfc setia tropika sana. Jadi, terpaksalah aku tukar kat sekolah. Okay dah settle masalah.


Orang pertama yg sampai kfc dulu ialah jiah. Ye biasalah dia tak datang sekolah pagi tu haha. Dah sampai tu pappappap terus makan. You know what daripada 37 orang kelas aku yg datang hanyalah..........



Engko kiralah sendiri. Yang tengah dua orang pakai baju kurung tu cikgu aku. Ohh ya lagi sorang budak kelas aku yang amik gambar ni. Kira sekali tau! Haha


Lepas makan main music chair pulak. Yelah baru happening kan. Tapi kalau ramai orang lagi happening. Diorang semua tak supportive langsung (lagi2 yg cina cina tu) hm sedih betul. Lepas main apa lagi balik ah kan. Aku balik naik jiah sekali. Kalau tunggu ayah aku, pukul 8 lah dia ambil. Ayahnya jiah amik kul 6 lebih gitu. So, nak menghabiskan masa apa lagi pusing2 sekeliling situ jelah. Kebetulan kfc tu dekat dengan sales gallery setia tropika.


Yang bestnya dekat2 situ ada banyak restoran. Pizza hut, kenny rogers, starbucks, subway, vivo dan lain2. Sales gallery dia pun cantik gila (tak ada kerja pergi tengok office orang haha!) Btw lift kat sales gallery ni cantik kot. Transparent boleh tengok setiap tingkat, office orang (haha!), dan ada tingkat paling atas sekali (rooftop!)


Tapi sayangnya tak boleh keluar daripada dinding kaca (kacalah sangat) tersebut (dan juga sangat panas + bahang sebab tak ada angin yg keluar masuk). Lepas dah jalan jalan kat office orang, aku dan jiah pun lepaklah dekat starbucks. Okay ni first time seumur hidup aku beli starbucks (rasa mcm lepas ni dah taknak beli). Hadui bila ingat balik macam kelakar. Dahlah first time beli lepas tu kena troll dengan abang starbucks tu hahaha sedih hidup.


Big applause for syah bcs menceriakan lagi gambar kelas kitaorang hahaha! Yang lain esp lelaki semua kaku dan kayu. Bak kata cikgu (ketua editor) semuanya nerd!


p/s: Entry ni ditulis pada hari jumaat 21/11 dan disambung pada hari ini. Nampak tak aku memerlukan banyak hari untuk menyiapkan satu entry sahaja. 

Friday, 17 October 2014

Hidup

Assalamualaikum..
Hai!


Dah lama kan aku tulis blog ni. Lamaaaaaa sangattt. Sekarang ni aku rasa aku dah boleh hidup tanpa buka laptop atau komputer 24 jam. Sebab tu juga aku lupa pasal blog aku. Satu hal lagi laptop tetiba buat hal dan line internet mcm gampang kekadang buat aku malas nak buka. Daripada buka lepastu aku maki tak tentu hala kan lebih baik tak payah. Ni pun aku bernasib baik sebab dah lama tak buka komputer jadi internet AGAK laju jugak. Banyak sangat nak cerita tapi dari mana ek hmm


Aku rasa kalau aku cerita pasal aku ada lagi 2 papers sebelum freedom adalah sangat membosankan. Biasalah kalau dah hujung tahun mestilah ada exam. Oh tolonglah naik cuti ada lagi 2 papers iaitu addmath dan chemistry. Im gonna die. Ok dah tak nak cerita pasal tu.


Korang mesti tahu kan baru baru ni ada hoki untuk #SOJC2014? Disebabkan aku sekolah dekat dengan stadium hoki yg dekat dgn econsave dan mcdonald tu (haha) maka kementerian pun menyuruh sekolah aku (TDS), TD2 dan TD3, untuk menghantar wakil bagi menyorak pasukan hoki negara. Aku rasa macam kenapa perlu sorak terkinja kinja padahal esoknya aku exam? Haih rasa macam perlu sangat ke? Kalau tak disebabkan kementerian yg suruh, cikgu pun malas nak pergi sana apatah lagi aku yang bukan kaki stadium ni walaupun aku boleh pergi stadium jalan kaki je.


