Thursday, 10 July 2014

Haih

Assalamualaikum...
Hye !!


Okay sekarang ni aku sesaja nak throwback cerita haritu. Alkisahnya masa hari anugerah cemerlang.

Aku kenal seorang mamat ni or sepatutnya aku panggil abang (hihihi) dari aku form 1 dan dia form 5 kat sekolah aku. Masa tu aku kenal dia biasa2 je. Tapi dia tu boleh tahan popular jugak sebab dia tu pengawas dannn semua cikgu kenal dia. Kemunculan dia dekat sekolah, aku pandang biasa2 je. Sampailah sekarang dia dah habis STPM dekat sekolah. Aku tak tahu kenapa aku dengan jiah boleh ber-fangirling over him RIGHT NOW. haha. Tetiba je kan.

Ada satu masa tu dia datang sekolah tapi aku tak tahu untuk apa. Maybe pasal stpm dia kot. Jiah tetiba tanya aku "Eh, tu bukan HA ke?" aku iyakan jelah kan. Jiah cakap lagi "Dia makin kuruslah sia. Dahlah tinggi, kurus pulak tu." aku pun pandang dia. Lepas tu, ketawa, "kerempeng doh" Like seriously, aku macam dah tak kenal dia. Kurus gilaa wehhh. 

Selang beberapa hari lepas tu, aku terserempak dengan dia dekat jusco. Masa tu aku dengan mak aku dekat foodcourt dan dia pun tetiba ada dekat situ dengan kawan2 dia. Kawan dia tu pun aku kenal sebab satu sekolah dulu. Aku baru perasan yang sebenarnya dia kerja dekat salah satu kedai dekat jusco tu. fuhhhh. Aku pun cecepat whatsapp jiah. Dia punya teruja tu lain macam hahahaha.

Okay dahhhh. Aku nak cerita pasal dia masa kat anugerah cemerlang sebenarnya. Ni dah menyimpang jauh. hihuhihu

Hari anugerah cemerlang. HA pun ada sekali tapi aku tak ingat dia amik anugerah apa. lol. Masa tu aku tengah beratur nak amik duit dengan amira, min, dan shu. Dahlah masa tu panas, penat, haus lagi. Aku pulak masa tu tengah pegang sijil, plak dan dalam fail sijil tu ada sampul duit (kekonon ada duit padahal nota suruh tunggu pukul 1.30 sebab nak amik duit) dannnn si HA tu beratur belakang aku. Aku biasalah rileks je padahal dalam hati dah rasa macam ada something yg akan berlaku. PUFF. 

"Ain Najiha bt Mohd Anuar ni siapa?"

Wth!!!! I was like "just SHUT UP!!!!!!!!!" Dahlah suara dia kuat. Palehotak dia. Nasib baik takde yang dengar. Ya allah malu gila akuuuuu. Boleh pulak sampul duit tu jatuhhhhhhhhhhhh!!! Eyyyyyy masa2 macam tu jugak nak buat hal. Memang kat sampul duit tu ada nama penuh aku. Ya allah. Aku tak pandang dia langsung weh sebab dia tayang sampul duit tu depan mata aku. So, aku malas nak pandang dia. Aku dah terkedu, terkezut, sentap, sentak dan semua yang sinonim dengannya. 

Aku terus amik sampul tu dan cakap thank you. Aku pikir dia dah habis cakap tetapi "Haa, tak dapat duit kangg.." Ya allah.... DIAM! Memang malu gila. Ishhhhh!! Sampai rumah je terus whatsapp jiah cerita segala benda. Jiah pun pujuk aku "Haha dia memang macam tu. Suka ngusik." Jiah cakap macam tu pun sebab dia dah pernah kena ngusik dengan HA. Kah! Dia takde niat pape pun cuma kitaorg ni je yang overrr. Hhahaha kbye!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.