Tuesday, 30 December 2014

Tuisyen

Assalamualaikum..
Hai !!


Sedar tak sedar kau dah 17 tahun wahai Ain. Ada lagi 1 hari sebelum masuk tahun 2015. Lepas tu, bermulalah hidup senior year kau kat sekolah wahaha. Macam tak percaya je. Aku rasa macam baru je ambik result pmr lepas. Tuptup dah nak spm dah. Begitu cepat masa berlalu :') Dah study? Belum. :')


Haa masa masa nak spm ni mesti kalut nak cari tuisyen kan. Sama macam aku jugak. Selagi tak daftar tuisyen, selagi tulah ayah aku duk tanya "Nak tuisyen mana?" "Nak tuisyen mana?" -.- Stress mak!


Masa form 3 dulu pun duk kalut jugak nak cari tempat tuisyen. Disebabkan ramai yang suggest tuisyen kat intensif, dan ramai juga budak2 sekolah aku yg tuisyen situ, jadi secara rasminya aku tuisyen kat situ. Aku amik 3 subjek yang aku lemah je. Alhamdulillah dapat cikgu yang okay. Jadi result pmr pun okaylah :') Janji ada kawan kat tuisyen. Yang penting ada KAWAN sebab aku ni susah nak geng dgn orang lain.


Sekarang ni aku pikir aku akan stick dengan intensif jelah. Yang bezanya aku ada tuisyen kat tempat lain, sri mutiara. Sederet dengan intensif je pun. Hahaha takleh jejauh, nak dekat dekat jugak. 


Sekarang ni aku cuma berharap yang adalah sorang dua ke kawan2 satu sekolah aku tuisyen kat situ. Berharap sangat wei. Takleh sensorang nanti takleh fokus. huhu


Rindu kawan kawan gua :')

Saturday, 13 December 2014

16

Assalamualaikum..
Hai!!



Selamat hari lahir kepada kipas-susah-mati aku wahahaha. Since form 1 till now and insyaallah forever. Orang duk fikir yang kitaorang ni dulu satu sekolah rendah padahal tak! Haha. Form 2 terpisah kelas dan bila form 3 berjumpa kembali. Kemungkinan form 5 nanti kita turun kelas sesama ye hahaha. May Allah bless you and have a blast! Muahciked


Polaroid photos : IG @ pxperhxart

Wednesday, 3 December 2014

MockingJay

Assalamualaikum..
Hai !!


Baru je haritu aku baca buku hunger games yg pertama. Buku tu versi melayu punyalah. Nak baca buku yg english version punya em aku rasa kena baca sekali dengan kamus kot aha. Hari rabu lepas aku pergi keluar bersama teman temanku ewah. Cerita ni punyalah lama aku simpan hehe dah seminggu kot. Mula mula aku tak berminat sangat dengan hunger games ni. Hunger games tu pun aku tak tau apa benda alah ntah haha. Semuanya bermula bila aku beli buku hunger games tu. Tu pun jiah yg suruh beli. Murah kot kat scholastic. Bila dah baca bukunya terus aku buka laptop tengok movie tu. Huii tulah orang kata tak kenal maka tak cinta hewhew


Sampai rabu lepas kitaorang keluar tengok mockingjay.




Yasss excited uollss dapat tengok sambungannya. Harap2 untuk part 2 tahun depan aku dapat tengok jugak. Argh tak kira. Dah lepas spm kannn hahahah


Terasa colourful pulak bila tengok gambar ni


p/s: Aku rasa nanti lepas spm aku nak kerja kat kedai bukulah. Macam best je!


Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.