Sunday, 31 August 2014

Doktor

Assalamualaikum..
Hai!


Tajuk kita harini best. Okay, siapa yang nak jadi doktor angkat kaki! Cuba cerita siapa yang tak pernah rasa nak jadi doktor? Mesti ada kan. Aku pun sama. Dulu masa sekolah rendah beriya tulis dekat kad yang warna coklat tu nak jadi apa. Ada tiga pekerjaan kan? Muahahah. Aku ingat lagi yang aku nak jadi cikgu, pensyarah dengan jurutera hahaha. Adui, rasa macam nonsense sangat. Bila pikir balik, kenapalah aku pilih nak jadi semua tu. Okay itu semua masa darjah 1. No wonder lah kan.


Sekarang ni aku budak sains tulen dan memang tak lari dengan doktor dan semuaaa pekerjaan yg berkaitan dengan sains. Ye, rasa bosan sangat. Aku bukannya pandai sangat pun bab2 sains ni. Semuanya failed! Ia mengambil masa yang agak lama untuk aku memahami semua topik2 sains. Paling mengujakan apabila tahun depan aku dah spm wuwuuu. Stop it. Sangat tak kelakar. Argh hELP.


Hahahaha sebenarnya aku dah melalut ntah apa apa sekarang ni. Aku nak cerita yang hari khamis lepas aku bedah katak dengan ikan keli untuk experiment bio. Tu je.


Oh ya aku juga buat experiment chemist dengan bermacam macam jenis bahan dan semua bahan itu adalah sejenis cecair. Semua kawan aku merungut sakit pinggang sebab asyik berjalan ke sana ke mari mencari pelbagai cecair tersebut. Tapi sebenarnya best tau. Kita ukur liqiud tu then masuk dalam test tube lepastu tengok reaction nya. Dah dah dah dah lahtu cerita pasal chemist. Aku nak cerita pasal bio je senanya. Daripada tadi tauuu. mencik!


Sorry mr. froggy. I lurf youuu <3



Katak ni sebenarnya katak makan yang budak2 cina kelas aku beli kat kedai makan. So kira senang lahkan diorang beli untuk group2 lain sekali. Lepas je katak tu kena chloroform, erm kira biasalah kot kalau dia masih bergerak lagi. Cikgu aku cakap katak ni punya kulit tebal sbb payah sangat nak pengsan hahahahah. 


Dah siap2 nak bedah tu boleh pulak katak tu tersentak. Engko tahu tak betapa terkejutnya kitaorg. Memang takleh cover kejeritan memasing. So, kekdahnya terpaksa qama dengan rabiah hold katak tu dan aku tukang bedah. Tak payah cakaplah aku punya nervous sampai menggigil tangan sekali suara aku pun gagap hahaha.


Yang paling aku benci tengah2 bedah, this froggy tetap bergerak and i was like Ya allahhhhh.... Cikgu siap cakap "Cepat sikit buat kerja tuu. Kalau awk tengah bedah patient, boleh mati patient awk sebab lambat sangat." Aduh, sangat deep. Diorang pulak paksa aku suruh bedah cecepat. Masalahnya, scaple (pisau) tu tumpul. Sebab tu, aku buat kerja lambat mcm siputt. Haih nasib badan ~


Tadaaaaa! Acaner dah boleh lepas jadi doktor ke tak? Hhahaha memang TAKLAH. Tak nak jadi doktorlah macam ni. Macam susah je muahaha. Tapi kann.. aku memang tak minat sangat dengan doktor. Aku minat benda2 yang melibatkan kulinari, bakery and etc. Haa bab2 masak ni memang gua MINAT gila. Cuma tak berkesempatan nak belajar dan buat dekat rumah je hehe.


p/s: Aku tak suka orang yang memperlekehkan minat aku. Diam diam sudeh

1 comment:

  1. perghhh kite nak pegang katak pun tak berani. nasib baik dulu tak ambil kelas sains. haha , bab2 bakery ni lagi best dari sains kan? heee

    ReplyDelete

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.