Aku sangat bertuah sebab sekolah aku dapat pasukan Malaysia dan juga Great Britain. Aku mestilah Malaysia kannn. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit salah faham tapi siapa kesah? Janji enjoy! Hari sabtu nanti ada satu lagi perlawanan dan lepas tu suara aku habis lagi hahaha. Sesiapa yg kata kitaorang semua ni dibayar untuk menghangatkan suasana di stadium dengan menyokong pihak lawan oklah ni jawapannya 


Nasib baik I dapat malaysia, kalau tak, teruk kena bash ish ish.



Friday, 5 September 2014

Drama 'Gulp and Gasp'

Assalamualaikum..
Hai!!


Gulp and gasp ni adalah salah satu drama dalam literature form 4. Teacher aku pun suruh kitaorang semua satu kelas kena berlakon ikut group memasing. Dia akan bagi markah oral untuk drama ni. Jadilah 4 group, satu group ada 9 orang. Group aku ni 1 malaysia tau. Tu pun sebab mula mula group aku ni adalah orang2 yg takde group. So, terjadilah group ain yakni aku hahah. 


Aku dengan sukarelanya nak jadi narrator. Jiah pulak handle music. Tapi lepas diorang setuju nak guna laptop aku untuk music, jadi dengan terpaksanya aku lepaskan narrator aku pada jiah. sobs. Teacher dah bagitahu yg drama ni kitaorang akan present lepas raya. Dia bagitahu seminggu sebelum cuti raya tu. Qama dah gelabah sebab dia pikir naik cuti terus kena present. Punyalah gigih kitaorang ni stayback pepetang kat sekolah siapkan props etc. Hehehe gelabah tak tentu pasal padahal kena present drama tu 3/9 (dah lepas). Kah! Sebulan jugaklah teacher bagi masa. Sebulan tu pun pepagi rabu tu baru siap prop untuk keretapi. Haih memasing memang suka buat kerja last minute tau.


Memang gempak gila lah tengok diorang berlakon. Masing2 pandai je berlakon. Sampai turn group aku je hmmm.. hambar siot. Diorang nervous sangat sampai lupa skrip. Haih kelakar pun ada tau. Yang paling takleh blah bila lupa skrip je ketawa hadui. Sampai teacher cakap, group aku yang paling ceria berbanding yg lain hahahah.


Makcik yg kat belakang tu memang kepoh macam tu.








Kalau tak selfie tak sahlah kan. Hehehe. Sayang korang ketat ketat. 4 Amanah 

Sunday, 31 August 2014

Doktor

Assalamualaikum..
Hai!


Tajuk kita harini best. Okay, siapa yang nak jadi doktor angkat kaki! Cuba cerita siapa yang tak pernah rasa nak jadi doktor? Mesti ada kan. Aku pun sama. Dulu masa sekolah rendah beriya tulis dekat kad yang warna coklat tu nak jadi apa. Ada tiga pekerjaan kan? Muahahah. Aku ingat lagi yang aku nak jadi cikgu, pensyarah dengan jurutera hahaha. Adui, rasa macam nonsense sangat. Bila pikir balik, kenapalah aku pilih nak jadi semua tu. Okay itu semua masa darjah 1. No wonder lah kan.


Sekarang ni aku budak sains tulen dan memang tak lari dengan doktor dan semuaaa pekerjaan yg berkaitan dengan sains. Ye, rasa bosan sangat. Aku bukannya pandai sangat pun bab2 sains ni. Semuanya failed! Ia mengambil masa yang agak lama untuk aku memahami semua topik2 sains. Paling mengujakan apabila tahun depan aku dah spm wuwuuu. Stop it. Sangat tak kelakar. Argh hELP.


