Tuesday, 9 June 2015

Love ❤

Assalamualaikum..
Hai!!


Dah lama sebenarnya nak cerita tentang ni tapi biasalah banyak sangat halangan huhu. Dah seminggu dah pun tertangguh gara-gara komputer buat hal. Baru je buka blog, komputer tertutup sendiri. Haih apalah nasib. Sedih. Ni pun update terpaksa guna laptop yang aku bawa balik semalam hm.

Rabu lepas aku berpeluang nak keluar dengan kawan aku tiga orang tu. Mula-mula aku cakap dengan jiah yang aku tak boleh pergi rabu tu sebab nenek aku datang jb nak check up kat hospital. Jadi, aku sebagai cucu yang baik lagi baik orangnya kenalah teman dia pergi hospital sana. 

Sampailah hari rabu tu aku dapat tahu yang pakcik aku teman nenek pergi hospital and i was like wHATTTT.... Masa tu jugak aku check fon berderu whatsapp masuk yang jiah tanya, biha pun sama tanya aku boleh keluar ke tak??! Shittt..... aku nak jumpa farzmil!!!!

Dahlah ayah aku dah pergi kerja, mama pulak kerja pagi, dah selamat masuk ward omaigadddd aku rasa nak nangisssss. Argh bencinyaaa! Aku mengharapkan miracle datang bawa aku pergi taman daya pun dah cukup huwaaaaa!

Pukul 9 pagi tiba-tiba pakcik aku balik rumah sebab nak ambil semua baju2 nenek. Masa tu aku dah ws ayah cakap yang aku nak keluar dengan kawan-kawan aku sampailah dia reply, "Suruh acik hantar g rumah mak." :')

Betapa leganya aku rasa bila acik nak hantar aku pergi taman daya ya allah tak tau kenapa berdebar ahahahahaha. Aku dah lama tak jumpa farzmil ya tuhannn rindu gila tak payah cakaplah. Minggu tu je yang dapat jumpa dia lepas ni tak tahulah bila lagi sempat. Konon nak jumpa hari rabu minggu kedua cuti tapi si farzmil ni pulak dah kena balik asrama dah.

Untuk kali kedua aku pergi city square sana dengan menaiki bas. Sensorang okeh! Wahahaha sorry eh aku bukan kaki lepak cs nun jauh sana tu. Aku lepak jusco dekat2 sini jew huhu. Lepas dah naik bas, ada lagi benda yang jadi. Sengaja dengki aku nak jumpa diorang tau haha. Bas yang aku naik tu ROSAK pulakkk! Nasib baik bukan kat tengah-tengah jalan fuhh. Terpaksalah tunggu bas yang lagi satu. Haih berpeluh aku dibuatnya.

Aku ingat lagi masa first time aku pergi cs dengan nabiha. Hahaha takut gila weh lagi2 bila bas dari taman daya turunkan dekat depan jb sentral tak salah aku. Bukan kat depan cs macam duluuuu aku pernah pergi dengan mama. Lol aku ni kata je duduk jb tapi tak pernah jalan2 jb HAHAHA SEDIH MAK. 

Jumpa dengan diorang semua kat MPH. Lepas tu, kitaorang pergi makan dekat sebelah cs. Wuwuw mana lagi kalau bukan kat JBCC. Alaa yang ada angry bird park tuuu. Lagipun aku lagi suka jbcc daripada cs. Yelah jbcc takdelah sesak sangat berbanding cs yelah hari rabu kan, memang banyak budak2 sekolah lepak kat cs. 






A big yeay bila aku dapat tengok pitch perfect 2 YEAYY. Memang mendera mental aku tau bila pitch perfect tu keluar masa aku exam mid-year haritu :(

Tak kisahlah lambat sekalipun but it was freaking awesome weh lagu flashlight tu aku suka gilaaa ahhhh goosebumps siaa dengar lagu tu.




Love, 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda disini..
No harsh word here..

Hak Cipta terpelihara 2013 Ain Najiha. Blog design by ME.