Monday, 24 November 2014

Classmates

Assalamualaikum..
Hai !!


Tahun ni aku tak rasa excited pun untuk cuti sekolah. Sebab apa? Sebab semalam baru je kena audit total (ntah menda ntah nama dia aku pun tak tau) dengan pengetua. Sorang2 kena bangun nak bincangkan pasal result kau yg sangat teruksz tu. Kena tebalkan muka kau hadap pengetua dan muka harus sentiasa senyum dan mengangguk dengan apa je yg dia cakap. oh god. Berdebar tak payah cakaplah. Dengan bilik mesyuarat yg sejuk nak matey dan yg paling best kau duduk depan air-cond. Fuh. Bersiap sedialah wahai ain. Tahun depan setiap kali habis exam kau akan hadap muka dia dan ceritalah engko mengapa tak boleh score subjek itu. Haih.


Minggu lepas guru kelas aku ada buat jamuan kelas. Aku tak puas hati tang last minute tu. Mula mula bincang kata pukul 3 baru nak pergi. Lepas tu malam sebelum tu kawan2 whatsapp kata pukul 2 pulak. Ya tuhannn faham tak perasaan aku cam mana. Dah lah balik sekolah pukul 1.05 adumak mcm sempatkan balik rumah. Nasib baiklah cikgu aku baik hati nak tumpangkan aku sampai kfc setia tropika sana. Jadi, terpaksalah aku tukar kat sekolah. Okay dah settle masalah.


Orang pertama yg sampai kfc dulu ialah jiah. Ye biasalah dia tak datang sekolah pagi tu haha. Dah sampai tu pappappap terus makan. You know what daripada 37 orang kelas aku yg datang hanyalah..........



Engko kiralah sendiri. Yang tengah dua orang pakai baju kurung tu cikgu aku. Ohh ya lagi sorang budak kelas aku yang amik gambar ni. Kira sekali tau! Haha


Lepas makan main music chair pulak. Yelah baru happening kan. Tapi kalau ramai orang lagi happening. Diorang semua tak supportive langsung (lagi2 yg cina cina tu) hm sedih betul. Lepas main apa lagi balik ah kan. Aku balik naik jiah sekali. Kalau tunggu ayah aku, pukul 8 lah dia ambil. Ayahnya jiah amik kul 6 lebih gitu. So, nak menghabiskan masa apa lagi pusing2 sekeliling situ jelah. Kebetulan kfc tu dekat dengan sales gallery setia tropika.


Yang bestnya dekat2 situ ada banyak restoran. Pizza hut, kenny rogers, starbucks, subway, vivo dan lain2. Sales gallery dia pun cantik gila (tak ada kerja pergi tengok office orang haha!) Btw lift kat sales gallery ni cantik kot. Transparent boleh tengok setiap tingkat, office orang (haha!), dan ada tingkat paling atas sekali (rooftop!)


Tapi sayangnya tak boleh keluar daripada dinding kaca (kacalah sangat) tersebut (dan juga sangat panas + bahang sebab tak ada angin yg keluar masuk). Lepas dah jalan jalan kat office orang, aku dan jiah pun lepaklah dekat starbucks. Okay ni first time seumur hidup aku beli starbucks (rasa mcm lepas ni dah taknak beli). Hadui bila ingat balik macam kelakar. Dahlah first time beli lepas tu kena troll dengan abang starbucks tu hahaha sedih hidup.


Big applause for syah bcs menceriakan lagi gambar kelas kitaorang hahaha! Yang lain esp lelaki semua kaku dan kayu. Bak kata cikgu (ketua editor) semuanya nerd!


p/s: Entry ni ditulis pada hari jumaat 21/11 dan disambung pada hari ini. Nampak tak aku memerlukan banyak hari untuk menyiapkan satu entry sahaja. 
Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.