Hahahaha sebenarnya aku dah melalut ntah apa apa sekarang ni. Aku nak cerita yang hari khamis lepas aku bedah katak dengan ikan keli untuk experiment bio. Tu je.


Oh ya aku juga buat experiment chemist dengan bermacam macam jenis bahan dan semua bahan itu adalah sejenis cecair. Semua kawan aku merungut sakit pinggang sebab asyik berjalan ke sana ke mari mencari pelbagai cecair tersebut. Tapi sebenarnya best tau. Kita ukur liqiud tu then masuk dalam test tube lepastu tengok reaction nya. Dah dah dah dah lahtu cerita pasal chemist. Aku nak cerita pasal bio je senanya. Daripada tadi tauuu. mencik!


Sorry mr. froggy. I lurf youuu <3



Katak ni sebenarnya katak makan yang budak2 cina kelas aku beli kat kedai makan. So kira senang lahkan diorang beli untuk group2 lain sekali. Lepas je katak tu kena chloroform, erm kira biasalah kot kalau dia masih bergerak lagi. Cikgu aku cakap katak ni punya kulit tebal sbb payah sangat nak pengsan hahahahah. 


Dah siap2 nak bedah tu boleh pulak katak tu tersentak. Engko tahu tak betapa terkejutnya kitaorg. Memang takleh cover kejeritan memasing. So, kekdahnya terpaksa qama dengan rabiah hold katak tu dan aku tukang bedah. Tak payah cakaplah aku punya nervous sampai menggigil tangan sekali suara aku pun gagap hahaha.


Yang paling aku benci tengah2 bedah, this froggy tetap bergerak and i was like Ya allahhhhh.... Cikgu siap cakap "Cepat sikit buat kerja tuu. Kalau awk tengah bedah patient, boleh mati patient awk sebab lambat sangat." Aduh, sangat deep. Diorang pulak paksa aku suruh bedah cecepat. Masalahnya, scaple (pisau) tu tumpul. Sebab tu, aku buat kerja lambat mcm siputt. Haih nasib badan ~


Tadaaaaa! Acaner dah boleh lepas jadi doktor ke tak? Hhahaha memang TAKLAH. Tak nak jadi doktorlah macam ni. Macam susah je muahaha. Tapi kann.. aku memang tak minat sangat dengan doktor. Aku minat benda2 yang melibatkan kulinari, bakery and etc. Haa bab2 masak ni memang gua MINAT gila. Cuma tak berkesempatan nak belajar dan buat dekat rumah je hehe.


p/s: Aku tak suka orang yang memperlekehkan minat aku. Diam diam sudeh

Friday, 15 August 2014

Recently

Assalamualaikum..
Hye!


Olympiad Matematik Kebangsaan 2014 @ UTM 

Ini merupakan kali pertama aku join OMK ni. Nak ada pengalaman jugak join exam OMK. Aku rasa sekolah aku kot yang paling ramai join omk ni. Yelah, mana tak ramai sampai 6 buah bas pergi. Sekolah lain aku tengok semua naik kereta je. Heheh. Sebelum masuk dewan tu kan, aku rasa mcm berdebar. Kah! Macam dulu dulu sebelum masuk dewan exam masa pmr.




Hari Keusahawanan 2014 @ TDS 

Hari keusahawanan merupakan hari yg aku tunggu2 setiap tahun. Sebab? Sebabnya hari tu ialah hari syurga makanan !! Hahaha aku tak boleh miss okay setiap tahun. Wajib datang! Lagi2 tahun ni aku kena jaga kedai kelab koperasi. Hari keusahawanan ni diadakan sabtu lepas. Cikgu aku jual makanan iaitu chicken chop, bubur ayam, bakso dan chicken crispy. Kitaorang semua pepagi dah sibuk goreng ayam semua. Lagi susah bila kerja2 ni dibuat oleh semuanya perempuan. Tu pun helmi secara sukarela nak tolong. Kalau takk.... =.=

Tapi yang tak bestnya bila kena jaga kedai kita tak boleh nak pergi jalan2 ke kedai lain. Yang bagusnya pulak kita boleh jimatkan duit dan pada masa yg sama kita akan mengeluarkan peluh huhuhu. Habis berbelang muka aku. Apa nak buat.. dah nasib badannn..


