Tuesday, 9 June 2015

Love ❤

Assalamualaikum..
Hai!!


Dah lama sebenarnya nak cerita tentang ni tapi biasalah banyak sangat halangan huhu. Dah seminggu dah pun tertangguh gara-gara komputer buat hal. Baru je buka blog, komputer tertutup sendiri. Haih apalah nasib. Sedih. Ni pun update terpaksa guna laptop yang aku bawa balik semalam hm.

Rabu lepas aku berpeluang nak keluar dengan kawan aku tiga orang tu. Mula-mula aku cakap dengan jiah yang aku tak boleh pergi rabu tu sebab nenek aku datang jb nak check up kat hospital. Jadi, aku sebagai cucu yang baik lagi baik orangnya kenalah teman dia pergi hospital sana. 

Sampailah hari rabu tu aku dapat tahu yang pakcik aku teman nenek pergi hospital and i was like wHATTTT.... Masa tu jugak aku check fon berderu whatsapp masuk yang jiah tanya, biha pun sama tanya aku boleh keluar ke tak??! Shittt..... aku nak jumpa farzmil!!!!

Dahlah ayah aku dah pergi kerja, mama pulak kerja pagi, dah selamat masuk ward omaigadddd aku rasa nak nangisssss. Argh bencinyaaa! Aku mengharapkan miracle datang bawa aku pergi taman daya pun dah cukup huwaaaaa!

Pukul 9 pagi tiba-tiba pakcik aku balik rumah sebab nak ambil semua baju2 nenek. Masa tu aku dah ws ayah cakap yang aku nak keluar dengan kawan-kawan aku sampailah dia reply, "Suruh acik hantar g rumah mak." :')

Betapa leganya aku rasa bila acik nak hantar aku pergi taman daya ya allah tak tau kenapa berdebar ahahahahaha. Aku dah lama tak jumpa farzmil ya tuhannn rindu gila tak payah cakaplah. Minggu tu je yang dapat jumpa dia lepas ni tak tahulah bila lagi sempat. Konon nak jumpa hari rabu minggu kedua cuti tapi si farzmil ni pulak dah kena balik asrama dah.

Untuk kali kedua aku pergi city square sana dengan menaiki bas. Sensorang okeh! Wahahaha sorry eh aku bukan kaki lepak cs nun jauh sana tu. Aku lepak jusco dekat2 sini jew huhu. Lepas dah naik bas, ada lagi benda yang jadi. Sengaja dengki aku nak jumpa diorang tau haha. Bas yang aku naik tu ROSAK pulakkk! Nasib baik bukan kat tengah-tengah jalan fuhh. Terpaksalah tunggu bas yang lagi satu. Haih berpeluh aku dibuatnya.

Aku ingat lagi masa first time aku pergi cs dengan nabiha. Hahaha takut gila weh lagi2 bila bas dari taman daya turunkan dekat depan jb sentral tak salah aku. Bukan kat depan cs macam duluuuu aku pernah pergi dengan mama. Lol aku ni kata je duduk jb tapi tak pernah jalan2 jb HAHAHA SEDIH MAK. 

Jumpa dengan diorang semua kat MPH. Lepas tu, kitaorang pergi makan dekat sebelah cs. Wuwuw mana lagi kalau bukan kat JBCC. Alaa yang ada angry bird park tuuu. Lagipun aku lagi suka jbcc daripada cs. Yelah jbcc takdelah sesak sangat berbanding cs yelah hari rabu kan, memang banyak budak2 sekolah lepak kat cs. 






A big yeay bila aku dapat tengok pitch perfect 2 YEAYY. Memang mendera mental aku tau bila pitch perfect tu keluar masa aku exam mid-year haritu :(

Tak kisahlah lambat sekalipun but it was freaking awesome weh lagu flashlight tu aku suka gilaaa ahhhh goosebumps siaa dengar lagu tu.




Love, 


Friday, 22 May 2015

Hari Sukan aiyayay

Assalamualaikum..
Hai!!


Akhirnya salah satu hari yang aku tunggu-tunggu dah kunjung tiba ceh. Tahun ni aku nak enjoy semua hari-hari yang disambut disekolah. Yelah tahun last kan mestilah nak buat kenang-kenangan ah gitew. Tapi takdelah kenangan sangatkan sebab aku rasa tahun ni semua acara macam hambar sangat. Asal tahun aku last je mesti hambar. Memang semuanya lah hambar lol.


Tahun ni macam biasa aku masuk kawad krs lagi. Yang paling best ialah ramai yang taknak masuk macam tahun lepas. Terpaksalah si pengerusiku yang si cantik molek tu cari pengganti. Budak2 yang memang masuk kawad tahun lepas (semuanya perempuan) cuma ada setengah je masuk tahun ni. Kuota yang lagi setengah tu terpaksalah cari budak lelaki. Pikir senang ke nak cari budak lelaki yang nak masuk kawad lepas tu nak kena ajar diorang lagi haih. Well, on that day, everything went well cuma satu je slack. Disebabkan group kawad yang depan lambat nak mampus jalan, jadi, kitaorang lambat dan berterabur huhuhuh (salahkan yang depan huhuhu)








Muka hakak hakak hitam hekhek. Biasalah kawad kan tu yang sampai mak gua bising kenapa muka hitam sangat hm





Note: Hari guru baru je lepas haritu (nantilah kalau ada masa aku cerita) dannnnn yang paling aku tashabar ialah hari keusahawanan WOHOO

Saturday, 18 April 2015

Cakk

Assalamualaikum..
Hai!!


