Thursday, 24 April 2014

Perkhemahan

Assalamualaikum..
Hai!



Dah lama tak update dan cerita macam2 benda kat blog. Nak taip pun teragak agak sekarang. Almaklumlah dah lama tak taip panjang2. Selalu on twitter je haha. Minggu lepas aku ada join camping. Ni pun selepas di desak oleh Najiah. Kitaorg kan bestfriend forever sebab tu lah takleh berpisah. Selagi aku tak bagi kata putus, selagi tu jiah akan goyang2 kan tangan aku suruh pergi jugak.


Aku pun apa lagi malas nak layan cakap "okay" jelah. Lagipun aku dah lama tak join aktiviti seumpama ini ((eceh)) First time aku join camping ni masa darjah 6. Tahu2 jelah dekat sekolah rendah camping mestilah buat aktiviti yang biasa2 je. Bila join camping sekolah menengah ni pehh nak nangis pun ada taw. Hahaha


Aku bayar yuran camping tu lambat. Lepas tu, bila ada sorang ni nak join, cikgu cakap dah penuh. And i was like "Habisss sayaa cemana??" "Nama awak saya dah masukkan" Fuh. Aku tak tahu aku lega atau mengeluh tau hahaha. Bila check list name, aku tengok aku dengan jiah je yg perempuan. Yang lain semua abang2 form 5. Walaweh berpandangan sekejap.


Ni yang susah bila unit beruniform kita dimonopoli oleh kaum2 lelaki. Tapi yang bestnya unit aku lah yang paling ramai join camping ni. Sebenarnya cikgu cuma nak 14 orang je tapi krs ada 29 orang. Haa kau tak tahu nak cakap apa lah kan. Paling ramai budak2 petang. Mestilah lelaki. Perempuan cuma ada 8 org termasuk kitaorang. Betapa banyaknya bodyguard kitaorang haha!


Hari pertama malamnya kitaorang dah kena buli. Aktiviti menempuh rintangan. Bayangkan kitaorg semua kena daki bukit dekat belakang sekolah. Tulah dulu suka sangat naik bukit belakang sekolah agama haha. Fuhh gila. Dahlah tinggi, malam pulak tu. Lepastu baru je lepas hujan. Memang licin kot kat situ. Nasib baik aku tak stuck kat mana2. Takut kot!


Lepastu ada banyak lagi checkpoint yang kitaorang kena buat benda2 yg ntah pape. Kena guling dalam lumpur, masuk dalam longkang belakang kantin ((eeuwwww)), dan macam2 lagi. Aku tak caye yang sekolah aku ni banyak function jugak eh haha. 


Hari kedua. Aktiviti: Aktiviti b'sama JPAM, explorace, sukaneka, malam kebudayaan dan night walk. Aku cuma nak highlight malam kebudayaan jew. Nilah aktiviti yg paling best aku rasa hehe sebab kitaorg johan wuuuu. Tema malam kebudayaan malam tu ialah alam sekitar. Krs buat dikir barat. Unit2 lain semua buat ala ala lakonan, nyanyian. Biasa sangat~ Lirik lagu dapat 10 minit sebelum buat persembahan. Memang kelam kabut gila beb. So tukang karut nyanyi kena pegang kertas haha. 


Hari ketiga. KAWAD KAKI. Aku, jiah, aina dengan syafika kena ajar diorang semua kawad sebab kitaorg dah ada basic. Tapi biasalah budak2 laki ni susah sikit nak ajar. waduh waduh. Nasib baik semuanya berjalan lancar cuma komander kitaorang terlupa sikit koman yg kitaorg ajar. Biasalah nervous sangat. Haha teringat pulak cemana rupa dia bila nervous sangat hahaha


Dalam 1.30 kita semua dah bertolak balik. Yeayyy! Hari yang ditunggu2 telah tiba lol. Aku rasa kalau camping ni dalam 4 or 5 hari boleh menangis gaknya. Nak mandi pun kena beratur and last2 tak mandi langsung. Ya allah. Can u feel me? Dengan cuaca yg tak menentu. Nasib kitaorang mmg baik sebab khemah tak banjir. Khemah org lain banjir weh. peh. Kbai !


Friday, 11 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

Assalamualaikum..
Hye !


Tengok banner je dah tahu dah cemana rupa blog aku kalau aku menang nanti hahahaha mesti comel aww :p

JOIN!

Thursday, 10 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Friday, 4 April 2014

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

14/03-14/04 2014
Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor ditaja oleh:
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.