Open House 

Lepas je balik dari hari keusahawanan, aku dengan jiah terus balik rumah dengan tak mandinya apa terus keluar pergi rumah qamarina. Wahaha tapi yg paling kesian dekat jiahlah. 1 hari tak balik rumah sebab dia balik rumah aku lepas balik sekolah. Nasib baik rumah qama senang cari. Ayah aku macam tahu2 je kat mana rumah dia. Chap chap cuss lepas mengisi perut yg dari sekolah asyik minta makan je, kitaorang pun pergi rumah amiza pulak. Satu taman je pun.

Memang drpd sekolah rendah dulu beriya iya amiza ajak aku pergi rumah dia dann baru sekarang aku berpeluang jejak rumah dia. Tu pun aku dah fikir mesti tak jadi sebab memasing penat lepas goreng ayam hahaha. Lepas rumah amiza kita pun beralih ke rumah wani pulak. Nasib dekat je so, jalan kaki jelah. Yang penting tak ada anjing dekat kawasan situ. Oh pls aku fobia dengan anjing. Ahaha k dah. Kalau dah dekat rumah kawan memang wajib ber-selfie kan. So lets ----




Cakap nak gempak macam ada 100 selfies padahal 3 je muahahah. Ada banyak gambar senanya tapi nanti aku takut phone aku termuntah sebab banyak sangat selfies ops


p/s: Post ni aku dah lama perap tak publish2. So, terpaksa siapkan ayat terakhir hmmm. Makin malas ye engko ain nak nulis blog!

Thursday, 10 July 2014

Haih

Assalamualaikum...
Hye !!


Okay sekarang ni aku sesaja nak throwback cerita haritu. Alkisahnya masa hari anugerah cemerlang.

Aku kenal seorang mamat ni or sepatutnya aku panggil abang (hihihi) dari aku form 1 dan dia form 5 kat sekolah aku. Masa tu aku kenal dia biasa2 je. Tapi dia tu boleh tahan popular jugak sebab dia tu pengawas dannn semua cikgu kenal dia. Kemunculan dia dekat sekolah, aku pandang biasa2 je. Sampailah sekarang dia dah habis STPM dekat sekolah. Aku tak tahu kenapa aku dengan jiah boleh ber-fangirling over him RIGHT NOW. haha. Tetiba je kan.

Ada satu masa tu dia datang sekolah tapi aku tak tahu untuk apa. Maybe pasal stpm dia kot. Jiah tetiba tanya aku "Eh, tu bukan HA ke?" aku iyakan jelah kan. Jiah cakap lagi "Dia makin kuruslah sia. Dahlah tinggi, kurus pulak tu." aku pun pandang dia. Lepas tu, ketawa, "kerempeng doh" Like seriously, aku macam dah tak kenal dia. Kurus gilaa wehhh. 

Selang beberapa hari lepas tu, aku terserempak dengan dia dekat jusco. Masa tu aku dengan mak aku dekat foodcourt dan dia pun tetiba ada dekat situ dengan kawan2 dia. Kawan dia tu pun aku kenal sebab satu sekolah dulu. Aku baru perasan yang sebenarnya dia kerja dekat salah satu kedai dekat jusco tu. fuhhhh. Aku pun cecepat whatsapp jiah. Dia punya teruja tu lain macam hahahaha.

