Friday, 13 March 2015

Dah habisss

Assalamualaikum..
Hai !!


Akhirnyaaaaa oh okay aku baru je habis ujian penilaian 1. Rasanya macam baru habis spm je kan huhuhu.  Hari rabu lepas hari last aku ambik paper. Esoknya pulak aku rasa macam hari sabtu kat sekolah. Sebab apa? Sebab sekolah rasa macam senyap je. Tak belajar lepastu kebanyakan semua duk melepak luar kelas. Betul betul macam baru lepas habis paper spm. haha


Malamnya pulak semua kecoh dalam group whatsapp. "Weh, bosanlah malam ni. Aku rasa kosong je." Lol 3 hari kau penuhkan malam malam indah kau dengan ditemani buku buku tapi bila exam habis rasa kosong pulakkan. Aku habiskan malam aku dengan tengok tv je hewhew.


Dan selepas tu CUTI! yeay benda yang sangat ditunggu2 tapi menjadi tidak best bila ada kelas tambahan. Such a spoil. Satu minggu dalam 4 hari ada kelas tambahan. Argh! Boring gila. Baru je nak rilek rilek kat rumah. Hadui.


Tapi takpelah. Untuk kesenangan aku jugak. Nak lawan hakak2 habang2 tahun lepas. Yelah sekolah aku tu dapat 22 orang straight A's. Batch aku ni kenalah lawan batch tahun lepas hmm :')

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.