Aku ingat lagi masa aku dapat hadiah birthday daripada diorang. Aku tak tahulah hadiah tu diorang memang berpakat bertiga atau kebetulan bagi aku barang yang warna pink. Lol aku takdelah obsessed sangat dengan warna pink tu cuma bila aku beli barang, mata mesti tengok dekat warna pink dulu hehe. Tapi pink girlish sangat tau so I tukar purple pulaklah ehe


Nak jadikan cerita semalam aku bukak purse aku dan ternampak card. Adalah seseorang tu bagi sebab aku obsessed sangat dengan anime tu ahaha. Nilah first time aku dapat card sebegini walaupun nampak murah tapi kan ahaha macam kelakarlah. Aku rasa macam aku budak2 pulak kumpul card gambar anime ni. Takde benda nak buatkan dengan card tu so aku simpan jelah dalam purse. Buat kenangan, yelah orang yg bagi tu dah duduk jauh sekarang ni sobs


Haha atleast orang tu sanggup berikan aku something yg boleh buat aku tersenyum sampai sanggup suruh kakak dia bagikan lagi ehehehe. Thanks weh :')

Wednesday, 18 March 2015

Kelas tambahan Addmath

Assalamualaikum..
Hai!!


Cikgu buat kelas ni sebab nak habiskan topik yang form 4 punya. Yelah tahun lepas tak sempat habiskan jadi bermasalah sikitlah macam mana nak jawab exam nantikan. Sebenarnya kelas ni untuk budak2 kelas 4B tahun lepas. Aku kan 4A so memula memang malas nak datang tapi esoknya aku datang jugak. Dipengaruhi oleh diorang ni semua suruh datang heh. Katanya best sangat.


Eh memang BEST PUNNN! Cikgu ajar slow tapi faham! Yelah daripada ajar laju pastu satu benda pun tak faham buat apa kan? Baik belajar sendiri eheh. Diorang ada pesan suruh buat topi dengan traffic light and i was like "eh nak buat apa dengan benda tu semua?" Kehkeh rupanya cikgu suruh buat topi sekali dengan nama tu supaya cikgu boleh sebut nama kitaorang haha adui. Yang traffic light pulak biasalah kot kot kau tak paham angkatlah warna merah, hijo pulak kalau kau faham haa gitulah lebih kurang.


Overall semalam memang best gila. Cikgu cakap memasing dah macam ninja turtle sebab ikat reben kat kepala sebab gantikan topi ehehe.








Phone aku sekarang ni dah penuh dengan gambar. Memori dah tak cukup haih sedihnya

Friday, 13 March 2015

Dah habisss

Assalamualaikum..
Hai !!


Akhirnyaaaaa oh okay aku baru je habis ujian penilaian 1. Rasanya macam baru habis spm je kan huhuhu.  Hari rabu lepas hari last aku ambik paper. Esoknya pulak aku rasa macam hari sabtu kat sekolah. Sebab apa? Sebab sekolah rasa macam senyap je. Tak belajar lepastu kebanyakan semua duk melepak luar kelas. Betul betul macam baru lepas habis paper spm. haha


Malamnya pulak semua kecoh dalam group whatsapp. "Weh, bosanlah malam ni. Aku rasa kosong je." Lol 3 hari kau penuhkan malam malam indah kau dengan ditemani buku buku tapi bila exam habis rasa kosong pulakkan. Aku habiskan malam aku dengan tengok tv je hewhew.


Dan selepas tu CUTI! yeay benda yang sangat ditunggu2 tapi menjadi tidak best bila ada kelas tambahan. Such a spoil. Satu minggu dalam 4 hari ada kelas tambahan. Argh! Boring gila. Baru je nak rilek rilek kat rumah. Hadui.


Tapi takpelah. Untuk kesenangan aku jugak. Nak lawan hakak2 habang2 tahun lepas. Yelah sekolah aku tu dapat 22 orang straight A's. Batch aku ni kenalah lawan batch tahun lepas hmm :')

Tuesday, 3 February 2015

Maulidur Rasul 2015

Assalamualaikum...
Hai!!


Dah bulan 2 dah. Cepat betul masa berlalu. Barulah sekarang aku ada masa nak update blog aku ni. Bukannya takde masa tapi malas sebenarnya. Malas nak buka laptop. Ada banyak cerita yang aku nak cerita tapi tengoklah mcm mana nanti. Of course pasal kelas baru aku tu :') haha


Hari sabtu lepas, TDS buat sambutan maulidur rasul. Tahun ni merupakan tahun yang terakhir aku sambut. Lepas ni dah takde dah :')


Jangan keji aku sebab gambar atas ni memang muka aku nampak putih gila. Macam iklan colgate pun ada hahaha. Biasalah guna phone biha kan. Oppo kan tu yang putih semacam.


Dengan cikgu munaaa ku hikhiks




Kalau perasanlah kan ada sorang yang tertinggal. Orang tu sekolah jauhh sanaa. Hahaha siapa lagi kalau bukan farzmil. Hukhuk rindu pulak ittew. Muka makcik kepoh memang macam tu :')


p/s: hadui jeles pulak biha ada phone baru. alamatnya mmg phone dia jadi mangsa jelah kalau bab2 ambik gambar ni haha. Phone aku duduk dendiam dalam beg huhuhuhu


Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.