Okay dahhhh. Aku nak cerita pasal dia masa kat anugerah cemerlang sebenarnya. Ni dah menyimpang jauh. hihuhihu

Hari anugerah cemerlang. HA pun ada sekali tapi aku tak ingat dia amik anugerah apa. lol. Masa tu aku tengah beratur nak amik duit dengan amira, min, dan shu. Dahlah masa tu panas, penat, haus lagi. Aku pulak masa tu tengah pegang sijil, plak dan dalam fail sijil tu ada sampul duit (kekonon ada duit padahal nota suruh tunggu pukul 1.30 sebab nak amik duit) dannnn si HA tu beratur belakang aku. Aku biasalah rileks je padahal dalam hati dah rasa macam ada something yg akan berlaku. PUFF. 

"Ain Najiha bt Mohd Anuar ni siapa?"

Wth!!!! I was like "just SHUT UP!!!!!!!!!" Dahlah suara dia kuat. Palehotak dia. Nasib baik takde yang dengar. Ya allah malu gila akuuuuu. Boleh pulak sampul duit tu jatuhhhhhhhhhhhh!!! Eyyyyyy masa2 macam tu jugak nak buat hal. Memang kat sampul duit tu ada nama penuh aku. Ya allah. Aku tak pandang dia langsung weh sebab dia tayang sampul duit tu depan mata aku. So, aku malas nak pandang dia. Aku dah terkedu, terkezut, sentap, sentak dan semua yang sinonim dengannya. 

Aku terus amik sampul tu dan cakap thank you. Aku pikir dia dah habis cakap tetapi "Haa, tak dapat duit kangg.." Ya allah.... DIAM! Memang malu gila. Ishhhhh!! Sampai rumah je terus whatsapp jiah cerita segala benda. Jiah pun pujuk aku "Haha dia memang macam tu. Suka ngusik." Jiah cakap macam tu pun sebab dia dah pernah kena ngusik dengan HA. Kah! Dia takde niat pape pun cuma kitaorg ni je yang overrr. Hhahaha kbye!

Saturday, 21 June 2014

Hari Jalinan Mesra

Assalamualikum..
Hai !!


Haaaa hari jalinan mesra kau pikir hari apa? Hari nak duk mesra2 dengan pasangan ke apa haha tak hokey. Sekolah aku saja je letak nama hari gempak2. hahahha. Menyampah aku. Pagi2 ni entah mengapa aku rasa macam nak update sesuatu. Entah. Padahal takde mood haha.

Hokay sebenarnya harini lah hari jalinan mesra. Atau nama kampungnya hari terbuka =.= Jalinan mesra sangat kannnn. Sempat lagi aku nak update blog ni hahahaha. Takpe takpe buat apa pergi cepat2 kan? rileks dulu. Haih sabar jelah ain oi confirm balik nanti kena bebel dengan ayah sebab mid year aku teruk gilaa. Ya allah aku dah pasrah memang pasrah sepasrah pasrahnya haa kalau kena streaming class. Alamatnya kena turun kelas lah kau. Kesian kau jah. Eh babai lah

Friday, 23 May 2014

freedom!

Assalamualaikum..
Hai !!


Akhirnya, setelah hampir sebulan aku bertungkus lumus menjawab peperiksaan setengah tahun yang soalan dia mcm dah takde hari esok buat aku haaa.... yes yes dah habis pun mid year. Saat yang aku tunggu tunggu sebelum exam lagi. Paper last semalam, biologi. Wa cakap sama lu kan paper 3 bio memang cari pasal dengan wa. Nak nangis tengok part yg kena plan experiment tu. Kahkah aku main hentam saja experiment tu. bajet macam aku pernah buat je hahaha. semoga tuhan merahmati cikgu yang buat soalan tu.


