Friday, 15 August 2014

Recently

Assalamualaikum..
Hye!


Olympiad Matematik Kebangsaan 2014 @ UTM 

Ini merupakan kali pertama aku join OMK ni. Nak ada pengalaman jugak join exam OMK. Aku rasa sekolah aku kot yang paling ramai join omk ni. Yelah, mana tak ramai sampai 6 buah bas pergi. Sekolah lain aku tengok semua naik kereta je. Heheh. Sebelum masuk dewan tu kan, aku rasa mcm berdebar. Kah! Macam dulu dulu sebelum masuk dewan exam masa pmr.




Hari Keusahawanan 2014 @ TDS 

Hari keusahawanan merupakan hari yg aku tunggu2 setiap tahun. Sebab? Sebabnya hari tu ialah hari syurga makanan !! Hahaha aku tak boleh miss okay setiap tahun. Wajib datang! Lagi2 tahun ni aku kena jaga kedai kelab koperasi. Hari keusahawanan ni diadakan sabtu lepas. Cikgu aku jual makanan iaitu chicken chop, bubur ayam, bakso dan chicken crispy. Kitaorang semua pepagi dah sibuk goreng ayam semua. Lagi susah bila kerja2 ni dibuat oleh semuanya perempuan. Tu pun helmi secara sukarela nak tolong. Kalau takk.... =.=

Tapi yang tak bestnya bila kena jaga kedai kita tak boleh nak pergi jalan2 ke kedai lain. Yang bagusnya pulak kita boleh jimatkan duit dan pada masa yg sama kita akan mengeluarkan peluh huhuhu. Habis berbelang muka aku. Apa nak buat.. dah nasib badannn..


Open House 

Lepas je balik dari hari keusahawanan, aku dengan jiah terus balik rumah dengan tak mandinya apa terus keluar pergi rumah qamarina. Wahaha tapi yg paling kesian dekat jiahlah. 1 hari tak balik rumah sebab dia balik rumah aku lepas balik sekolah. Nasib baik rumah qama senang cari. Ayah aku macam tahu2 je kat mana rumah dia. Chap chap cuss lepas mengisi perut yg dari sekolah asyik minta makan je, kitaorang pun pergi rumah amiza pulak. Satu taman je pun.

Memang drpd sekolah rendah dulu beriya iya amiza ajak aku pergi rumah dia dann baru sekarang aku berpeluang jejak rumah dia. Tu pun aku dah fikir mesti tak jadi sebab memasing penat lepas goreng ayam hahaha. Lepas rumah amiza kita pun beralih ke rumah wani pulak. Nasib dekat je so, jalan kaki jelah. Yang penting tak ada anjing dekat kawasan situ. Oh pls aku fobia dengan anjing. Ahaha k dah. Kalau dah dekat rumah kawan memang wajib ber-selfie kan. So lets ----




Cakap nak gempak macam ada 100 selfies padahal 3 je muahahah. Ada banyak gambar senanya tapi nanti aku takut phone aku termuntah sebab banyak sangat selfies ops


p/s: Post ni aku dah lama perap tak publish2. So, terpaksa siapkan ayat terakhir hmmm. Makin malas ye engko ain nak nulis blog!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.