Friday, 17 October 2014

Hidup

Assalamualaikum..
Hai!


Dah lama kan aku tulis blog ni. Lamaaaaaa sangattt. Sekarang ni aku rasa aku dah boleh hidup tanpa buka laptop atau komputer 24 jam. Sebab tu juga aku lupa pasal blog aku. Satu hal lagi laptop tetiba buat hal dan line internet mcm gampang kekadang buat aku malas nak buka. Daripada buka lepastu aku maki tak tentu hala kan lebih baik tak payah. Ni pun aku bernasib baik sebab dah lama tak buka komputer jadi internet AGAK laju jugak. Banyak sangat nak cerita tapi dari mana ek hmm


Aku rasa kalau aku cerita pasal aku ada lagi 2 papers sebelum freedom adalah sangat membosankan. Biasalah kalau dah hujung tahun mestilah ada exam. Oh tolonglah naik cuti ada lagi 2 papers iaitu addmath dan chemistry. Im gonna die. Ok dah tak nak cerita pasal tu.


Korang mesti tahu kan baru baru ni ada hoki untuk #SOJC2014? Disebabkan aku sekolah dekat dengan stadium hoki yg dekat dgn econsave dan mcdonald tu (haha) maka kementerian pun menyuruh sekolah aku (TDS), TD2 dan TD3, untuk menghantar wakil bagi menyorak pasukan hoki negara. Aku rasa macam kenapa perlu sorak terkinja kinja padahal esoknya aku exam? Haih rasa macam perlu sangat ke? Kalau tak disebabkan kementerian yg suruh, cikgu pun malas nak pergi sana apatah lagi aku yang bukan kaki stadium ni walaupun aku boleh pergi stadium jalan kaki je.


Aku sangat bertuah sebab sekolah aku dapat pasukan Malaysia dan juga Great Britain. Aku mestilah Malaysia kannn. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit salah faham tapi siapa kesah? Janji enjoy! Hari sabtu nanti ada satu lagi perlawanan dan lepas tu suara aku habis lagi hahaha. Sesiapa yg kata kitaorang semua ni dibayar untuk menghangatkan suasana di stadium dengan menyokong pihak lawan oklah ni jawapannya 


Nasib baik I dapat malaysia, kalau tak, teruk kena bash ish ish.



Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.