K dah. Esok pulak ada anugerah cemerlang kat sekolah. Sooo, aku pun terlibat dlm majlis tu. Al kisahnya, semalam cikgu buatlah raptai untuk esok. Hak alah benda mcm tu pun nak buat raptai. Aku pikir dah habis exam bolehlah aku balik, rehat2 ke apa penat tau. Tak buat pape pun, dengar cikgu membebel je. Lahai, sampai pening aku dibuatnya. So, wish me luck untuk esok.


Sekarang dah habis exam memang mood happayyyyy. Soal result tolak tepi jap. Mood aku sekarang ni nak cuti! nak cuti! nak cuti! Lepastu, tengok anime, online 24/7, baca novel, jalan jalan cari makan, tidur dan bannyyaaakkkk laaagggiiiiii hahahaha kbai


Thursday, 24 April 2014

Perkhemahan

Assalamualaikum..
Hai!



Dah lama tak update dan cerita macam2 benda kat blog. Nak taip pun teragak agak sekarang. Almaklumlah dah lama tak taip panjang2. Selalu on twitter je haha. Minggu lepas aku ada join camping. Ni pun selepas di desak oleh Najiah. Kitaorg kan bestfriend forever sebab tu lah takleh berpisah. Selagi aku tak bagi kata putus, selagi tu jiah akan goyang2 kan tangan aku suruh pergi jugak.


Aku pun apa lagi malas nak layan cakap "okay" jelah. Lagipun aku dah lama tak join aktiviti seumpama ini ((eceh)) First time aku join camping ni masa darjah 6. Tahu2 jelah dekat sekolah rendah camping mestilah buat aktiviti yang biasa2 je. Bila join camping sekolah menengah ni pehh nak nangis pun ada taw. Hahaha


Aku bayar yuran camping tu lambat. Lepas tu, bila ada sorang ni nak join, cikgu cakap dah penuh. And i was like "Habisss sayaa cemana??" "Nama awak saya dah masukkan" Fuh. Aku tak tahu aku lega atau mengeluh tau hahaha. Bila check list name, aku tengok aku dengan jiah je yg perempuan. Yang lain semua abang2 form 5. Walaweh berpandangan sekejap.


Ni yang susah bila unit beruniform kita dimonopoli oleh kaum2 lelaki. Tapi yang bestnya unit aku lah yang paling ramai join camping ni. Sebenarnya cikgu cuma nak 14 orang je tapi krs ada 29 orang. Haa kau tak tahu nak cakap apa lah kan. Paling ramai budak2 petang. Mestilah lelaki. Perempuan cuma ada 8 org termasuk kitaorang. Betapa banyaknya bodyguard kitaorang haha!


Hari pertama malamnya kitaorang dah kena buli. Aktiviti menempuh rintangan. Bayangkan kitaorg semua kena daki bukit dekat belakang sekolah. Tulah dulu suka sangat naik bukit belakang sekolah agama haha. Fuhh gila. Dahlah tinggi, malam pulak tu. Lepastu baru je lepas hujan. Memang licin kot kat situ. Nasib baik aku tak stuck kat mana2. Takut kot!


Lepastu ada banyak lagi checkpoint yang kitaorang kena buat benda2 yg ntah pape. Kena guling dalam lumpur, masuk dalam longkang belakang kantin ((eeuwwww)), dan macam2 lagi. Aku tak caye yang sekolah aku ni banyak function jugak eh haha. 


Hari kedua. Aktiviti: Aktiviti b'sama JPAM, explorace, sukaneka, malam kebudayaan dan night walk. Aku cuma nak highlight malam kebudayaan jew. Nilah aktiviti yg paling best aku rasa hehe sebab kitaorg johan wuuuu. Tema malam kebudayaan malam tu ialah alam sekitar. Krs buat dikir barat. Unit2 lain semua buat ala ala lakonan, nyanyian. Biasa sangat~ Lirik lagu dapat 10 minit sebelum buat persembahan. Memang kelam kabut gila beb. So tukang karut nyanyi kena pegang kertas haha. 


Hari ketiga. KAWAD KAKI. Aku, jiah, aina dengan syafika kena ajar diorang semua kawad sebab kitaorg dah ada basic. Tapi biasalah budak2 laki ni susah sikit nak ajar. waduh waduh. Nasib baik semuanya berjalan lancar cuma komander kitaorang terlupa sikit koman yg kitaorg ajar. Biasalah nervous sangat. Haha teringat pulak cemana rupa dia bila nervous sangat hahaha


Dalam 1.30 kita semua dah bertolak balik. Yeayyy! Hari yang ditunggu2 telah tiba lol. Aku rasa kalau camping ni dalam 4 or 5 hari boleh menangis gaknya. Nak mandi pun kena beratur and last2 tak mandi langsung. Ya allah. Can u feel me? Dengan cuaca yg tak menentu. Nasib kitaorang mmg baik sebab khemah tak banjir. Khemah org lain banjir weh. peh. Kbai !


Friday, 11 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

Assalamualaikum..
Hye !


Tengok banner je dah tahu dah cemana rupa blog aku kalau aku menang nanti hahahaha mesti comel aww :p

JOIN!

Thursday, 10 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Friday, 4 April 2014

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

14/03-14/04 2014
Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor ditaja oleh:

Wednesday, 26 March 2014

Wordless Wednesday | EOS Lipbalm

Assalamualaikum..
Hye !!



Lets rockin' with that eos hahahahhaha

Friday, 21 March 2014

Budak Asrama

Assalamualaikum..
Hye!!




Dah lama tak update blog 'comell' aku ni hikhik. Dekat sebulan kot. Selama sebulan ni jugak lah aku tak buka laptop. Adik aku yg conquer semua. choi. Sebab apa aku tak sempat nak buka laptop? Bincangkan.


"Its hard to be 16" Ahaha itu jawapannya. Lol. Aku baru je lepas exam UP1. Exam pertama untuk dak dak form 4. Nak kata susah tu, susah jugaklah. Boleh tahanlah result aku. DAN yg paling penting addmath aku. Wahahaha tak payah tanyalah. Buang masa je hewhew


Sekarang cuti dannnn aku tunggu kawan kawanku aka dak dak asrama tu. Seriously rindu gilaaa kat diorang. Sampai nak nangis kot :(


Farzmil kata dia balik lambat. Lagi tiga hari nak naik sekolah, baru dia balik jb. How sad. Me is so saddd. Baru je rancang nak keluar sesama. Haih bila lagi nak jumpa kalau macam ni. Naik sekolah nanti aku lah yg paling busy. Ada kawad. Hadoi


Okay, Azriana pun aku rindu jugak. Dak dak kv azizah ahahah. TBH, aku jealous dengan dia. Dia dapat kv pastu dapat seni kulinari. Aku mula2 minta situ. Tapi dah takde rezeki kan nak buat macam mana. Tersangkutlah aku kat TDS sampai form 5. Takpe, takpe. Nanti dia balik aku suruh dia ajar aku apa yg dia belajar kat sana haha lol. Aku minat gila kot kulinari hehe


Aku rasa tds dah tak macam dulu. Masa form 3 lah yg paling best sekali. Everrrr. Budak kelas 3rk1 havoc semuanya. Tetiba rindu budak 4 serangkai tu ahahaha. Budak2 yg suka kacau aku dgn jiah. Haha bila ingat balik rasa mcm nak putar balik masa tu. Hari hari aku dgn jiah suka beli gula gula lepastu makan dalam kelas like a boss. 4 serangkai tu bila nampak kitaorg mengunyah mesti diorang minta. Disebabkan aku dgn jiah ni baik hati (sangat) so, bagi ajelah. 


Rasanya dah jadi satu kewajipan untuk aku dan jiah bila beli gula2 mesti kasi diorang sekali hahaha.


Aku cuma berharap yg aku dapat jumpa diorang lagi. Serious, zaman sekolah lah yg paling best. Nanti bila dah keluar dari sekolah, kau mesti teringat macam macam benda yg kau buat kat sekolah. Kawan2 kau semua tu. Hm. Aku ada lagi 1 tahun setengah sebelum meninggalkan sekolah (gittew) Terasa berdebar pulak haha. Yelah, tahun depan dah SPM kan. Hee 


Tuesday, 4 February 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html

Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Monday, 3 February 2014

Berpisah

Assalamualaikum..
Hye!


"being 16 isn't easy, what's worse when ur friends telling u they're moving to other schools. nothing's heartbreaking than seperation"

"kan dah cakap, spend bebetul masa kau dgn kengkawan masa form 3. nanti form 4, paling sadness"


Copypaste. Sobs. Sedih k sedih. 4 serangkai kini tinggal 3 je. Farzmil merajuk membawa diri tinggalkan kitaorang. Dahlah pergi jauh. Sedih betul. Sobs


Farzmil dapat sms muar. Aku pun ada minta muar jugak tapi tak dapat. Jiah pun tak dapat. So, sekarang aku tunggu rayuan jelah. Aku tahu mesti kitaorang akan berpisah jugak. Yelah memasing otak pandai kannnn (katanya) Lepas ni dah takde dah orang yang bercerita selama 6 jam sekolah pasal anime jew. Cerita pasal group anime dialah, anime dialah, usui dialah dan semuaaanyaa tentang anime.


Kadang kadang sampai aku boleh hafal cerita dia bila dia nak buka mulut tau. Muahaha. Lepas ni aman sikit hari hari aku bila takde sape lagi yang cerita pasal anime kat telinga aku HAHAHA


~~~








Gambar berterabur haha. So, girl, pls take care of urself. Aku berdoa agar budak2 dorm kau takde yg otaku wahahahah. Lagi satu, kalau ada budak nak buli kau cepat2 roger gua k? Hhahaha lol lol. Aku akan rindukan kau sobs


"Nothing compares to the stomach ache you get from laughing with ur bestfriends"


Sunday, 19 January 2014

Ebiyaki

Assalamualaikum..
Hye !!


Kalau korang ingat atau pernah baca post aku yg lepas leeeepaaaaaaasss tuuuu haaa (sure takde yg baca. aku tahuu) aku ada cerita pasal takoyaki. Tak baca lagi? Alaa siannn diaa. Sila KLIK SINI ye ~ Kalau korang nak tahu, baru harini aku dapat merasa takoyaki ni (sobs) Post tu dah laamaaaa dahhhhhhh and baru sekarang I dapat merasa apa itu takoyaki. Sedih tau

Tadi I pergi angsana tau uolss. Tengah jalan2 kat angsana terjumpa satu kedai ni yang menarik perhatian I. Wahhh excited wa cakap sama lu tau. Kedai takoyaki!!!! Wuuuuu yang lagi best bila yang buatnya ialah kakak2 melayu bertudung manis ayu lagi. So terjamin HALAL dan sedapppp hehehe. 

Ada dua set. Set satu: 4 pcs = rm 5 Set dua: 6pcs = tak sempat baca berapa ringgit sobs sobs :( Jangan marah. Dia ada 4 flavor or isi dalamnya. Contoh macam takoyaki ni dalamnya ada SOTONG. Kalau adiknya pulak, ebiyaki. Dalamnya ada UDANG. Dan ada lagi dua flavor, pun I tak sempat bacaaa. Sebab nak cepat tadi tsk tsk. 




Sedap bak hang wehhhhh. I rasa tak cukup makan 4 pcs. Nak lagi !!! Hm. Dalam dia lembut je. Macam cekodok mak awak semua suka buat tuuu. Tapi, kalau cekodok tu lebih pisangnya. Kalau banyak tepung, keras. Wahahaha. 
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.